Thursday, 27 June 2013

Siap di Jilid

Salam malam jumaat.. auww...
oke! 
setelah bertungkus lumus, berpeluh-peluh nak jilid buku ni, 
AKHIRNYAAA...
taraaa..
Alhamdulillah..




siapp di jilid.. 
walaupun pada mulanya, apek kedai jilid tu tersalah tulis nama.. 
tetap berusaha suh apek tu tukar balik, tapi jus tampal je la kan..
tak pe lah, asalkan nama gue betul ;) penat mak I bagi nama comel2...huhu


next sem bersedia untuk menyiapkan thesis master pulak..
240 pages in progress.. glurppp~
tambah 120 pages monje punya projek.. aderr~



Friday, 21 June 2013

Kerja? Master? Kahwin?..

Alhamdulillah..
tamat sudah cengkaman degree? yeke?...
tapi, result last sem belum dapek lagi.. hihi
ape-ape pun, baju, barang, semua tak kemas lagi,
 macam sayang pulak nak tinggal hostel.. bhaha.. ayat spastik cuma!

Master by Research??
sounds good, but quite tough nak berperang dengan projek.. Even masa hanya buat kajian je compare dengan coursework..huhu.. my new supervisor pandai sangat amek hati, katanya u can complete this project within 1 year, then u can konvo again by next year.. terusss berpinar mata haku,,,
dah terbayang nak grad sekali lagi, padahal grad degree pun belum rasa lagi.. bhahahaaa.. 

Anyway, 
pasal kahwin jangan dilupakan yee.. for the coming challenges may be more tough, tough, and tough.. lagi-lagi dengan berstatus bini orang ni.. hihihihihi.. takpe-takpe.. harap si suami memahami, memandangkan dia jugak akan jadi pelajar.. SELAMAT BELAJAR MONJE.. 
jangan malas-malas tau..




to monje :
esok p diving kat Tioman tu jangan sampai jatuh hati dengan dugung yee.. 
bhihi

Sunday, 16 June 2013

Ubah tarikh?


Assalamualaikum... selamat malam...

as I said before, he's not mine... Selagi tak kahwin selagi tu tak setel masalah nak kahwin ni... hari ni hampir-hampir nak bagi green light kat Amazon Wedding Card.. nasib baik bertindak cepat, tindak!... huh,, mau melayang RM 550.. banyak tu makngah... 

Biasa la, alkisah bakal jadi bini askar ni.. 

hari ni ada ura-ura nak terbang ke operasi pulak dah, oke! tarikh da letak, pelamin dah nak booking, tapi still tak dapat nak konpemkan tarikh nikah.. seriuss.. frust sangat..! rasa nak baling kerusi.. mana tak nye, baru nak angan-angan pi pilih pelamin sama-sama next week.. sweet mweet sangat.. hmmm tak dan apa-apa.. tak jadi pulak... terus moral down.. rasa nak buang angan-angan and sifat ria-ria ni jauh-jauh..

entah la, tak tau nak cakap sedih ke suka ke. tapi ada la sekelumit ralat tuh, sebab tarikh ni dah pilih lama dah. dah consider buang segala ativiti time tu, sebab nak nikah punya pasal.. tak pe lah.. Allah is the best planner.. Sabar tu lebih indah disisiNya..

pesanan untuk bakal-bakal bini askar lain :

Terimalah kerja si dia, sebelum terima dia.. but for them yang bakal-bakal suami kepada wanita sabar ni, , jangan nak bagi alasan 'kerja' sangat, dah tahu kerja macam tu kena la pandai deal dgn masa ye.... hihi..

layan lagu Alda Risma :
Akui Tak Biasa..
mood layan perasaan... huhu

Wednesday, 5 June 2013

Alhamdulillah... Final Presentation done!


Assalamualaikum..
Hip-hip hureeyyy.. Ya Allah, Alhamdulillah for the feeling right now..huarrghh.. tak tau nak kata bunyi apa tu.. yang penting tu tanda kegumbiraan hati yang tak terkata.. I've complete my FINAL YEAR PROJECT... tapi baru lepas presentation je la.. tunggu untuk jilid saje... 

Alhamdulillah...

Alhamdulillah...

Alhamdulillah...

Tadi time present ada la sedikit nervous, but it is normal la kan,..Hmm.. panjang cerita kenangan sepanjang tunggu nak present tu,, hihi tak pe la.. sikit-sikit sudah le.. after this tunggu nak dapat komen about thesis format and maybe there have some correction to be done.. 

Actually, my panel for final presentation ni ada 4 orang yang sangat HEBATTTT! tapi at last, hari ni tinggal 3 orang je, sebab sorang prof tu, Prof faisal kat Bandung skang nih.. huhu.. Orang hebat dalam geotechnic tu.. then, yang tinggal tu adalah Ir. Haji Mazlan Othman, from industry.. the expert person in blasting project kat dalam Malaysia yang aman ni.. a.k.a CEO Ehsan Team company.. sorang lagi, Prof Ir Alias, pensyarah kanan universiti ni, and mem Jozelyn a.k.a Ng Choy Peng.. major in transportation and merangkap my thesis examiner.. phewww.. wery2 precise, detailing, particular person!!!... 

by the way, Syukur Alhamdulillah my dear Allah, 
for ease my life to complete this 'crash' project,
My lovely and supportive mommy and dad and siblings,
yang banyak bagi semangat, yeahh semangat!
to my supervisor,
Puan Faridah Hanim Khairuddin, 
yang banyak bagi tunjuk ajar, 
walaupun kadang-kadang mem nampak garang,, hiii
And, last but not actually least,
my monje, 
yang tak lelah membantu suri kutip data,
tunggu atas bridge macam mat bangla bagai.. hewhew..
tapi u still my putih-putih melati.. 
auwww~

dah macam tulis penghargaan dalam thesis pulak..huhu.. 
ok, solat time~






Sunday, 2 June 2013

Pati Delima GULSAN


ASSALAMUALAIKUM...
entri hari ni bukan berniaga, tapi nak cerita khasiat buah DELIMA.. kenapa Suri cari buah delima? sebenarnya dah lama searching for kebaikan buah delima, and cuba nak amalkan pemakanan buah syurga nih, tapi malas-malas sikit, sebab tinggal kat hostel tak de peti ais... so, tak dapat la nak simpan buah delima fresh.. nak ulang beli hari-hari memang idak laa kan.. 

then, dalam 2 minggu lepas my frens ada promote pasal pati jus delima GULSAN ni, tapi malas-malas jugak, dengar tak dengar je orang promote.. satu malam dia kasi try rasa.. nyummm, mula-mula masuk mulut manis, tak sempat puji manis, tiba-tiba diserang rasa masam.. tapi, SEDAP sangat-sangat.. memang pure DELIMA  baq hang.. pekat lagi melekat dan tersekat..
ahakkzz...




tamat sudah pencarian sempurna, 
tak perlukan peti ais dah lepas nih.. Suri beli sebotol RM 15, 250 ml..  memang berpatutan harganya..hmm kalau search kat internet banyak sangat harga mahal.. so pandai-pandai la selidik-selidik dulu before beli ye.. 

dalam otak sekarang ni nak belikan untuk mak abah and my hero.. mak abah tu tak tau la berminat ke tak, sebabnya mereka dah ada supplement untuk badan mereka, so hari tu pernah bagi free sejenis supplement ni tapi free2 je kene reject.. uwaaa.. its ok.. 

tapi, nak beli satu untuk my hero.. sebab dia memang hantu buah delima.. tak tahu la kut-kut kena reject jugak, sebab GULSAN ni pati, bukan fresh delima.. orang tu nak ke tak?? :)

apa-apa pun, when i was pregnant soon, Insya'Allah nak cuba amalkan pemakanan buah delima ni, sebab banyak sangat khasiat untuk ibu and bayi dalam kandungan.. 

antara kelebihan buah delima untuk ibu hamil ;

1. membantu mengurangkan alahan ibu mengandung
2. membantu memberi tenaga untuk ibu mengandung and menyusu
3. MEMBANTU PERKEMBANGAN OTAK BAYI DALAM KANDUNGAN
4. membantu mendapat bayi yang sihat dan kulit cantik

kenapa Suri uppercase kan yang no.3 tu? pernah ada kawan yang masa ibu dia mengandungkan dorang adik beradik ni, mak dia selalu makan buah delima. sejak dari dorang ni kecik memang cerdas otak, and cerdik-cerdik la kata.. owesome sangat! sampai la semuanya adik beradik belajar hebat-hebat.. mak dia pesan pada dia , 

" NANTI MENGANDUNG, MAKAN BUAH DELIMA, SEBAB BUAH DELIMA NI ANTARA MAKANAN YANG DISEBUT DALAM AL-QURAN' 

bila cakap buah syurga, sapa pun tak boleh nafi kehebatan buah delima ni lagi...

antara firman Allah dalam al-Quran :

dari surah ar-Rahman ,

" Di dalam keduanya ( ada macam-macam ) buah-buahan dan kurma serta delima " ( 55:68 )


dari surah al-Ann'aam, ayat 99 dan 141,

" Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan maka Kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau. Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang korma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan ( Kami keluarkan pula ) zaitun dan DELIMA yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya diwaktu pohonnya berbuah dan ( perhatikan pulalah) kematangannya. sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda ( kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman." ( 6:99)


" Dan Dialah yang menurunkan kebun-kebun yang berjunjung dan yang tidak berjujung, pohon kurma, tanaman-tanaman yang bermacam-macam buahnya, zaitun dan DELIMA yang serupa ( bentuk dan warnanya) dan tidak sama ( rasanya). Makanlah dari buahnya ( yang bermacam-macam itu) bila dia berbuah dan tunaikanlah haknya di hari memetik hasilnya ( dengan disedekahkan kepada fakir miskin); dan janganlah kamu berlebih-lebihan. sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan" ( 6:141)


HIV test??


Assalamualaikum w.b.t

sounds good or goat? bhaha...

Mula-mula dengar takut jugak, tapi kahwin punya pasal sanggupp..
confiden lagi ada la..hihi
on 27th May 2013 Suri buat HIV test di Hosp Machang, Kelantan..
Before nak buat ujian ni, ade la jugak Suri study sikit-sikit tatacara nak buat ujian saringan ni, ramai yang mengatakan kena bawak BORANG AKAD NIKAH yang diambil di pejabat kadi daerah or what so ever lahh.. tapi disebabkan I have mokcik kat hospital Machang tu, so selepas dikaji selidik katanya tak payah pun bawa apa-apa
nothing to bring,, pegi lenggang kangkung je..
Tapi, kalau kat negeri lain maybe kena sertakan sebagai bukti nak kahwin.. before pegi tanya sapa-sapa yang berkenaan dulu, k.. ;)

Sesampai terus isi borang ujian saringan, n take the turn.. tunggu dalam 15minit sampailah giliran.. masuk jumpa M.A tu, ade mokcik saya sekali sebagai nurse kat bilik tu.. so, tak dan nak introduce diri, mokcik saya dah story awal lagi dgn M.A tu.. 

Berdobar-dobar jugak, 
orang cakap dia amik darah guna syringe tu.. 
mak aih..
tapi tengok-tengok amik darah hujung jari je.. hihi Alhamdulillah.. 
Lega..


maka setel lah urusan HIV test ni.. 
balik tu terus pos pada abang untuk bagi pada pej agama Johor..
Alhamdulillah.. 
semoga dipermudahkan urusan selanjutnya..
Bulan 6 ni baru nak setelkan dokumen untuk pejabat agama kelantan pulak..

by the way, tak habes lagi ye.. 
Ujian ni sah untuk 3 bulan before akad je.. 
so, Suri kena buat sekali lagi la nanti, memandangkan pada date 27 Mei hari tu belum genap 3 bulan..uwaaa... its ok, jarum kecik jeee... kikikikkk~


TQ M.A Hosp Machang..

Selamat Tinggal Cinta~

Lagi kisah kisah hati yang ditinggalkan..hukhuk..

All about him..
yang nak kena p indon la pulak..

rasanya...
saya kena mula tahu yang dia sebenarnya..
'belong to country, not mine..'

baru boleh sentiasa positive..
kalau asyik nak merengek kena tinggal memang tak dapat la..
buat kecewa hati sendiri pulak nanti..huhu
and now I realize that he will not always be with me..

and I have to be independent,
belajar jadi isteri, dan ibu yang boleh buat kerja sendiri..
oleh daripada itu, 
saya tak akan menyusahkan bakal suami saya yang comel ni,
bila we all dah kawin nanti..
baru boleh jadi SURI abang yang berjaya dunia akhirat kan..kan?hihi

note : Please come back safely...


forever be the LAST :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...