Tuesday, 1 January 2013

Tahun Baru Cina

Salam...

Shewahh. Tajuk nak glemer je..

Ekceli, tahun baru kita sudah lama berlalu, diakhiri dengan doa akhir tahun, dimulai dengan doa awal tahun. Penuh dengan keberkatan Insya'Allah. Iaitu tahun Hijrah. Tapi untuk hari ni tahun kalendar Cina. Kita pun sambut penuh aktiviti sosial, yang menghadiri ceramah Ustaz Azhar Idrus di Shah Alam tu, Alhamdulillah. Sama juga yang menghadiri program di KLCC, berqiamulail di Masjid Asy-Syakirin sebelum subuh nanti, masjid tu bersebelahan KLCC. Mereka juga turut mengadakan aktiviti jom solat dan berdakwah di taman KLCC tu kalau tidak silap. Tapi, malangnya Suri tak berpeluang untuk ke sana, nak keluar dari kawasan ni pun bermasalah. huh, tambahan pula, 2 Jan 2013 ada paper exam menunggu. Hmm banyak pula alasan. Rasa bersalah menyelubungi diri.Teringat kata-kata seorang sahabat,

'Kan ada firman kata, kalau kita bantu agama Allah, pasti Allah permudahkan urusan kita kelak.'

tepuk dada, tanya hati. 

Terima kasih ya ukhti atas nasihat anda,. Sangat memberi kesan dalam minda suri. Rasa serba salah tu datang mengundang. kenapa aku tak pie?? huh... susah nak huraikan. Allah knows everything. Hmmm.. Yang penting suri tak gantikan masa 'terlepas' itu dengan benda-benda tak bermanfaat. 

Tepat jam 12, bunga api kedebammm kedebomm.. bunyi la suara mengilai ntah dari mana datang. Nak cakap sini ada hutan pun tak da. Hutan batu mungkin.. Teringat pula bagaimana agaknya sambutan di tempat-tempat lain seperti Bukit Bintang, The Curve, Dataran Merdeka. Hope tak ada perkara pelik berlaku.

Lapor seorang sahabat yang menyertai sambutan tahun baru di KLCC, dua event yang berbeza di tempat yang sama,
1) event pertama mengira detik 12 malam dengan menyebut nama Allah dan yang lagi satu dengan menyebut 10 ke 1.
2) event pertama menyambut tahun baru dengan bacaan doa selamat dan yang satu lagi menyambut dengan letupan bunga api..
Tempat sama, cara berbeza~

Azam??!
Ntah la, masa tahun baru hijrah ada la tanam azam. Nak grad dengan cemerlang. Tapi.. Ada azam yang lebih penting. Setiap tahun sama je azam ni.

Nak jadi anak, isteri dan ibu yang soleh,

Ya Allah, bantulah hambaMu ini dalam mencapai impian ini. Setiap tahun aku cuba membantu diri, tapi kadang-kadang aku lupa terhadap peraturanMu. Engkau permudahkanlah urusanku supaya tidak halang aku menuju jalanMu Ya Rabb. Kuatkanlah azam ini supaya ia menjadi api yang selalu membakar semangat ini. Amin



p/s : Dugaan itu datang dari Allah,ubatnya kekuatan yang Allah beri kepada diri kita sendiri. ◕ ‿-


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...