Friday, 31 May 2013

Kad Kahwin Idaman Kalbu Jantung Perindu..

Assalamualaikum...
Panjangkan nama kad tu.. bhahahaaa.. sebab da lama Suri idam nak kad kahwin cam tu.. walaupun agak klasiko0o0 sikit... old school, tapi suri yakin tak ditelan zaman.. konfiden je.. bukan apa, sekarang ni dah banyak sangat design ala-ala floral, abstract n many more la.. kadang-kadang tu ada yang tersama kad.. aduhhh.. spoil..

ni kad yang dikatakan very gorjess morjess tu


this 1 nice n simple..



 yg jenis poket ni pun comel.. tapi kene sedia ongkos lebih sikit.. hihi

boleh masukkan inlay kat kocek tu.. inlay tu daun kertas yg tulis2 tu kut..huhu

saiz 15x18cm




sebarang pertanyaan terus ke facebook pemilik :
Fiz Ramli Kad Kahwin
 bukan nak promote, tapi untuk kad jenis ni agak murah harganya berbanding kedai-kedai lain

selamat menjamu mata..
jangan buat mata giyomi pulak... ngehh2~



91 hari lagi...

Seriesss da malam..tapi nyamuk bersepah-sepah di udara.. membuatkan tangan garu tergatal-gatal.. kalau boleh nak cubit-cubit nyamuk ni..tapi memang.. malam-malam before tidur mesti akan ingat or berangan sumthing right? rasa nak mengamuk bila nyamuk dtaang menyibuk.. but, for beautiful tonight, ada kenangan yang datang menjengah.. kuatkan hati, tabah! perkara lepas jangan dikenang,, a bit sensitive bila bercerita pasal hati.. sebab hati ada satu je.. segala ladang untuk semua perasaan.. bukan nak guna sampai malam ni je untuk layan saki baki perasaan yang tinggal nih.. jauh lagi perjalanan and perasaan yang bakal di lalui oleh hati ni.. sabar cik hati, im never leave u alone ye..

satu pengharapan yang besar untuk someone yang bakal jaga hati ni soon.. never ask u more than u can..  perasaan nak bahagia after married memang brkobar-kobar, even dah tahu banyak cabaran untuk mendririkan rumahtangga dengan 'awak', 

but i still hold u,
when i hold u,
i take the risk..
not for today,
but for our future..

some of the precautions dah lama take note,
 resepi-resepi kegemaran dah ada dalam check list,
 benda-benda 'awak' tak suka saya cuba kurangkan.. 
sifat berdikari dalam diri tengah diterapkan,
and the most is...
i'll try to be the best SURI in your life..
Insya'Allah

dan saya pinta, 


 jadikan saya yang TERAKHIR...
kerana saya telah gagal untuk jadi yang pertama
:)

and I choose PERFECTION :)


Thursday, 30 May 2013

Mae Rak Mae Tong

Best pulak lagu ni..
tak paham pun, 
tapi tengok video klip pun dah paham..
pendek kata..
kalau tak cinta jangan lukai..
pengajaran untuk semua lelaki..
;)





Saturday, 18 May 2013

Bye-bye Degree


Assalamualaikum dudes.. ( jgn salah bunyi ..hehehe)

Tak dan gapo-gapo dah bye-bye degree.. Insya'Allah.. dah tak sabau nak habiskan Final Year Project nih.. ketaq-ketaq lutut dah nak prabeh saki baki yang tak siap tu.. ;) anyway, tak lupa study untuk exam jugak, only three papers for this sem.. clappp3~

Hari ni banyak kali online semata-mata nak cari pengecek ENGLISH.. biasa la, 'I'm pure Malay'.. bahasa inggeris pun cukup-cukup makan..hihihi.. thats why kena cari sape-sape yang sudi doing this job.. di universiti selalunya ada pusat bahasa ambil upah keje ni, tp guite expensive jugak la.. tak mampu... Dengan nak simpan duit kahwin lagi.. adehhh.. by the way, I have 1 friend ni yang very nice person.. terharu hati ni.. beliau nak tolong tanpa upah pun.. katanya ' its ok, tolong kawan-kawan'.. o0ohhh I LOVE U LAHHH DIB... anak pakcik zizan ni baik orangnya.. bukan baru nak puji tau.. since dari sekolah dulu lagi kenal dia.. sekolah sekali but dia muda setahun.. uhh nothing wif that..

so0o0o0oo,,, sikit lagi nak sampai kemuncak nak submit to examiner.. nervous jugak.. hidup mesti diteruskan.. 


doakan saya :) may Allah bless you.. amin~


Friday, 3 May 2013

Bekas Telur Kenduri

Hypeee.. Assalamualaikum...

Macam biasa lah, pepagi buta ni sambil-sambil menunggu nak print first draft Final Year Project ni, saje gatal tangan nak menggugel bekas-bekas telur.. Menarik jugak bagi telur untuk tetamu, trend bagi telur ni macam dah nak pupus je kan?.. Kalau ada pun, just bagi kat orang yang datang baling-baling daun kat pengantin tu je... aisehhhh, senang hati je cakap baling daun kan.. hihi

Bagi telur masa kenduri ni sebenarnya nak melambangkan kesuburan.. o0o0oyeaahh.. murah pulak tuh.. kalau kat kamgpung-kampung siap main sponsor-sponsor macam sistem butter lagi.. 

Nak bagi menarik lagi , kita pakaikan baju kat telur tuh.. Bosan-bosan ni, suri ade la search sarung and bekas telur.. ohsemm.. penemuan yang sangat miracle.. tak sangka hati ni terpana tengok baju-baju telur ni.. meh dekat-dekat tengok mehhh...



Ni la benda pertama pencetus idea nak search pasal telur.. trend yang telah ditelan zaman, tapi sebab corak die yang cun ni terus nampak gojesss... huh.. tapi jgn frust.. rupa-rupanya bukan bekas telur pun.. sebab size dia pun besar jugak la.. rejectttt!



Followed by this 5 cutey, meriah.. menarik sangat-sangat.. murah pun murah.. nak tengok quotation boleh klik sini 




Yang ni lagi satu.. Serius selama ni tengok sekali pandang pun tak nak.. Tapi tak tau la kenapa tetiba rasa interesting sangat-sangat.. maybe kalernye yang biru pastel tu.. oo0oh tidak!




Haaa this 1 is the most simple i found... Tapiiii macam mak tak bagi je.. sebab simple sangat.. almaklum la.. mak-mak ni tak suka jugak benda-benda simple telajak.. Nampak sangat haji bakhil nye tu.. huhu :p



Save the best for the last.. sapa dapat bantu cari bekas kertas macam ni??? nak sangat ..Nampak la anggun sikit.. nakkkkkk~



siap pun memerint kesemua pages..
Alhamdulillah~

jom tengok idea untuk DIY hantaran pulak, klik sini

Thursday, 2 May 2013

Anak itu fitnah dunia?


Salam.. selamat malam u'olls..

Malam-malam cenggini baru rasa nak mengupdatekan blog..huhu.. Ada yang komen ' bila nak up date ni? '.. cibuk je kan orang tu.. Its okey, rupenye ada yang sudi baca yeee.. Thanks my peminat.. Jangan lupa undi saya...hahak...

Kenapa orang cakap anak tu boleh jadi fitnah dunia? Sedangkan Allah kurniakan setiap anak itu adalah hadiah untuk suami isteri, rezeki, rahmat, tanggungjawab.. haaa apa lagi?? Banyak! Tak ada kekurangan untuk setiap anak yang dikurniakan tu, walaupun anak tu cacat sekalipun ia tetap rahmat, sebab setiap kebajikan ibu bapa lakukan untuk anak itu adalah titipan pahala yang jatuh dari langit.. 
Masha-Allah.. 

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu yang kamu hendak dustakan ( wahai umat manusia dan jin)? 
( Ar-Rahman)

Tetapi,

Disebalik nikmat inilah yang manusia sering lupa, jika salah panduan maka tersalahlah tujuan. Bagaimana? Bila anak-anak belajar tinggi, mak bapak mula mencanang kejayaan anak-anak, sampai terlupa, bahawa perasaan bangga tu bertukar riyak secara diam-diam dalam hati. Memanglah, anak berjaya, sapa tak bangga? Cuma cukuplah sekadar BERPADA-PADA.. Jangan over, takut tersimpang jauh niat dihati tuh.. 

Suri awal-awal lagi dah pesan kat mak ... 'Mak kalau orang lain up2 anak depa, mak jangan duk berlumba nak up anak-anak mak, light-light jeeee k '.. bukan apa, tak mau nanti orang cakap mak ceq pulun sangat duk bangga anak-anak dia sampai orang menyampah nak dengar... Tapi, hati mak mana tak seronok bila anak berjaya kan,, Kesian jugak, kadang-kadang mak ceq macam nak terlepas cakap, nak up2 anak dia, sekali ceq cuitttttt paha terus terdiam.. hehehe. Maaf mak. Ceq buat lagu tu sebab tak mau orang menyampah kalau mak puji lebih-lebih.. Yela, anak sendiri mestilah puji sampai langit... 

Sooo, berhati-hatilah, jangan sampai sesuatu perkara baik itu disalah pandang orang. Tak salah bila berbangga dengan anak sendiri, cukuplah apa yang kita bangga itu orang sekeliling dapat menilai melalui titik peluh kita membesarkan dan mengharap anak-anak berjaya dunia akhirat...

Last but not least,
I LOVE MY MUM & DAD...
and him~



Sincerely,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...