Saturday 5 January 2013

Bila bercakap tentang hantaran...

Malam + pagi semua...
Yurppp..Hantaran? Mencerin bulu roma bila cakap pasal hantaran. hehehe.. Suri tak pandai sangat pasal hantaran ni.. Tapi ada la belajar sikit-sikit, sebab hantaran kat sebelah Kelantan pelik sikit, banyak kut.. mengikut apa yang suri tahu, adat Kelantan tak de hantaran, cuma ada mas kahwin je. Kalau di google kan harga mas kahwin terkini yang dikeluarkan oleh Jakim, mesti u'oll akan dapati tak de nilai pada negeri kelantan, this is because, hantaran dah termasuk dalam mas kahwin. Contoh la kan, si pengantin lelaki nak bagi RM 10k untuk hantaran, then duit tu akan jadi mas kahwin. OoOyeah girlll, u akan dapat mas kahwin sebanyak RM 10k. Pakai duit ni untuk diri sendiri as u know, mas kahwin kan pemberian ikhlas suami pada isterinya.WAJIB. So, hari akad nikah tu kena la ada RM 10k untuk si isteri. Duit tu pula, u'oll guna la untuk beli emas ke, apa-apa keperluan la.$$$. Jangan lupa duit kenduri. Kesian mak n abah kena keluarkan duit buat kenduri. To be nice, nanti bila-bila bayar la balik, walaupun sikit-sikit. And jangan harap mak abah je, rasenye lebih molek kiranya kongsi duit dengan parents kan. Baru sejuk perut mak mengandung dari dulu sampai sekarang masih terasa, o0oyeahh~




Nilai semasa,
Hmmm.. kadang-kadang rasa serabut bila orang asik tanya je. Tambah-tambah orang yang sama asik tanya. Dah tanya sekali, kalau orang tak bagitau tu tak perlu la kut nak tanya berulang kali..Rasenye tak rugi pun letak sikit. kan? kadang-kadang

kalau letak hantaran rendah, banyak spekulasi hangat akan timbul, 
- tak ikut peredaran zaman
- pengantin lelaki kedekut tahik idung masin
- 'mesti buat kecik-kecik je kenduri nih' kata mereka.

whatever, ada aku kesah? Tapi kalau letak hantaran tinggi lagi macam-macam.. hahaha.. sebab tu lah kena letak biasa-biasa saja... ni duk sibuk cakap pasal hantaran ni, diri sendiri tak tau lagi macam mana. Yang penting rumahtangga bahagia selamanya. Letak tinggi-tinggi pun kalau tak reti jadi isteri susah jugak. Isteri tu kan harta paling berharga bagi seorang suami, LIKE!! so, make him proud
Bila letak rendah sangat pun, kena pikir kenduri jugak, jangan sampai mengaibkan keluarga perempuan. Tapi kalau kedua-dua keluarga setuju tak de masalah. Seeloknya, yang sedang-sedang saja, kata Iwan. ahakzz~

Petikan dari aku anak pahang,

Hasil kajian Nilai hantaran kahwin mengikut harga Purata Terkini & Status Pelajaran di seluruh Semenanjung Malaysia

- UPSR, PMR/SRP : RM 1,000 - RM 3,000
- SPM : RM 3,000 - RM 8,000
- STPM / DIPLOMA : RM 8,000 - RM 12,000
- DEGREE : RM 12,000 - RM 15,000
- 2ND DEGREE/ MASTER : RM 15,000 - RM 20,000
- PHD : RM 20,000 - RM 30,000
- ARTIS/PERSONALITI : TERTAKLUK PADA PERMINTAAN, TERMA DAN SYARAT
- JANDA BERGETAH : SILAP-SILAP LEBIH MAHAL DARIPADA ANAK DARA

Hmmmm, jenuh jugak la kalau nak kahwin pun depends on pelajaran, hebat mana pun seorang wanita, tetap syurga dibawah kaki suami, mau nya diikutkan pelajaran, terkencinglah si lelaki nak memperisterikan perempuan berpelajaran ni, dan alamatnya anak dara tualah mereka :) :) peace no war!

Rasulullah SAW pernah bersabda, keberkatan seorang wanita itu terletak pada maharnya yang rendah, cepat nikahnya, dan cepat pula dapat zuriat. Easy :) 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...