Testing...testing...1,2,3...
Percubaan pertama buat bunga dip. Sesampai je bilik sesudah mengejung kaki kat Jalan TAR tu, sampai masanya nak test buat bunga dip nih. Selama ni tengok orang buat je, tu pun kat tenet. Dah terketaqq-ketaq tangan nak mencuba. Jom lihat hasilnya, walaupun tak seberapa.. huhu
Liquid dip yang suri gunakan. Tapi kaler Gold. Gambar hiasan semata. :)
RM 18.90
Ni cubaan pertama buat kelopak bunga, mula2 ingat nak buat daun, tapi kecik pulekk.. Maka bertukarlah ia kepada kelopak bunga. Nampak macam bodo2 je, rupanya susah jugak nak memintal dawai besi ni. Make sure dawai yang lembut ya, jangan tertukar dengan dawai bunga stokin. After celup dalam dip liquid tuh, rasa nak lompat tinggi-tingi. Menjadiiieee!! :D Suri guna dip liquid yang dah dibancuh, senang. Lagipun masih fasa percubaan, but the liquid quite okey, kerlip-kerlip metallic kau! Cuma time nak atur jadik bunga tu siap koyak-koyak kelopaknya :( frustrated~ (abaikan latar belakang)
Cubaan kedua, tak tau nak bagi nama apa kat bunga ni. Advance sikit bentuk daripada bunga pertama tadi.. Comot sikit, sebab time nak kering tu letak tegak, so liquid tu meleleh kebawah pulak. make sure jangan buat bawah kipas ye adik-adik..
Cubaan ketiga, konon-konon bunga orkid, tapi bila nengok kat tenet, rupanya ni bunga dip Lily. heeee~
ok jugak kannn.... :) Mungkin sebab ada urat tengah tu je la kut nampak cun daripada yang lepas-lepas...
Cubaan keempat. o0o0yeah! Perfect.. Muncung tajam sikit, lentikkan sikit dawai before celup. Tapi nampak cam pekat pulekk..hihi,, Tak pela, pasni belajar dan terus belajar ;)
P/S : Tak sabar nak buat 600 kelopak lagi..Mood : Gumbiraaa~
jom tengok idea untuk DIY hantaran pulak, klik sini
No comments:
Post a Comment