Friday, 23 November 2012

Boyfriend @ Tunang??

Assalamualaikum.......

" Keluar ke?? dengan sape?" sapa sorang member.
" Ha'ah youuuu, dengan boyfriend leeer" aku jawab...

Entah kenapa tercakap boyfriend, padahal dah bertunang. hihi. Lupa pulak diri ni telah di chuuppp. hihi..Tula antara konflik dalaman yang paling susah nak ubah after bertunang, kadang-kadang dah engat tapi maluuu la pulak nak cakap 'tunang aku'.. Yelaaa... Selama ni asik cakap 'pakwa' je, tak pun 'boyfriend'.. Tak lama lagi lembut la lidah nak menyebutnye. Tapi kalau asik malu nak start menyebut, ntah ke bila nak lembut lidah ni.. huhu. 

Sejak-sejak dah bertunang ni asik pikir kahwin je. Almaklum la, bertunang ni kan dah selangkah masuk ke alam suami isteri. So, sibuk la dalam hati ni berbunga riang nak kahwin.. 

oittt.. engat kawin ni main2 ke, sikit2 kawin, banyak2 kawin.. weeeeeee~... 

Pas dah kawin nanti sebuk nak beby pulak, tapi tak pe, yang tu seronok. Seronok dapat bagi zuriat pada suami... :) ade ke orang tak nak anak lepas kawin? i dun think soooo.. tapi tak tahu la kalau memang ada. tepuk dada, tanya hati :)

this is a part of article from iluvIslam.... feel free to read ya :) short and sharp...

Cinta Dan Kasih Sayang
Cinta dan kasih sayang adalah penghias utama dalam sesebuah perkahwinan mithali. Jaminan kebahagiaan dalam sebuah keluarga sebenarnya berputik daripada cinta yang mendalam di antara suami isteri berpaksikan Islam.
Cinta yang murni ini seterusnya melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah yang boleh mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka apabila telah tiada di dunia nanti.
Justeru hubungan kasih sayang di antara ibu bapa dan anak-anak perlu dijaga dan dipupuk agar setiap Baitul Muslim atau keluarga Islam dihiasi dengan kesyahduan cinta yang segar dan kasih yang mengasyikkan.
Kasih sayang juga perlu sentiasa dicari dan dibina bukannya ditunggu atau dibiarkan kerana fitrah manusia sentiasa dahagakan kasih sayang.
Ini bertepatan dengan firman Allah dalam surah ar-Rum:30 :
"Fitrah Tuhan yang telah diciptakan manusia ke 
atasnya, tiada pertukaran lagi bagi ciptaan Tuhan itu. 
Itulah agama yang lurus, akan tetapi kebanyakan 
manusia tiada mengetahui."

Ibu Bapa Mithali
Perkahwinan mithali bermula dari ibu dan bapa yang mithali.
Kita pasti berasa malu sekiranya pasangan suami isteri tidak mampu menjadi contoh kepada anak-anak dek kerana kejahilan tentang Islam yang disengajakan.
Kita tidak mahu ibu dan ayah hanya terkelu lidahnya apabila diminta anaknya mengajar tentang solat, doa-doa harian dan bacaan al-Quran yang betul.
Contoh terunggul perkahwinan mithali tentunya datang dari junjungan mulia Rasulullah S.A.W.

Baginda Rasulullah selaku suri teladan sepanjang zaman telah meletakkan Khadijah binti Khuwailid sebagai wanita pertama yang bertakhta di hati baginda dan berjaya menakluki hati Rasulullah dengan cinta yang tidak pernah kunjung padam.

Keindahan perkahwinan baginda terungkap dalam pergaulannya dengan Khadijah dan isteri-isteri yang lain.
Kehadiran putera dan puteri serta cucu baginda telah menyerikan lagi kehidupan keluarga Rasulullah.
Mengimpikan sebuah perkahwinan mithali, hanya tinggal mimpi jika kita tidak menyelak kembali sejarah hidup baginda sekeluarga yang amat indah itu.
Tegasnya perkahwinan mithali yang aman dan bahagia adalah impian pasangan suami isteri.
Namun bukan semua rumahtangga mampu melakar dan mengekalkan kebahgiaan.
Terdapat rumah tangga yang tergadah dengan kekusutan yang tiada jalan penyelesaian malah penceraian menjadi kemuncak pemilihan kerana kemurkaan terhadap hambanya.
Janganlah gelanggang perkahwinan hanya satu platform atau pentas untuk bersandiwara atau bercengkerama tanpa dihiasi dengan keilmuan dan amalan yang berterusan.
Perkahwinan bukan hanya satu testing ground tetapi ia adalah realiti yang perlu ditempuhi dengan kearifan, kesabaran dan kejituan Iman.

copy & paste from :

semoga kita juga diberikan keluarga yang bahagia...
Insya'Allah~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...