Thursday, 29 November 2012

Mak & Abah

Allah Ta'ala tidak mencipta wajah aku persis abah dan mak semata-mata atas alasan saintifik. Aku percaya wajah aku dilukis begini supaya setiap kali aku renung cermin, aku nampak abah dan mak. Lalu tidak kira ke mana jua aku pergi, dan manusia apa aku jadi, aku membawa abah dan mak bersama. Dan bila kita semakin tua, wajah kita semakin iras ibu dan bapa, kerana pada waktu itu mereka mungkin sudah tiada, dan Allah tahu kita merindui mereka ; kita perlu lihat wajah mereka :) 


Pak Cik Min & Mak Cik Noor

Datuk Azemin & Datin Noorriah


Lovely thanks MOM and DAD for being my angles :
anakmu :)

muka senonoh~


Wednesday, 28 November 2012

Final Year Project : Collecting Data

Perjuangan diteruskan..
Alhamdulillah..
Task seterusnya, iaitu mengelect data berjalan lancar untuk 1 hari..hihi.. Hari ni Insya'Allah berjaya dihabiskan untuk hari ke-2.. Harap cuaca okey2 je.. Semalam petang hujan lebat yang teramat-amat, sampai habis basah camera, naik wap pulak tu dekat skrin.. Kalau ikutkan manual, data tu tak laku sebab cuaca mempengaruhi faktor traffik atas jalan.. Namun apakan daya seorang gadis kecl ni nak pi tunggu lama-lama atas jejantas yang menyeramkan tuh..jenusss....  huhu. Video cam tu dah la baru beli semata-mata nak collect data.. aisehhh.. habis RM 2000...$$$$... Demi untuk mendapatkan segulung ijazah, aku boleh!!! Cecece..sembang kencang, macam  beli sendiri jek bunyinye kan?..hahaha.. padahal ada orang prihatin kepada saya, so beliau pun dermakan 2 (dua) bijik video cam PANASONIC, baru lagiiiii~
so, kena fa.wau.lam.wau.nun la untuk buat yang terbaik bagi dapat A+++ !
mehh nak tunjuk sikit barang baru tu.. weee~


PANASONIC V100







PANASONIC V10






abang and adik..hehe jaga diri hampa tau.. ngee




Saturday, 24 November 2012

Friday, 23 November 2012

Boyfriend @ Tunang??

Assalamualaikum.......

" Keluar ke?? dengan sape?" sapa sorang member.
" Ha'ah youuuu, dengan boyfriend leeer" aku jawab...

Entah kenapa tercakap boyfriend, padahal dah bertunang. hihi. Lupa pulak diri ni telah di chuuppp. hihi..Tula antara konflik dalaman yang paling susah nak ubah after bertunang, kadang-kadang dah engat tapi maluuu la pulak nak cakap 'tunang aku'.. Yelaaa... Selama ni asik cakap 'pakwa' je, tak pun 'boyfriend'.. Tak lama lagi lembut la lidah nak menyebutnye. Tapi kalau asik malu nak start menyebut, ntah ke bila nak lembut lidah ni.. huhu. 

Sejak-sejak dah bertunang ni asik pikir kahwin je. Almaklum la, bertunang ni kan dah selangkah masuk ke alam suami isteri. So, sibuk la dalam hati ni berbunga riang nak kahwin.. 

oittt.. engat kawin ni main2 ke, sikit2 kawin, banyak2 kawin.. weeeeeee~... 

Pas dah kawin nanti sebuk nak beby pulak, tapi tak pe, yang tu seronok. Seronok dapat bagi zuriat pada suami... :) ade ke orang tak nak anak lepas kawin? i dun think soooo.. tapi tak tahu la kalau memang ada. tepuk dada, tanya hati :)

this is a part of article from iluvIslam.... feel free to read ya :) short and sharp...

Cinta Dan Kasih Sayang
Cinta dan kasih sayang adalah penghias utama dalam sesebuah perkahwinan mithali. Jaminan kebahagiaan dalam sebuah keluarga sebenarnya berputik daripada cinta yang mendalam di antara suami isteri berpaksikan Islam.
Cinta yang murni ini seterusnya melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah yang boleh mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka apabila telah tiada di dunia nanti.
Justeru hubungan kasih sayang di antara ibu bapa dan anak-anak perlu dijaga dan dipupuk agar setiap Baitul Muslim atau keluarga Islam dihiasi dengan kesyahduan cinta yang segar dan kasih yang mengasyikkan.
Kasih sayang juga perlu sentiasa dicari dan dibina bukannya ditunggu atau dibiarkan kerana fitrah manusia sentiasa dahagakan kasih sayang.
Ini bertepatan dengan firman Allah dalam surah ar-Rum:30 :
"Fitrah Tuhan yang telah diciptakan manusia ke 
atasnya, tiada pertukaran lagi bagi ciptaan Tuhan itu. 
Itulah agama yang lurus, akan tetapi kebanyakan 
manusia tiada mengetahui."

Ibu Bapa Mithali
Perkahwinan mithali bermula dari ibu dan bapa yang mithali.
Kita pasti berasa malu sekiranya pasangan suami isteri tidak mampu menjadi contoh kepada anak-anak dek kerana kejahilan tentang Islam yang disengajakan.
Kita tidak mahu ibu dan ayah hanya terkelu lidahnya apabila diminta anaknya mengajar tentang solat, doa-doa harian dan bacaan al-Quran yang betul.
Contoh terunggul perkahwinan mithali tentunya datang dari junjungan mulia Rasulullah S.A.W.

Baginda Rasulullah selaku suri teladan sepanjang zaman telah meletakkan Khadijah binti Khuwailid sebagai wanita pertama yang bertakhta di hati baginda dan berjaya menakluki hati Rasulullah dengan cinta yang tidak pernah kunjung padam.

Keindahan perkahwinan baginda terungkap dalam pergaulannya dengan Khadijah dan isteri-isteri yang lain.
Kehadiran putera dan puteri serta cucu baginda telah menyerikan lagi kehidupan keluarga Rasulullah.
Mengimpikan sebuah perkahwinan mithali, hanya tinggal mimpi jika kita tidak menyelak kembali sejarah hidup baginda sekeluarga yang amat indah itu.
Tegasnya perkahwinan mithali yang aman dan bahagia adalah impian pasangan suami isteri.
Namun bukan semua rumahtangga mampu melakar dan mengekalkan kebahgiaan.
Terdapat rumah tangga yang tergadah dengan kekusutan yang tiada jalan penyelesaian malah penceraian menjadi kemuncak pemilihan kerana kemurkaan terhadap hambanya.
Janganlah gelanggang perkahwinan hanya satu platform atau pentas untuk bersandiwara atau bercengkerama tanpa dihiasi dengan keilmuan dan amalan yang berterusan.
Perkahwinan bukan hanya satu testing ground tetapi ia adalah realiti yang perlu ditempuhi dengan kearifan, kesabaran dan kejituan Iman.

copy & paste from :

semoga kita juga diberikan keluarga yang bahagia...
Insya'Allah~

Kanan VS Kiri

Assalamualaikum...
Alhamdulillah masih diberi peluang untuk menghirup udara di atas bumi ALLAH
pada malam yang nyaman ni , apakata kita kongsi cara nak dapat pahala...
senang sangat tanpa perlu effort yang besarrrr punye..
sambil2 kita lakukan aktiviti harian je,
Sebab apa???
sebab kadang2 kita tak sedar perkara yang kita buat tu bantu kita untuk dapat pahala...
Yes!! 
ISLAM is the way of life!
every single thing we do is ibadah...

So, apakata lepas ni kita sama mulakan dengan kaki/tangan kanan apabila :
  • masuk ke masjid
  • masuk ke rumahku, syurgaku
  • keluar dari sesuatu tempat untuk ke tempat belajar
  • keluar dari tandas
  • pakai stokin
  • pakai kasut
  • pakai baju
  • potong kuku
p/s : jangan lupa mulakan dengan BISMILLAH~

DAN,
memulakan dengan anggota kiri apabila :

  • keluar toilet
  • keluar masjid


SELAMAT BERAMAL

Tuesday, 20 November 2012

Demam UPSR

Assalamualaikum..

memandangkan sekarang semua orang pakat-pakat demam UPSR, 
tibatiba pulak rasa nak jugak cerita zaman hingusan kanak2 dulu..
ahakzzz..
mendapat pengajian sekolah rendah di 
SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG MATSIRAT, 
Pulau Langkawi, Kedah ( awek pulau hihi)...
dari darjah 1 sampai la darjah 6..
Alhamdulillah, 
grad dari sekolah tu dengan jayanya..

bangun pagi tu rasa seram-sejuk je,
 yelaaaa nak amik result UPSR nih!!
hahaha..
cikgu cakap datang amik result pukul 10 pagi..
so, berbekalkan moto SUZUKI lampu petak,
kami tiga beranak bergendongan..
abah driver moto, adik (twin) , and aku kat belakang sekali..


sampai je pagar sekolah,
bertolak2 la kami adik beradik, tak tau sapa nak pi ambik dulu..
konon-konon surprise..
then, masing2 pegi ambil kat kaunter asing2,
tengok2! taraaaaaaaa!

Bahasa Melayu B
Pemahaman B
Bahasa Inggeris B
Sains B
Matematik B

amek kau 5B!!

Alhamdulillah, dapat jugak angka LIMA kan.. hahahahaha!


terima kasih cikgu atas tunjuk ajar yang diberikan selama ini~
semoga kalian sentiasa di bawah rahmat Allah~

Friday, 9 November 2012

Free Plagiarism Checkers

Salam.. 

Di sini nak kongsi serba sedikit apa yang termampu.. ;) 
here is the suggested citation for u all yang nak 
check plagiarism.. 
sesuai bangat untuk students yang nak buat 
Final Year Project like me.. 
huhu.. keluar air mata berdarah 
bila tengok plagiat percentage malam nih..
48% 
mak aihh..!!  
makkkk, nak kawennnn! ceq xmau blajaq dah!
terus moral down untuk belajar..  :(
its oke!.. teruskan berusaha, jangan putus asa
nak kawen nanti pun kena pandai..
pandai untuk ajar anak2 kita nanti,
ajar suami kita, ajar saudara2..
huh.. Allah, help me~~ 
MORAL UPPP! yeahh~
nah, lawat tempat2 dibawah ni oke!
Selamat Mencuba~









p/s : yang ada *** ini adalah yang the most accurate detector :) ni je la yang termampu, but ada satu software ni Turnitin , tapi bukan free, kene beli, coz my lecturer used this to check plagiarism untuk students dia yang nakal mcm den nih..hihi~





Wednesday, 7 November 2012

Final Year Project : Traffic Conflict

Salam
phewwww..
im start getting bored with my new job.. not new at all... 
dengan tajuk yang dipilih sendiri. 
Traffic Conflict.. 
fuh,,, mula2 dijangkakan tajuk yang senang.. tapiiiii... 
Alhamdulillah memang agak senang,
 cuma nak run third phase, 
its a little problem to find the person who volunteer to help me in collecting data. 
actualy tak de la volunteer sangat, 
sebab sebagai ganjaran akan diberi RM 10/head
tapi nak cari yang betul2 free seharian tu susah, masing2 ade class,
 junior pun busy dengan clas yang padat.. adoii.. 
Ya Allah, give me strength~
sepatutnya hari ni da collect data untuk hari pertama, tapi xde pulak yang nak nolong den...
next week cuti seminggu, lagi tak dapat la yang nak tolong, 
pakat2 usung beg besar balik kampung. 
so petang2 macam ni apa lagi, ke library untuk mulakan
  literature review yang tak start2 lagi. 
harap dapat siap at least 5 pages....
hopeeeeee soooooooo~
:(
dengan syarat jangan ONLINE lagi!!



Tuesday, 6 November 2012

Jalan-Jalan Cari Bunga


Assalamualaikum LADIES..
Hypeee.. 
Al kisah petang tadi, demi nak makan puji dengan lecturer untuk projek Keusahawanan a.k.a Agriculturisation Entrepreneurship kami berempat meredah hujan, jalan2 yang sibuk dengan kotak2 bergerak, 
semata2 nak pi satu kedai bunga kat Petaling Street a.k.a China Town. 
Huh.. Alhamdulillah sampai dengan jayanya, buttttt…. tak ada yangg pandai bawak kete manual, kancil jeee.. hahaha.. at last, si comel Nisa yang kene drive.. huhuh.. papepun perjalanan diteruskan dengan aktiviti ‘Jalan-Jalan Cari Lemak’ diketuai oleh ratu makanan, alia.. 
Subhanallah,,,
 banyak betul pancaroba dunia dalam perjalanan nak sampai, biasela, yang drive sorang , tu pun drive kete asik mampus je kat bukit,
 kene honnnn3 banyak kali, 
tapi masing2 muka ketat je dalam kete..
 buat nonong je..hahaha.. ramai sangat ratu jeritzzz dalam kete tuh..
 tempat nak pi  dekat je pun, 
Restoran HALFMOON at Seri Kembangan,



royal chicken, paling nyodap! nyummmm3

 kat sini semua makanana Arab, pekerja pun Arab, jenuh cakap Arab nk order,, ( Nampak beno nipunye kan :) ) nyumm3… lebih kurang 40 minit then move to the next destination.. CHINA TOWN.. kali ni jalan2 cari kedai bunga pulak.. as I mention before, I love rose so much..sampaikan projek keusahawanan pun nak jual ros..   hehehe.. 




ni ha bunga sepesial untuk MR. Boo yang suke sangat merajuk..adehhh.. loteh den nk mujuk.. 
Nah abang!!~
 For you dear.. suke tak? Tadi pulun pi cari kete beliau demi nak suwit2 manis2 gituu.. berlari2 sampai mengah2  sebab takut orang nampak, tapi tak tahu la bila beliau nak sedar akan kewujudan bunga tu kat pintu kete beliau.. hope u like that bluewish rose and the card too….. 1 je cukupkan?weee... sebagai lambang keromantiko adinda.. hewhewhew…
bersama itu, adinda lampirkan kad bertulis...

“ Dear Mohamed Ariff bin Samsudin,
Sorry for the misunderstanding,
  Im always loving you .
From : Your fiancĂ©e… “

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...