Thursday, 2 May 2013

Anak itu fitnah dunia?


Salam.. selamat malam u'olls..

Malam-malam cenggini baru rasa nak mengupdatekan blog..huhu.. Ada yang komen ' bila nak up date ni? '.. cibuk je kan orang tu.. Its okey, rupenye ada yang sudi baca yeee.. Thanks my peminat.. Jangan lupa undi saya...hahak...

Kenapa orang cakap anak tu boleh jadi fitnah dunia? Sedangkan Allah kurniakan setiap anak itu adalah hadiah untuk suami isteri, rezeki, rahmat, tanggungjawab.. haaa apa lagi?? Banyak! Tak ada kekurangan untuk setiap anak yang dikurniakan tu, walaupun anak tu cacat sekalipun ia tetap rahmat, sebab setiap kebajikan ibu bapa lakukan untuk anak itu adalah titipan pahala yang jatuh dari langit.. 
Masha-Allah.. 

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu yang kamu hendak dustakan ( wahai umat manusia dan jin)? 
( Ar-Rahman)

Tetapi,

Disebalik nikmat inilah yang manusia sering lupa, jika salah panduan maka tersalahlah tujuan. Bagaimana? Bila anak-anak belajar tinggi, mak bapak mula mencanang kejayaan anak-anak, sampai terlupa, bahawa perasaan bangga tu bertukar riyak secara diam-diam dalam hati. Memanglah, anak berjaya, sapa tak bangga? Cuma cukuplah sekadar BERPADA-PADA.. Jangan over, takut tersimpang jauh niat dihati tuh.. 

Suri awal-awal lagi dah pesan kat mak ... 'Mak kalau orang lain up2 anak depa, mak jangan duk berlumba nak up anak-anak mak, light-light jeeee k '.. bukan apa, tak mau nanti orang cakap mak ceq pulun sangat duk bangga anak-anak dia sampai orang menyampah nak dengar... Tapi, hati mak mana tak seronok bila anak berjaya kan,, Kesian jugak, kadang-kadang mak ceq macam nak terlepas cakap, nak up2 anak dia, sekali ceq cuitttttt paha terus terdiam.. hehehe. Maaf mak. Ceq buat lagu tu sebab tak mau orang menyampah kalau mak puji lebih-lebih.. Yela, anak sendiri mestilah puji sampai langit... 

Sooo, berhati-hatilah, jangan sampai sesuatu perkara baik itu disalah pandang orang. Tak salah bila berbangga dengan anak sendiri, cukuplah apa yang kita bangga itu orang sekeliling dapat menilai melalui titik peluh kita membesarkan dan mengharap anak-anak berjaya dunia akhirat...

Last but not least,
I LOVE MY MUM & DAD...
and him~



Sincerely,

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...