Friday, 11 January 2013

Tunang En. Tentera

Assalamualaikum.. 
Petang yang mendung dini hari, mengadap tingkap yang kebasahan dik tempias hujan pada petang ni. huhu.. 


phewww... Tak tau nak cakap best ke tidak? Cakap tak beshhhh nanti ade hati yang terasa pulak kan.. ( a lot of sorry kepada suspek) jenuh nak pujuk nanti..haha.. Nak cakap best, hmmm ada waktu-waktu tertentu rasa nak ngamuk banyak-banyak , macam nak ajak bertumbuk, ofkos kalah..hahaaa. Yela, kalau call ,baru nak buka mulut, 

 " HELLLLL....",
 ' NANTI CALL BALIK'.... katanya~

glurppp..  Berkecai hati...hmmm tak da rezeki nak bercakap.. huhu. kadang-kadang kerja tu lebih penting. Nak berkongsi kebahagiaan pun tak dapekkk.. s0b... It's okey, yang penting mencari rezeki yang halal untuk anak-anak dan berjuang untuk negara.. wuuhuuuuuee  :)..

Sambungan...
Lagi frust kalau nak keluar, dah tempek bedak tebal-tebal, gincu merah membara, baju siap bliggg2 lagi, tapi at last, dah setapak keluar bilik, he said... "Tak jadi lah nak keluar'.. Like a car, crash on my head oke.. Buat masa ni belum ada lagi la cubaan macam tu. Kritikal sangat dah tu, berani you?? hahahaa.. Nanti dah kahwin mesti kena punya.. 

Ada hari lain, rasa nak cepat-cepat je kahwin, he so suwittt...uwaaaa~ time tu rasa sayang tu nak bagi je sampai limpah-limpah....positif, positif, positif....! I like!

Konklusinya, BE PROUD !! Setiap hubungan ada cabaran. Sape suruhh pilih nak kawen dengan tentera.. hehe.. So, kita haruslah la positive thinking, be prepare, supaya dah kahwen nanti tak de la terkejut bewakk sangat. At least, dah bersedia :) 

Tapi, hari ni bahagia sangat, sebab he read Yassin during my examination pagi tadi. weee~ Takot sangat dengan paper yang berhantu tu. FOUNDATION ENGINEERING, no hint! so, kena study buku setebal-tebal alam tu, in the same time, tak tahu pun soalan apa nak keluar. Just read je... huh.. Alhamdulillah, rasa tenang je nak jawab berkat bacaan Yassin from him and my lovely mom.. Mak and abah always the first person in my life. Doa kalian menemaniku setiap hari.. sayu pulak hati ni :)  And, Mr. Monje pun banyak membantu dalam study saya..hihi Doakan saya dapat result yang baik jugak.. BismillahitawakkalltuA'lallah~


Sunday, 6 January 2013

D.I.Y Bunga Dip

Testing...testing...1,2,3...

Percubaan pertama buat bunga dip. Sesampai je bilik sesudah mengejung kaki kat Jalan TAR tu, sampai masanya nak test buat bunga dip nih. Selama ni tengok orang buat je, tu pun kat tenet. Dah terketaqq-ketaq tangan nak mencuba. Jom lihat hasilnya, walaupun tak seberapa.. huhu


Liquid dip yang suri gunakan. Tapi kaler Gold. Gambar hiasan semata. :)
RM 18.90




Ni cubaan pertama buat kelopak bunga, mula2 ingat nak buat daun, tapi kecik pulekk.. Maka bertukarlah  ia kepada kelopak bunga. Nampak macam bodo2 je, rupanya susah jugak nak memintal dawai besi ni. Make sure dawai yang lembut ya, jangan tertukar dengan dawai bunga stokin. After celup dalam dip liquid tuh, rasa nak lompat tinggi-tingi. Menjadiiieee!! :D Suri guna dip liquid yang dah dibancuh, senang. Lagipun masih fasa percubaan, but the liquid quite okey, kerlip-kerlip metallic kau! Cuma time nak atur jadik bunga tu siap koyak-koyak kelopaknya :( frustrated~ (abaikan latar belakang)


Cubaan kedua, tak tau nak bagi nama apa kat bunga ni. Advance sikit bentuk daripada bunga pertama tadi.. Comot sikit, sebab time nak kering tu letak tegak, so liquid tu meleleh kebawah pulak. make sure jangan buat bawah kipas ye adik-adik..


Cubaan ketiga, konon-konon bunga orkid, tapi bila nengok kat tenet, rupanya ni bunga dip Lily. heeee~
ok jugak kannn.... :) Mungkin sebab ada urat tengah tu je la kut nampak cun daripada yang lepas-lepas...




Cubaan keempat. o0o0yeah! Perfect.. Muncung tajam sikit, lentikkan sikit dawai before celup. Tapi nampak cam pekat pulekk..hihi,, Tak pela, pasni belajar dan terus belajar ;) 

P/S : Tak sabar nak buat 600 kelopak lagi..Mood : Gumbiraaa~

jom tengok idea untuk DIY hantaran pulak, klik sini



Saturday, 5 January 2013

Survey Untuk DIY Wedding Favors

Selamat Petang, sambil minum kopi dipetang hari tu jenguk-jenguk la sini..

3 Januari 2013, alang-alang dah 'mengukur tanah' kat Jalan TAR tu, terus lah kami berjalan-jalan sampai ke kedai pengantin di Semua House. Menarik. Terima kasih cik Alia. Hmmmm tapi biasa-biasa je kut. Tak la sampai tahap gila meroyan tengok barang-barang kat mall tu. Sebab satu kedai tu je yang barang murah. Tu pun ade jugak barang yang suri nak cari tapi tak de pun. Sad~ Kedai tu tingkat U5, jangan tersalah naik tingkat 5 macam we all. Hahahaha... 3 kali ulang naik turun, orang nu cakap lain, orang ni cakap lain. Poning den~

Ni la gambaran kedai kat tingkat U5, kedai apa nama ya? Tak sure pulak, kat plasik tulis TQ je..yang penting berhadapan Diana Bridal..hihi.



RM 20 for 25 pcs..berbaloi-baloiii!


groom steel can ni pun manarik lagi tertarik. Suri pernah survey kat internet, tak ingat harga brape, but kat kedai ni much better daripada internet, murah..huuuuuuuu


benda ni pun cantik, tapi tak tau nak guna untuk hape..



aduhhh, maaf.. terlupa rotate, sila pusing lappy anda ya untuk penglihatan lebih jelas.. terima kasih..weee~


Aneka ribbon... i got an idea for this ribbon, nantikannnn~


bijik pearl pun ada, tapiii.... ciput je.. tak banyak pilihan

After setengah jam memeningkan kepala di Kedai TQ ni, next destination is.......taraaa..


OSMAN Textile..bersebelahan First Lady Jalan TAR.. Exclusive jugak kedai nih, tapi serbu je, sebab cuma tahu kedai ni je jual Italian Linen. Before sampai kedai ni, dah terjumpa branch dia kat Semua House, tapi tak de jenis Itali ni, cuma ade yang nipis. Takmau2. Projek DIY menggunakan kain linen ni nak yang tebal.. Time pegi ni sale 30%, tapi beli setengah meter je.. huarhuar. Sebab in trial, bukan nak buat betul-betul lagi produknya.. nantikaaaannnnnnn~ banyak sangat sarpraissssnye.. huhu



haaaaa... ni la Linen yang mahal tuh.. banyak kaler, tapi nak kaler ala2 cream jugak2! :)



satin tebal untuk buat baju kahwin jenis kot gitu...currlasss~


yeah.. Lace.. LIKE!!~ Lace ni engatnya survey awal-awal untuk baju akad nanti... 
hewww~



Terasa rajin sangat pulak diri ni nak buat DIY untuk cenderahati and majlis. Tapi memang tengah rajin nih, Semangat. Buat awal-awal Insya'Allah sempat. Doakan ye :) Tak la brapa kreatif anak mak ni, tapi keinginan nak buat sendiri tu melimpah-limpah dalam hati. Macam best tengok B2B yang lain enjoy their wedding preparation, so nak turut follow.. Best~


jom tengok ide untuk DIY hantaran pulak, klik sini :)

Bila bercakap tentang hantaran...

Malam + pagi semua...
Yurppp..Hantaran? Mencerin bulu roma bila cakap pasal hantaran. hehehe.. Suri tak pandai sangat pasal hantaran ni.. Tapi ada la belajar sikit-sikit, sebab hantaran kat sebelah Kelantan pelik sikit, banyak kut.. mengikut apa yang suri tahu, adat Kelantan tak de hantaran, cuma ada mas kahwin je. Kalau di google kan harga mas kahwin terkini yang dikeluarkan oleh Jakim, mesti u'oll akan dapati tak de nilai pada negeri kelantan, this is because, hantaran dah termasuk dalam mas kahwin. Contoh la kan, si pengantin lelaki nak bagi RM 10k untuk hantaran, then duit tu akan jadi mas kahwin. OoOyeah girlll, u akan dapat mas kahwin sebanyak RM 10k. Pakai duit ni untuk diri sendiri as u know, mas kahwin kan pemberian ikhlas suami pada isterinya.WAJIB. So, hari akad nikah tu kena la ada RM 10k untuk si isteri. Duit tu pula, u'oll guna la untuk beli emas ke, apa-apa keperluan la.$$$. Jangan lupa duit kenduri. Kesian mak n abah kena keluarkan duit buat kenduri. To be nice, nanti bila-bila bayar la balik, walaupun sikit-sikit. And jangan harap mak abah je, rasenye lebih molek kiranya kongsi duit dengan parents kan. Baru sejuk perut mak mengandung dari dulu sampai sekarang masih terasa, o0oyeahh~




Nilai semasa,
Hmmm.. kadang-kadang rasa serabut bila orang asik tanya je. Tambah-tambah orang yang sama asik tanya. Dah tanya sekali, kalau orang tak bagitau tu tak perlu la kut nak tanya berulang kali..Rasenye tak rugi pun letak sikit. kan? kadang-kadang

kalau letak hantaran rendah, banyak spekulasi hangat akan timbul, 
- tak ikut peredaran zaman
- pengantin lelaki kedekut tahik idung masin
- 'mesti buat kecik-kecik je kenduri nih' kata mereka.

whatever, ada aku kesah? Tapi kalau letak hantaran tinggi lagi macam-macam.. hahaha.. sebab tu lah kena letak biasa-biasa saja... ni duk sibuk cakap pasal hantaran ni, diri sendiri tak tau lagi macam mana. Yang penting rumahtangga bahagia selamanya. Letak tinggi-tinggi pun kalau tak reti jadi isteri susah jugak. Isteri tu kan harta paling berharga bagi seorang suami, LIKE!! so, make him proud
Bila letak rendah sangat pun, kena pikir kenduri jugak, jangan sampai mengaibkan keluarga perempuan. Tapi kalau kedua-dua keluarga setuju tak de masalah. Seeloknya, yang sedang-sedang saja, kata Iwan. ahakzz~

Petikan dari aku anak pahang,

Hasil kajian Nilai hantaran kahwin mengikut harga Purata Terkini & Status Pelajaran di seluruh Semenanjung Malaysia

- UPSR, PMR/SRP : RM 1,000 - RM 3,000
- SPM : RM 3,000 - RM 8,000
- STPM / DIPLOMA : RM 8,000 - RM 12,000
- DEGREE : RM 12,000 - RM 15,000
- 2ND DEGREE/ MASTER : RM 15,000 - RM 20,000
- PHD : RM 20,000 - RM 30,000
- ARTIS/PERSONALITI : TERTAKLUK PADA PERMINTAAN, TERMA DAN SYARAT
- JANDA BERGETAH : SILAP-SILAP LEBIH MAHAL DARIPADA ANAK DARA

Hmmmm, jenuh jugak la kalau nak kahwin pun depends on pelajaran, hebat mana pun seorang wanita, tetap syurga dibawah kaki suami, mau nya diikutkan pelajaran, terkencinglah si lelaki nak memperisterikan perempuan berpelajaran ni, dan alamatnya anak dara tualah mereka :) :) peace no war!

Rasulullah SAW pernah bersabda, keberkatan seorang wanita itu terletak pada maharnya yang rendah, cepat nikahnya, dan cepat pula dapat zuriat. Easy :) 


Tuesday, 1 January 2013

Tahun Baru Cina

Salam...

Shewahh. Tajuk nak glemer je..

Ekceli, tahun baru kita sudah lama berlalu, diakhiri dengan doa akhir tahun, dimulai dengan doa awal tahun. Penuh dengan keberkatan Insya'Allah. Iaitu tahun Hijrah. Tapi untuk hari ni tahun kalendar Cina. Kita pun sambut penuh aktiviti sosial, yang menghadiri ceramah Ustaz Azhar Idrus di Shah Alam tu, Alhamdulillah. Sama juga yang menghadiri program di KLCC, berqiamulail di Masjid Asy-Syakirin sebelum subuh nanti, masjid tu bersebelahan KLCC. Mereka juga turut mengadakan aktiviti jom solat dan berdakwah di taman KLCC tu kalau tidak silap. Tapi, malangnya Suri tak berpeluang untuk ke sana, nak keluar dari kawasan ni pun bermasalah. huh, tambahan pula, 2 Jan 2013 ada paper exam menunggu. Hmm banyak pula alasan. Rasa bersalah menyelubungi diri.Teringat kata-kata seorang sahabat,

'Kan ada firman kata, kalau kita bantu agama Allah, pasti Allah permudahkan urusan kita kelak.'

tepuk dada, tanya hati. 

Terima kasih ya ukhti atas nasihat anda,. Sangat memberi kesan dalam minda suri. Rasa serba salah tu datang mengundang. kenapa aku tak pie?? huh... susah nak huraikan. Allah knows everything. Hmmm.. Yang penting suri tak gantikan masa 'terlepas' itu dengan benda-benda tak bermanfaat. 

Tepat jam 12, bunga api kedebammm kedebomm.. bunyi la suara mengilai ntah dari mana datang. Nak cakap sini ada hutan pun tak da. Hutan batu mungkin.. Teringat pula bagaimana agaknya sambutan di tempat-tempat lain seperti Bukit Bintang, The Curve, Dataran Merdeka. Hope tak ada perkara pelik berlaku.

Lapor seorang sahabat yang menyertai sambutan tahun baru di KLCC, dua event yang berbeza di tempat yang sama,
1) event pertama mengira detik 12 malam dengan menyebut nama Allah dan yang lagi satu dengan menyebut 10 ke 1.
2) event pertama menyambut tahun baru dengan bacaan doa selamat dan yang satu lagi menyambut dengan letupan bunga api..
Tempat sama, cara berbeza~

Azam??!
Ntah la, masa tahun baru hijrah ada la tanam azam. Nak grad dengan cemerlang. Tapi.. Ada azam yang lebih penting. Setiap tahun sama je azam ni.

Nak jadi anak, isteri dan ibu yang soleh,

Ya Allah, bantulah hambaMu ini dalam mencapai impian ini. Setiap tahun aku cuba membantu diri, tapi kadang-kadang aku lupa terhadap peraturanMu. Engkau permudahkanlah urusanku supaya tidak halang aku menuju jalanMu Ya Rabb. Kuatkanlah azam ini supaya ia menjadi api yang selalu membakar semangat ini. Amin



p/s : Dugaan itu datang dari Allah,ubatnya kekuatan yang Allah beri kepada diri kita sendiri. ◕ ‿-


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...