Tuesday, 19 August 2014

Pre-Love SOUFEEL Murano Glass untuk di let go :)

Assalamualaikum...

Hai olls.. Suri nak let go Murano Glass by SOUFEEL ni.. Suri beli bracelet ni dalam bulan February yang lepas.. tapi skang ni dah nak let go atas sebab tak pakai sangat pon.. masa nak dulu, memang tergedik-gedik.. bila dah dapat tak pakai pulak.. selalunya lupa nak pakai, sebab still keep in dalam kotak hitam yang elegant by soufeel tu.. so memang tak pernah terlitas nak pakai.. Serasa Suri la kan, pakai pon tak sampai la 10 kali.. 
Details barang macam kat bawah ni

Include:
1) 925 Sterling Silver Basic Charms Bracelet
2) 5 Murano Glass Charms
3) 1 925 Silver Charms
4) Kotak and Sarung (hitam)
5) Kain Pengilap Silver

Condition 100% tip top punya
hihihie.. 

If bekenan nak tengok dulu pun tak pa.. :):):)



kotak and sarung hitam 


kalau nak tengok lai dekat and jelas boleh zoooooom k..



ni la satu set yang nak di let go 

untuk pertanyaan boleh call/sms/ whatsapp Suri for details

013-2970915

selagi x tulis SOLD OUT, means still available k.. :)

kat entry terbaru ni suri ada update sikit pasal pre-loved Soufeel bracelet ni..

continue... Pre-Loved SOUFEEL bracelet

moh baca untuk yang berminat tu :)

Wednesday, 6 August 2014

HARGA RUNTUHH KOTAK KACA HANTARAN.. Special for B2B hehe

Assalamualaikum semua especially untuk B2B kat luar sana.. Kali ni suri tak mau cakap n tulis panjang2.. Sebab menaip guna tab je, banyakkkk stresss!!! Ok then, suri nak buat promotion untuk set hantaran yg suri sewakan.. Hehehe.. So.. Details seperti dibawah ;

1) discount sebanyak 40%.. Makanya...

KOTAK HANTARAN 
= RM 15 per box 
( minimum kena sewa 5 Box )

ALAS BERCERMIN

 = RM 7 per pcs
( minimum kena sewa 5 pcs )

2) tempoh sewa adalah seminggu.. If minggu seterusnya tak ada yg book dalam masa seminggu boleh diextendkan masa.. Maximum 3 hari.. Peace~

3) bayaran deposit hendaklah dijelaskan semasa confirmation dibuat.. Deposit tidak akan dipulangkan if tak jadi sewa.. Deposit 50%...So u olls pikirin masak masak dulu b4 setuju nak sewa k.. Suri tau mesti ramai yg rambang mata nak pilih design2 hantaran kan.. Take your time k.. :)

4) discount sah bermula Ogos 2014 sehingga hujung bulan Oktober 2014.. Hihie.. Yang kawen after bulan oktober tu nantikan offer seterusnya k.. 




Boleh contact no.fon suri :

013-2970915

( Call / sms/ whatsapp )











Sunday, 11 May 2014

Kotak Hantaran Kaca by Fiza


Salam.. 
Kali ni suri update pasal kotak kaca yang disewa oleh Fiza.. Actually bukan fiza ni yang nak kawen, tapi abang dia yang nak kawen pada 4 Mei 2014 lepas.. Fiza sewa kotak kaca kosong je, then fiza deco sendiri bagi jadi macam ni.. Tapi rerumput dia cantik sangat.. Rerumput suri hari tu nampak keras je, huhuhu,, pada sesiapa yang pernah try deco hantaran ni, mesti rasa hebat bila dah siap,, serius tak da idea.. Tapi atlast, menjadi jugak.. Syarat dia main cucuk je bunga bunga tu.. Hihi.. Gambar kotak ni yang ramai ramai tak dapat di upload, satu ni je yang lekat.. Huhuhu

pape pon thank you Fiza sewa dengan suri.. Senang berurusan dengan Cik Fiza ni.. Alhamdulillah ;)

For those yang berminat boleh have a look kat entry suri pasal kotak kaca ni ye..



Boleh tengok kat dua dua entry ye... And untuk yang bajet rendah sikit boleh la try tengok alas hantaran ni pulak.. Yang ni pon boleh sewa dengan suri..







Wednesday, 7 May 2014

Kacang hijau cepatkan hamil


Salam dan selamat malam.. Hiba rasanya malam ni.. Srobbb..

 Awal mula pertama mula, suri nak ucapkan tahniah la pada yang baru dapat tahu anda hamil.. Tahniahh mommy! .. Walaupun belum rezeki suri lagi untuk mendapat cahaya mata.. Allah is the best planner kan???.. :) .. Jujur suri katakan, isteri dan suami mana yang tak inginkan anak.. Same goes to us, we already married for 9 months.. Lame dah tu.. Tapi masih belum dikurniakan zuriat.. Setiap kali datang period lambat kami akan tersenyum memandang satu sama lain, begitu juga suami suri.. Setiap kali tu laaa dia akan berangan jadi ayah.. And baru sekejap tadi masing masing duk berangan.. Tupp..tupp.. Suri nak gi ambil wudhuk, tengok tengok dah period  pulakk.. Bukan apa, actually suri dah missed period dah 3 weeks.. Mana tak bedebar nok.. 2,3 hari lepas dah try buat UPT, frustt sebab resultnya single line.. Its ok.. Masih berharap sebab tak period lagi.. Dan akhirnya terperiod jugak.. Takpela.. Bukan rezeki kami lagi gamaknye..

Then, malam ni jugakla jari jari yang penuh harapan ni try search petua and tips bagi cepat dan mudah hamil.. I found alots, but 1 thing yang sangat menarik tentang satu petua yang suri jumpa ni.. Agak murah, mudah, dan testimoni yang disediakan pun agak bagus.. Meh kita try sesama.. Kalau kalau jadi boleh la rojer suri.. Seronok rasanya kalau dapat tahu ilmu yang suri bakal kongsikan ni berguna dan dapat membantu mommies..

Sediakan..

1) ambil segenggam kacang hijau.

2) redam kacang hijau tu selama 2 hari, ( sampai tumbuh ekor anak taugeh, kira kira panjang ekor itu menjadi 2kali ganda panjang kepala taugeh).

3) air rendaman hendaklah sama paras dengan kacang hijau itu. ( sehingga kacang tenggelam dalam air)

4) tutup bekas rendaman. ( nak bagi senang, rendam guna periuk je)

5) bila da jadi baby taugeh, cuci dan buang kulit hijau yang ada tu.

6) rebus taugeh tersebut dengan 2 gelas air kira kira dalam 15 minit dengan api yang sederhana.

7) apabila air rebusan itu dah tinggal jadi separuh, tapis dan ambil air rebusan yang tinggal ( segelas)

8) minum air rebusan itu tiap tiap pagi bermula daripada hari pertama period sampai waktu subur.

Gini la ropenye anak taugeh tu.. Huhu


Suri ada confuse sikit dgn step step petua ni.. Kena minum segelas sehari la kan jadinya? So hari2 kena rebus taugeh ni la kiranya? .. Huhuhu.. Pandai pandai lah ye puan puan.. Suri pon nak try petua ni.. Manatau usaha menjadi kan ;D insyaAllah.. 

Menurut pengamal petua ni, katanya mereka cuba dalam sebulan je, dengan izin Allah ada rezeki dapat anak.. And kawan kawan dia yang cuba pun memang bagi feedback positive.. So.. Jom la kita try sama sama.. Tak sabaarrr dah ni.. Huhuhu.. Jangan lupa, mesti diiringi doa dan tawakal kepadaNya.. Dan rajin rajin kan amal baca surah mariam..


SELAMAT MENCUBA...
















Wednesday, 30 April 2014

Petua berumahtannga

Salam..

Malam ni terpanggil nak jenguk blog sediri.. Hihi.. Asik baca blog orang je kan.. Dah lama gopenye tak hapdate ..huhu.. Semenjak bergelar isteri ni, asik ngadu dgn asben je cerita ceriti hidup.. Alhamdulillah.. Bahagia tu datang selalu.. Tapi pasti ada dugaan jugak.. Tak semua benda kita boleh kongsi.. Either cerita yang bahagia or sedih.. Tetambah cerita sedih kan.. Kalau kita bercerita lara hati ni kat orang ramai.. 98% akan senyum atau pretend to be prihatin, actually 2% je yang bebetul belas pada kita.. Its better close your mouth.. Keep in your heart, sb hati kita je yang faham dengan diri kita.. Biasa lah.. Setiap masa manusia di uji.. Dalam ujian tu pasti ada rezeki dari Nya..

Kalau dicerita dugaan after kahwin ni, banyak sangat.. Kena cekal, kuatkan hati.. Kita ada Allah.. Tok sah duk buat benda merapu merepek.. InsyaAllah.. Tak lama pun ujian tu.. Allah nak uji setara mana kita pegang pada janji kita masa akad nikah dulu.. Ingat dak nih??.. Ecehh.. Macam garang pulakkan..

Suri?? Alhamdulillah.. Kalau kita sayang pada pasangan kita tu betul-betul, apa saja dugaan kita kena tempis.. InsyaAllah ada bahagia dihujung jalan.. Yang penting senyummmm..

Pada sesiapa yang dalam keresahan.. Meh nak bagi petua menenangkan diri..

1) yang penting sekali, terima ujian dengan hati terbuka..
2) senyum
3) mengadu pada Allah, jangan cerita dengan orang lain.. Orang lain tu tak tahu pon apa2..
4) belajar untuk memaafkan walaupun behitu sukar
5) muhasabah diri, terapi hati dengan zikir.. Hafiz hamidun kan ada, memang tenang jiwa raga
6) berterus terang dengan pasangan..
7) jangan ada rahsia dalam perhubungan..
8) janji Allah sentiasa bersama orang yang berdoa...

Lastly, belajar menghargai pasangan.. Jangan sesekali menipu.. Tidak ada tempat di syurga bagi yang menipu dalam rumahtangga.. Kepercayaan tu umpama gelas kaca, mudah pecah, sukar dicantum semula.. Bagi yang berusaha mencantumkan semula tu, tak akan sekukuh dulu.. Keep it in the right place.. Bila kita jaga hati dan perasaan pasangan, insyaAllah Allah akan jaga hati kita.. Datang la ujian sehebat mana pun, kita pasti tabah.. Smile..



Friday, 14 February 2014

Selamat Hari Lahir untuk diri sendiri


12 February 2014

Assalamualaikum and selamat pagi...
bermulanya perjalanan sebagai besday girl hari ni... After masuk je pukul 12 pagi tadi.. tiada apa-apa yang berlaku.. call encik suami pada jam 12.07 a.m... hurmmm nothing i got.. actualy, masa taun bujang-bujang dulu, mak akan jadi orang pertama yang mesej or call untuk wish besday,, tapi diam je hp semalam.. im wait for all those my special sumone, rupanya harapan tinggal harapan.. mak and abah pun x ada mesej apa.. same goes to my husband.. no one wish me happy besday.. semenjak kahwin ni, hari-hari bahagia memang celebrate sensorang je.. grad dengan mak and abah, Alhamdulillah.. dengan suami tak pernah pun dapat meraikan apa-apa lagi bersama..sekarang pon dia kat Penang, macam mana nak celebrate sama-sama kan harap-harap after this, ada kesempatan celebrate my day dgn suami.. sedeh kalau mengenangkan nasib ni, gini la bini askaq.. apa boleh buat,, pujuk hati sendiri je la noxx~

HAPPY BIRTHDAY TO ME...


abaikan nama sapa ntah dalam piktur ni.. huhu


14 February 2014

tup..tup.. tengah hari ada pulak prank untuk cik puan anis ni.. hoho terharunya... termalu, terpedaya, suma ada lah.. hurmm.. speechless sangat2.. nak menangis pun ada.. macam-macam lahhh

ni la... kengkawan yang pulun nak prank i :)

mak mok yang sentiasa bersama, dan jg bakal isteri tak lama lagi.. auwww

kakak norita~

happy besday to me


siap ada makan-makan lagi.. apa lagi pakat picnic dalam opis le jawabnye..

hohoo.. thank you so much friend.. menangis*

and...and..and...

last but not least,, from my mom, yang terlupa besday anak comel dia ni.. huhu..
sehari kemudian baru teringat.. its ok, im always love you, more than everything..kalau abah memang tak pernah wish,, selalu dia antar mak sebgai wakil je.. hahaha



Thursday, 6 February 2014

My Lovely Charms from SOUFEEL

Salam Zohor.. 

ini cerita pagi semalam.. memandangkan kebalakangan ni asik gilakan Pandora je,, tapi mahal sampai tegigit lidah.. so, korek punya korek kat internet jumpa la cik Soufeel ni.. tapi tak beli pon, asik-asik bukak website dia je sebab nak jamu mata, at last, pada bulan lepas suami kita serabut sangat dengan kita sebab selalu sangat tunjuk product SOUFEEL ni.. cakap nak beli tapi tak beli pun.. yela.. student mana la ada ongkos.. biar pun soufeel ni tak semahal pandora.. tetap tak berduit untuk beli 4,5 charms tue... hukhuk.. beberapa hari suri asik duk tunjuk kat suami, last2 dia tolong belikan.. yeayyy.. so.. pilih charms yang murah-murah jela.. Suri tak minat sangat charms yang bentuk macam-macam tu.. im only in love with Murano Glass Bead je.. sangat berseni, and suka tengok kaler-kaler dia.. 

Mula-mula memang kejap nak kejap tak nak, sebab ta reti nak buat payment a.k.a takut kena tipu.. berbekalkan keazaman nak memiliki, pejam mata je la.. guna debit card pon boleh.. after beli, makesure follow up la dengan customer service soufeel ni.. kadang-kadang it take about 14 days to reach malaysia, tapi suri duk pulun pi tanya cust service tu, cakap kata nak pakai asap untuk celebrate birthday party.. so, in 6 days dah dapat parcel.. hihi.. 

rasanya ikut nasib ler kut.. sebab bila tengok feedback kat fb tu most of peoples said lambat sampai, bad service bagai. huurrmm.. hurmmm.. ok, malas nak pikir.. hihi dapat je kan.. Alhamdulillah~


wah..wah.. surprise sangat time ni kan.. dub..dub..dappppp~ 2 hari pergi jelajah tempat amik barang, 2nd day baru dapat.. pheww.. pulun la skit... heee


Soufeel punya packaging.. in black!~


bukak kotak terus nampak macam ni.. charms tu dia seal satu satu bijik.. gunakan seni yang ada untuk masukkan pada bracelet tu.. selamat mencuba..agagagaa~



jeng..jeng.. kami la yang diterbangkan untuk puan suri..



taraaaa.. 
cun tak u olss? seronok sangat.. selepas 1 jam menggayakan braclet baru ni, pergi kat fb tetiba nampak orang jual pandora ciplak.. aiyaa... tp, kalau suri tak beli soufeel ni, suri rasa memang suri pon tak kan beli pandora copy ni.. sebab charms die tu nampak tak bermaya langsung, very dull.. berbatu-batu beza dengan Pandora kat Satelite, mid valley, klcc and seangkatan.. bukan nak kondem or apa.. maybe sebab suri pernah tengok yang original kut.. huhu

If ada sapa-sapa yang nak track barang soufeel ni boleh gi kat website ni, just masuk je no track pada global order.. nanti dia bagitau detail barang kat mana..

selamat menjamu mata di website SOUFEEL.. 

p/s : Suri dah nak let go soufeel set ni.. boleh klik di sini untuk details ya 

Tuesday, 4 February 2014

Deritamu Deritaku

Assalamualaikum... 

catatan before menunaikan solat zohor. 
my life with him... a beautiful gift from Allah~

Alhamdulillah, majlis bertandang dah selamat ditempuh, walaupun penuh duri dan ranjau.. dalam masa 3 hari rombongan dari kelantan datang, macam-macam masalah timbul.. biasalah, datang reramai memang cam tu, tambah-tambah bawak geng jemah dari kampung.. apa-apa pun kena terima sebagai cabaran, demi majlis we all...

Macam biasa, selesai majlis je, en.suami dapat panggilan untuk ke Penang..kali ni kena tinggal untuk 2 minggu. its ok, dah bekal kekuatan kat hati... kalau nak diikutkan 2 minggu tu sat sangat, record paling lama 3 bulanSSS.. phewww.. Alhamdulillah.. makin kuat rindu and sayam tu... weee...

pas ni maybe lagi lama kena tinggai, sapa tau kan.. so, bagi akak-akak yang suami pi outstation 3,4,5 hari tu, harap tabah tau... bersyukur, kejap je abam pi outstation tu.. boleh calling2 lagi kan..

kepada yang bini-bini askar, polis and seangkatan yang lain, harap tebalkan hati ye,, InsyaAllah ada hadiah berharga di kemudian hari... ada banyak hikmah.. makin lama berjauhan, makin sayam gituu kan.. ahakkz..

aumm.. selamat menunaikan solat zohor:)






Monday, 27 January 2014

Handmade Potpouri Glass Untuk Ditempah

Assalamualaikum..

tema hari ni Monday bluessss.. so, jom buat benda lain selain membaca.. kuikui

Tak sabar nak tunggu hari Jumaat ni.. kaweenn lagi..
still pada hari Jumaat jugak.. tapi, this time bertandang je lah.. location at Pagoh, Johor.

macam biasa, suri jugak la yang akan bersilat buat doorgift and benda-benda yang en. suami  tak dapat nak pikir. hahhaa.. kalau bagi dia buat memang tak jadi.. katanya, nak beli, tapi rasanya, kalau dah alang-alang ada bini kreatif lagi comel ni, 
apakata upah bini je larrhhh.. You bayar, I buat ok darl.. 
hampeh! berkira punya bini. hehhe

Kat bawah ni adalah doorgift VIP untuk majlis bertandang.. tak de la VIP sangat.. actually untuk family suri yang datang nun dari Kelantan, so, zepecial la sket kan.. hikhik..

bahan-bahannya macam kat bawah ni :






taraaa ni dah siap.. 
tiba-tiba je dah siapkan.. saja buat magic.. tangan letih menaip thesis.. hukhuk



versi kaler white + gold


ni pulak versi gold + maroon


siap ada mini tag gitu..hihi



( abaikan en.masam kat belakang teww .. heh )


semua sekali.. 
suri buat dalam 30 pcs je.. beberapa jam dah boleh siap kalau pulun tenung buat benda alah ni je..
If ada yang berminat boleh saja nk tempah..tapi bergantung pada kuantiti maybe.. kalau banyak sangat meletup jari mak.. huhu.. 

kalau untuk tempahan RM 3.50 
per glass.. 

if interested, do whatsapp/pm me :

013-2970915








Monday, 20 January 2014

Alas Hantaran Cermin Untuk Disewa

Assalamualaikum... and selamat pagi

Hari ni nak release satu lagi set alas hantaran untuk disewa.. hihi.. 
mcm nak release crita kat wayang pulak.. ok2, tapi kaler set ni Ungu la a.k.a Purple... 
comel tu comel dah.. ngahahaha..

size alas ni tak engat la bape inci, tapi lebih kurang 10 or 11 inci la.. 
agak lebar untuk hantaran yang besar amatlah digalakkan untuk sewa yang ni.. hihi.. 

decorasi alas ni macam dalam piktur2 yang ditayang dibawah,, 
~ atas tu ada cermin, ala2 boleh pantul balik barang-barang hantaran.. haa gituu.. 
~ pastu kat tepi-tepi birai tu, adalah ribbon baldu,, seronok je gesel2 jari kat ribbon tu.. ahakzz...
~ kat setiap bucu tu pulak ada kerawang kaler silver, siap ada gayut-gayut lagi... hihi






okay, ni part paling orang nak tau... so, kos bagi sewaan :

RM 12 / pcs

available 9 pcs

if sewa untuk 9 pcs, RM 100 sahaja..

and bunga-bunga sakura purple tu boleh request kalau nak guna sekali.. 
Its Free~

 ok,, sekian saja... anything boleh pm or wassap kat no ni

013-2970915


Monday, 13 January 2014

Kotak Kaca Hantaran Sewa By Kak Nanja


Salam.. 
kat bawah ni decoration yang kak nanja buat untuk hantaran abang beliau kahwin 28 Disember 2013 yang lepas... katanya ini decoration orang yang tak berseni, tapi comel je... yang bunga kat dalam tu I Like.. Sebelum ni suri cuba buat, tp tak berjaya.. sebab bunga putih-putih tu tak tau nak beli yang macam mana.. huhu... 

Kak Nanja ni sewa 5 kotak je.. without deco.. so, total untuk 5 kotak without deco hanya
 RM 125.00



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...