Assalamualaikum..
Sekian lama tak menjengah blog sendiri.. hihi..
Oke.. hari ni nak kongsi barang baruuu..
Kepada penggila D.I.Y boleh la cuci mata, juga nak try pun sangat dialu-alukan..
boleh jugak kalau nak dijadikan oley-oley untuk wedding nanti.
:)
Bahan-bahan :
1) Kain linen
2) Mesin jahit
3) Gunting
4) Fibre
5) Ribbon
6) Bunga ribbon
Awal mula, pertama mula, potong kain ikut suka hati nak saiz ape. Macam suri ni saiznye lebih kurang 23cm x 8cm.. potong je bodo-bodo gitu..
Then, jahit la kat tepi-tepi dulu...Bahagian atas jangan jahit lagi, nanti nak masukkan fibre.. Tak nampak jahitan sebab yang atas benang hitam, yang bawah benang putih.. buat-buat nampak je lew yeww.. B)
Siap pun kau. ni baru siap 3 beranak. Semua sekali I buat 30 beranak.. uwaaaa.. Berair mata mak!
Keadaan persekitaran kedai jahit saya.. hahaha.. ni je port paling sesuai walaupun kena marah banyak kali. Kata ibu seharian tak dapat tengok TV, sebab kebisingan mesin jahit nih..macam tengok siaran orang bisu ..hahaha.. maafkan saya ibu..wuwuwu
Ketekunan menjamin keunggulan!
kuikui~
Ni la FIBRE..
Yang guna untuk masukkan dalam pouch...boleh jugak nak guna potpouri, tapi suri suka FIBRE ni, sebabnya, bila pouch tu mengembung lagi comel + bulat + montel + montok macam beliau.. heh~...
tak caya?
Nah amekk! tahap kecomelan yang maksimum!
kalau guna potpouri tu nanti jadik banyak segi-segi halus..
tak cantik!
Makanya..................
siappp!
Cubaan pertama
Cubaan kedua
Ni la , dua benda yang comel sangat-sangat tu
tips dari penaja :
1) kalau nak wangi2 sikit, boleh lah sembur perfume, and boleh jugak rendam fibre tu dalam Downy, Daia dan seangkatan.
2) U all boleh letak ribbon kat atas untuk nak gantung kat cermin kereta or tombol pintu
SELAMAT MENCUBA!
bye!
nak pi mandi..