Senyum Kambing

Di kedai emas, ada seorang perempuan terkentut ketika menonggeng melihat cincin. Dia tersipu-sipu malu dan melihat sekeliling dan perasan ada promoter dekat belakangnya...

Promoter tu tanya la "Boleh saya bantu?"

Perempuan tu anggap promoter itu tak dengar la yang dia kentut jadi dia jawab "Berapa harga cincin ini?".

Promoter tu jawab, "Kalau tengok pun Puan boleh terkentut, saya pasti Puan akan terberak bila tau harganya".
__________________________________________________

Boss : semalam awak cuti sbb awek awak meninggal kn?
Staff : ya boss. nape?
Boss : awak percaya tak kewujudan hantu?
Staff : tak. nape boss?
Boss : sy percaya. sbb smalam sy nampak awak jalan-2 kt mall dgn awek awak. siap tgk wayang lg kan?
Staff : err hehe


__________________________________________________

Situasi: kedai runcit kampung.Ada seorang budak mahu beli

gula..

Budak : Auntie!! ada gula kah?
Auntie : Ada.. sana tu (sambil menunjuk tempat)..
Budak : Tiada pun.. garam sama belacan saja ni...
Auntie : Ada pun.. (sambil mengambil bungkusan dari rak yang bertulis Garam..) ..
Budak : Auntie!! saya mahu gula bukan garam...
Auntie : Gula la ni.. tapi saya sengaja tulis garam supaya itu
semut tidak nampak..!
__________________________________________________




Awal Perkahwinan

Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : "takpe, biar abang masak.."
Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : "masak jer la apa2 jer.."
Penghujung perkahwinan
Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
Suami : " bakar je lar dapur tu..."
__________________________________________________



Guru : Ok murid². Hari ni, kita akan belajar matematik.
Murid² : Baik cikgu.
Guru : Jika makcik kamu memberikan kamu 3 biji gula², di tambah lagi dgn 5 biji gula², jawabnya apa, murid²??
Murid2 : "TERIMA KASIH, MAKCIK".
Guru : ........ = . ="
__________________________________________________

Bf : u tau swim x?
Gf : x reti la ...
Bf : ape la u ni anjing pon tau swim tau ....
Gf : urmmm...yela... u pula tau swim x?
Bf : tau ..!! 
Gf : ahh same la u gan anjing ...

__________________________________________________


KANTOI

Nombor tidak diketahui 1 (SMS)
X : Hye,ade BF x?
Girl: Ade....nape?
X : Ini ayah kamu....ayah akan mengambil tindakan bile sampai umah nanti...


Nombor tidak diketahui 2 (SMS)


X : Hye,ade BF x?


Girl : X de

X : Sanggup u wat I cam nie...i nie BF u tau
Girl : Sorry laa tadi ayah i yg sms gune nombor laen, i pown takut laa kalau2 nie
nombor die gak..

X : Nie memang ayah kamu!! Ayah akan mengambil tindakan dua kali lebih berat!!!


__________________________________________________

Kentut $%#@! ...

Udin : Kentut dalam Bahasa Inggeris apa cikgu?
Cikgu : Wind of change.

Udin : Kentut yang tidak bunyi?
Cikgu : Sound of silence.

Udin : Kentut yang tak disengaja?
Cikgu : Careless whisper.

Udin : Kentut yang terhimpit?
Cikgu: Please release me.

Udin : Kentut yang bau sangat?
Cikgu : Killing me softly.

Udin : Kentut di malam hari?
Guru : Wonderfull tonight.

Udin : Orang yang sering kentut?
Cikgu: No body but you.





hahaahhaa....

__________________________________________________

Polis

Polis : Apakah nama encik ?
Pemuda : Saya tak ingat la
Polis : Okay , jadi encik tinggal dimana ?
Pemuda : Saya tinggal dengan mak saya
Polis : mak awak tinggal dimana ?
Pemuda : Mak saya tinggal dengan saya
Polis : Awak berdua tinggal dimana ?
Pemuda : Tinggal bersama sama
Polis : Rumah awak berdua dimana ?
Pemuda : Sebelah rumah jiran saya
Polis : Rumah jiran awak dekat mana ?
Pemuda : Kalau saya bagitahu encik , encik mesti tidak percaya
Polis : Bagitahu sajalah
Pemuda : Rumah jiran saya di sebelah rumah saya
Polis : #@$%^&*

__________________________________________________

*Situasi : Isteri outstation, tinggal suami kat rumah sorang-sorang. *

Isteri : Assalamualaikum kekanda~. Buat apa je?
Suami: Waalaikumsalam adinda~. Tengok movie je.
Isteri : Cerita apa je? best tak?.
Suami : Best jugak cerita pengembaraan ni ! Mcm national treasure la.
Isteri : Ye ke ?
Suami : Iye ..
Isteri : Apa tajuknya syg . ?
Suami : Dora the Explorer .
Isteri : *hantuk kepala kt dinding
__________________________________________________

Ayam : Kambing, pahabaq?
Kambing : Baik baq ang. tuu diia,ayam, segak kemain lagi nak p mana?
Ayam : Tadak pi mana pun. Saja nak tengok riaksi hang
Kambing : Tapi kan ayam, mcm mana pun hang berhias, jalan tetap kaki ayam,kan?
Ayam : kutuk aku noh , hang lagi teruk dari aku baq ang!
Kambing : Awat pulak?
Ayam : Nampak macam alim. Bela janggut . Tapi TELOQ duk
nampak tergantung ! ! !
Kambing: !@#$%^&*!!
__________________________________________________

Melakukan Hubungan Seks Mengikut Sunnah Nabi.. Kita Berjaya membunuh 80 Ekor Syaitan

Isteri : kalau begitu bang, kalau kita buat 2 kali ?
Suami: Kita Dpat Bunuh 160 Setan
Isteri : Tapi Kalau 4kali bang?
Suami : 340 setan kena bunuh.
Isteri : tapi bang kalau 14 kali kita buat?!
Suami : tuh KAU NAK BUNUH
AKU,SETANNNN!!!
=DƗƗɑƗƗɑƗƗɑ ƗƗɑƗƗɑƗƗɑ =D
__________________________________________________

Pakwe : Sayang , you kentut ya ?
Makwe: ha'ah I kentut , sorry ya ;)
Pakwe : Bau dia macam perfume Paris Hilton !
Makwe: Kenapa , wangi ke ?
Pakwe :Eh tak lah.. TAHAN LAMA ! ;p
__________________________________________________

Cikgu : Mat, di mana letaknya Australia ?

Mat : Di sini, Cikgu! ( sambil menunjuk pada peta )
Cikgu : Bagus! Sekarang Chot, siapa yang menjumpai Australia?
Chot : Mat, Cikgu!

__________________________________________________

Isteri : Apa Yang Abang Fikirkan Tentang Saya Ek?
Suami : Awak ABCDEFGHIJK

Isteri : Apa Dia Tu??
Suami : Adorable, Beautiful, Cute, Delightful, Elegant, Foxy, Gorgeous & Hot..

Isteri : IJK?
Suami : I'm Just Kidding. Hahaha

Isteri : Abang ni kan LMN .
Suami : LMN? Eh Apa Tuh??

Isteri : Lempang Muka Nak?
Suami : HAHAHA XNAK!!!!!

Kemesraan suami isteri perlu ada dalam hubungan.. ♥ Sweet kan?


__________________________________________________



Nenek Budin

Budin hendak menghantar neneknya yang sakit ke klinik dengan menaiki motor.

Budin : Mari la naik nek, pegang kuat-kuat yea..nanti jatuh!
Nenek : Iya lah, nenek pegang kuat-kuat la nie...
Budin : Jangan lupa pegang kuat-kuat yea nek!!! (kata Budin lagi mengingatkan)
Nenek : Iya, nenek dah pegang kuat-kuat la nie, takut sangat.
Budin : Ok, kalau begitu kita berangkat ya, nek.

Budin lalu 'merempit' motornya, lalu terdengar benda jatuh BUUAAAAKKKK!!!!!
Budin terperanjat, lalu menoleh ke belakang, dan ternampak si nenek terjatuh dari motornya.

Budin : Lah kenapa boleh jatuh gak nie, nek?!! Nenek tak pegang kuat-kuat agaknye?
Nenek : Nenek dah pegang kuat-kuat dah tadi!!!!
Budin : Nenek pegang kat mana?
Nenek : pagar rumah.
Budin : "$%^&(#....."


__________________________________________________

Seorang anak disuruh oleh ibunya ke kedai untuk berhutang beras.

Anak : "Pakcik.. emak suruh saya hutang beras boleh?."

Penjual : "Boleh.. mahu berapa kilo?"

Anak : "2 kilo pakcik"

Penjual : "Nah ambik ni.. balik tu jalan elok2 tau.."

Anak : "Eh... pakcik.. wang bakinya mana? buat-buat lupa plak dia..."


__________________________________________________

cerita Orang Asli Dan Polis (giler lawak!!!)
orang asli : selamat pagi tuan
polis : selamat pagi
polis : apa hal
orang asli : saya nak buat repot tuan
polis : fasal apa tu
orang asli : kawan saya di baham harimau
polis : pukul berapa
orang asli : dia tak pukul, terkam
polis : habis?
orang asli : tak habis, tinggal kepala
__________________________________________________

Didlm sbuah kelas, seorg cikgu tadika b'tanyakan 1 soalan ,

” Ada 3 ekor burung di atas pokok. Sekor ditembak pemburu, brapa ekor lg yg tinggal? ”Mat mengangkat tgn & menjwb,”Kosong cikgu”.

”Knp kosong Mat?” Tanya cikgu. ”Sbb 2 ekor lg tu mesti la terbang lari cikgu.”

”Salah! Jwpnnya 2, Mat. 3 - 1 = 2. Tp cikgu suka cara kamu berfikir”.

Habis kelas, cikgu dgn ikhlas & murah htnya belanja Mat m

kn aiskrim.

Mat yg sdg m'jamu aiskrim itu tb2 b'tanya, ”Cikgu, ada 3 gurl mkn aiskrim.
Sorg tu style mkn telan smua skaligus.
Yg sorg lg gigit sikit2.
Gurl yg last sekli jilat keliling dlu & kulum aiskrim sampai hbs.

Antara 3 gurl tu, cuma seorg sja dah kahwin. Yg mna 1 cikgu?

”T'gamam cikgu apabila m'dgr soalan Mat tu! Tp cikgu ttp maintain cool jerk. Dgn b'lagak neutral cikgu pun menjwb, “Yg jilat keliling dlu & kulum aiskrim sampai hbs tu kot yg dah kahwin”.

”Salah cikgu! Yg pakai cincin kahwin la yg dah kahwin. Tp takpe, saya suka cara cikgu berfikir.
hahahahaha xD

__________________________________________________

Isteri : Bang, pinjam telefon kejap!
Suami : Kejap.. Baru nak on phone..

Delete
Delete
Delete
Delete
Delete
Delete
Delete
Delete
Delete
Delete
Delete
Delete X_X
Delete
Delete
Delete
Delete
Delete
Delete X_X
Delete
Delete
FORMAT MeMoRY CARD.. Nahhhhhhh.. ^^

Takde apa nak sorok dari u sayang..

Isteri :Saya cuma nak tengok masa jer bang!!





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...