Alhamdullillah.. diberi ruang untuk bernyawa di bumi Allah dan masih berpeluang menikmati keindahan alam.. Setiap nyawa tak pernah minta untuk dibayar, cuma Allah mahu kita BERSUJUD padaNya.. Memohon doa dan berserah kepadaNya dengan apa yang terjadi.. Kita manusia akhir zaman ni kadang-kadang lalai dengan peringatan Allah. Tapi sangat bersyukur apabila kita dikejutkan dengan kesedaran supaya kembali sedar yang kita ni hanya menumpang di bumi ini.. Alhamdulillah...
And Alhamdulillah again to Allah. Hari ni terasa kaki nak melangkah ke POSITIVE SHELTER a.k.a POSHE yang terletak di Cheras. Kebetulan je nak pegi sebab makcik Alia ni ajak p.. so join je la kan.. Ingatkan rumah remaja-remaja mengandung, tapi sangkaan sama sekali jauh tersasar..
Sedikit kecewa bila sampai kat POSHE :( sunyi sepi je.. Macam tak dak orang.. huhu.. Aiya, lupa pulak bebudak tu ke sekolah, after solat Jumaat baru diorang balik rumah. Mostly anak-anak istimewa tu adalah lelaki. Tak pe lah, nak buat gena kan? So, duduk la sambil sembang-sembang dengan pengasas rumah tu, nama mesra beliau Mak Wan.. Orangnya masih sihat dan cantik :) baik, lembut, sopan.. banyak berkorban untuk anak-anak tak berdosa tu.. Semoga Allah merahmati usaha mulia beliau...
Rupanya, dalam tengah seronok bersembang dengan Mak Wan, nampak sesuatu macam kandang, diperbuat daripada kayu, dia punya penghadang ada la tinggi sikit daripada lutut den.. Lama terpanar kat kawasan tu, tiba-tiba Alia cakap, ' tu la tempat untuk Siti?'..eh, sape Siti?? katanya lelaki je kat rumah tu.. Kalih-kalih belakang, Siti dah ada kat belakang den, siap nak salam lagi.. sayu hati...Siti ni tergolong anak-anak istimewa juga, and dia mengidap penyakit saraf daripada bayi lagi, and also HIV..
Ya Allah, kuatkanlah hati anak ini untuk teruskan hidup... amin~
ini saja yang terdetik dalam hati tatkala kali pertama terpandang wajah Siti.
Seronok tengok bila dia gelak-gelak and lompat-lompat. Actually, she could't walk and make any movement by her leg.. Siti jalan mengensot guna lutut... Time nak balik dia tak nak salam, katanya Mak Wan, tu tanda dia tak nak bagi balik ler tu.. sebak pulak hati..
Kita yang lengkap pancaindera and sihat tembam molek ni pun banyak songeh, itu tak kena, ini tak kena, sedangkan mereka yang masih kanak-kanak lagi dah menderita penyakit-penyakit diambang maut. Biasa la tu, selagi tak terhantuk, selagi tu tak tergadah ( betul ke pepatah ni..huhu).. Sebab tu peringatan tu selalu ada untuk kita, supaya kita sentiasa ingat akan kebesaranNya. Alhamdulillah.. ni untuk peringatan bersama.. Ni la yang dikatakan, ingat-ingatlah kalau ada masalah tu, orang lain lagi besar dugaan Allah bagi, bersyukur apa adanya :)
So,
Sesapa ada kelapangan, boleh lah luangkan masa di rumah seperti ni, sebab anak-anak kat tempat perlindungan macam ni memang sentiasa tunggu melawat datang, mereka sangat ramah and memerlukan kasih sayang.
sedikit maklumat untuk dikongsi tentang rumah perlindungan ini..
No comments:
Post a Comment