Friday 3 August 2012

BON PELAKSANAAN

Bon Pelaksanaan
Bon pelaksanaan merupakan satu jaminan yang wajib disiapkan oleh pihak kontraktor. Nilai bon pelaksanaan adalah 5% daripada jumlah harga keseluruhan kontrak.terdapat dua jenis bon pelaksanaan yang boleh dikemukakan oleh kontraktor :
Ø  Jaminan bank
Ø  Wang jaminan pelaksanaan (guarantee)
Manakala tempoh jaminan adalah :
Tempoh harga kontrak asal + tempoh kecacatan kerja + 1 tahun
Wang Jaminan Pelaksanaan (WJP) pula ialaah satu kaedah alternatif penyediaan bon pelaksanaan sekiranya kontraktor gagal atau tidak dapat menegemukakan bon dalam bentuk jaminan bank. Cara pelaksanaan untuk kaedah ini ialah melalui pemotongan bayaran interim sebanyak 10% sehingga nilai itu mencapai 5% daripada harga keseluruhan kontrak asal.
WJP ini boleh dituntut semula oleh pihak kontraktor apabila Sijil Perakuan Siapkerja (CPC) dikeluarkan oleh pihak klien, tetapi hanya 2.5% sahaja yang boleh dituntut, manakala selebihnya 2.5% lagi boleh dituntut oleh kontraktor selepas pengeluaran Sijil Siap Memperbaiki Kecacatan (CGMD).
Segala dokumen tender berkenaan projek 3 ( balai bomba ) di teliti dengan lebih lanjut. bayaran interim dilakukan mengikut bulan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...