Tuesday, 30 July 2013

Kotak Kaca Untuk Hantaran Dah Siap

Assalamualaikum...
weehuuuu...

Alhamdulillah......

Yang dinanti-nanti dah pun muncul siap.. hihi..

Kotak kaca hantaran daripada pihak lelaki kepada pihak perempuan..







Excited sangat-sangat.. 14 kali pusing-pusing kotak kaca ni, huh! 
fabrik kuning cair tu adalah baldu, so macam soft cikit la texture dia, cewahh~

So, after guna untuk kahwin nanti dah tak tau nak buat apa.. engatnya nak sewakan kepada B2B yang berminat.. sekitar area KL pun boleh.. but , kena wedding yg dalam bulan Oktober ke atas, memandangkan nak bawak balik kL semula tu take time, sebab kotak ni agak solid, and kaca shining2 bling2, so perlukan driver yg sanggup ambik I dr kelantan menaiki kereta, iaitu my abam..hihi.. apa2 pun u can contact me first for details ye.

Apa yang besttt sangat dengan benda alah ni ialah :

1) Lightweight, even kotak tu daripaada kaca, dia ringan sangat, sampai mula-mula suri angkat memang dah frust, sebab engatkan made by plastic..huhu.. beberapa minit kemudian,,,memang sah kaca!! :) terus sengeh balik..

2) Ada ala-ala balkoni macam yang u olls tengok kat area luar kotak tu.. this is use for decoration, haaa,, nak letak bunga ke, butterfly ke, pearl ke,, sangat cuannntikkk after decorate nanti.. 

3) Kerawang-kerawang pada kaki dia.. tukang ni guna kayu kerawang-kerawang ala tradisional sikit,, pas letak bunga konpem letupzzz.. 

last but not least

4) Dah ada kaki siap-siap, haaa ce tengok kat bawah tu, dah ade 4 ketul kaki untuk setiap penjuru... so, no nedd pas lagi.. easy kan..

dannnn,, yang ke-5 adalah..

5) Akan ada kerawang besi kat every corner of this box.. wait ya! :)

so, if sesapa berminat nak sewa kotak kaca hantaran ni,
boleh lah pm Suri :

013-2970915

p/s :
klik here untuk tengok kotak hantaran kaca yang siap di deco ;)

Special discount untuk bulan Ogos till Oktober 2014
Klik sini : discount 40%

Monday, 29 July 2013

Terbaik untuk Terakhir..


Assalamualaikum..

Hari yang ditunggu-tunggu untuk sebuah kejayaan.. tak de la berjaya yang weryyy2 excellent, just a little bit excellent for my future.. ;) 

Alhamdulillah, keputusan peperiksaan semester terkahir (sem8) dah keluar.. dan jugak merangkap keputusan keseluruhan sepanjang Degree.. Hmmm.. riang-riang hati bila tengok keputusan, sekurang-kurangnya detik ni adalah yang bahagia disaat akhir-akhir suri belajar degree.. phewww.. 

apa yang suri dapat hari ni bukan semata-mata prinsip 'save the best for the last'..haha.. sebab I m always use this principle to describe my self.. :) actually, untuk belajar memang tak leh pakai semua nih..before this memang dah cuba sedaya mungkin untuk dapat 4.00, ecehhh.. tinggi angan-angan, tinggi lagi pe'el asik tiduq petang, macam mana la nak grab 4.00.. tak pe la, kurang pun ok, as long as sesuai dengan apa kita usahakan..

Yang penting, I hate examination so MUCH !!.. Sampai sekarang pun kalau ditanya nak masuk sekolah balik tak? my answer is NO AT ALL.. tapi kalau tak de exam tak pe.. very kelam kabut kalau kawan-kawan struggle bagai nak gila, tapi time tu la mata kita mengantuk, nak tido pun tak tenang...huh!!

ni haaa untuk sesapa yang sepe'el dengan I olls.. hihi..!


peringatan untuk diri sendiri dan semua :

Boleh jadi apa yang kita benci adalah yang baik untuk kita
so, skang ni suri akan berusaha untuk kikis perasaan ni,, sebab when we in industry soon, still have some examination, and kalau masih berbaki perasaan ni memang bahaya untuk kesihatan,,eh2, masa depan..

sekian, salam Ramadan untuk semua.


Kehebatan Surah Al-Ikhlas

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah, 
dah masuk fasa ke-3 Ramadan..
Ade sikit pembelajaran untuk hari ni yang Suri nak kongsi dengan u olls yang terklik blog ni..hihi.. Sedikit ilmu Al-Quran yang selalu kita dengar, tapi kadang-kadang kita pun mudah je tak ingat.. Actually before this Suri pernah tengok rancangan ni, kat TV 9, and then, nak tengok next week tu dah tak ingat hari apa and waktu bila and siaran TV mana satu.. and..and... huh!

But Alhamdulillah, hari ni tunggu TV sementara nak berbuka tertekan pulak TV 9, yeahhh! ini yang dicari

"SURAH-SURAH WE READ MOST"

Ustaz ni ( tak engat nak tengok nama la pulak)  orang Arab, and segala yang dicakap semua in English, lajuuu mak aihhh.. sarikata pun berderuuu laju.. huhu

so..

Tajuk hari ni berkenaan surah Al-Ikhlas,,
Pendek dan penuh makna..

Pada zaman Rasulullah s.a.w ada seorang hamba Allah selalu menjadi imam di sebuah masjid. Hamba Allah ni selalu baca surah Al-Ikhlas after dia baca surah panjang yang diberhentikan ketika dalam solat. So setiap kali solat dia buat macam tu. Then, ada seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang selalu mengikuti solat berjemaah yang diimamkan oleh hamba Allah tadi.. Makanya, dia terperasan la kelaziman imam tadi.. Sahabat tadi pergi berjumpa Rasulullah s.a.w dan menceritakan perihal kelaziman imam tadi kepada baginda.

Sahabat  :  Ya Rasulullah, ada seorang hamba Allah ni selalu jadi imam di sekian masjid ni. Setiap kali solat, hamba Allah ni selalu baca surah Al-Ikhlas after dia baca surah panjang yang diberhentikan.

Rasulullah s.a.w :  Ya sahabat, nanti sampaikan kepada hamba Allah tadi, bahawasanya, Allah menyayanginya seperti mana dia menyayangi surah Al-Ikhlas..

Subhanallah, 

Walaupun surah ini pendek, tapi penjelasannya tentang sifat Allah yang SATU, sangat jelas.. 

Pengajaran : 
jangan menyangka imam-imam yang baca surah ni dia pemalas, tapi sebenarnya surah ini mempunyai maksudnya yang tersendiri.. Allah tidak boleh disamakan dengan sesuatu, tidak terjejas keagunganNya jika manusia tidak menyembahNya, Allah tiada bersekutu, mahupun beranak..
ALLAH IS THE ALMIGHTY..


Saturday, 27 July 2013

Bunga Hantaran di Fah Lean Store


selamat larut malam u olls..
mengantuk sesangat, tp exzoited nak tulis pasal kedai bunga yang bikin letupss ni.. actually, kalau search je " FAH LEAN PEMBEKAL BUNGA TIRUAN" kompem berjebah bloggers tulis pasal kedai ni.. tambah-tambah kalau owner blog tu B2B.. huhu

Apa yang best kat kedai kuning ni haaa?
haaa.. pada penggila bunga seperti mak-mak, or yg minat home deco mesti boleh mengilai datang sini, suri yang juz nak beli sikit-sikit ni pun hampir-hampir senget setelah masuk kedai ni...

Memang before cari kedai ni, suri search kat tenet awal-awal... malas nak sesat-sesat.. Alhamdulillah, tempat yang dituju memang senang bangat nak sampai..phewww..
So, we spent almost 2 hours kat sini.. memang dah target nak menggila mai sini..haha.. Thank you cik Alia, yang sanggup jadik pengomen tegar.. yelaa, semua bunga cun melecun.. tak caya, u olls boleh tgk gambar-gambar kat bawah ni.. tak banyak sangat pun, hihi, tapi boleh la sebagai bukti untuk report kat cik abam yang tunang dia ni p cari bunga untuk abam.. muahahaa..

ni bahagian paling gila sekali, paling murah 4 tangkai seploh ringgit..
hewrot mulut-mulut cik kak ni pilih bunga, haha

ni pulak side-side lain, banyak ade jual, banyakkkklaaahhh...
semua benda-benda nak kahwin..


hari ni untung badan, sebab most of the items tengah ada less.. so pi la skrang musim-musim nak raya nih!

pic ihsan dari cik Alia, almaklumla, hp ceq x leh buat gambaq cm ni.. :(
TQ dear~


bunga yang berjaya di grab n menghentikan gila ceq.. hihi.. 



if nak tengok muka depan kedai ni, u olls search kat blogger lain, coz, xdan nak snap, sampai-sampai terus lompat keluar kereta cepat-cepat, x sabaq dah nak masuk kedai ni.. hihi

ps : jgn lupa niat posa untuk esok semua~

Thursday, 25 July 2013

Idea Deco Hantaran

Selamat Petang

1 jam lg nk berbuke, sempat la nk kongsi idea buat hantaran ye..
Search sana, Search sini, hmm lagi banyak idea lagi buntu jadiknye.. Tapi tetap ada pilihan jugak.. At last, buat sendiri je senang kan.. meh tengo paten hantaran la ni, tapi tak tau la kut2 suri yang ketinggalan kan..hihi







ni la antara gambar untuk DIY hantaran nanti, paten bantal ni memang tengah letupzz rasanya, lagipun memang gorjes dipadankan dengan bunga n glass bowl tu.. 

tapi...tapi..tapi kan...

adalah yang paling mencuit hati adalah hantaran ni ha..


cantik kan.. semestinya ramai tengah mencari bekas kaca ni.. nanti juz add bunga kat tepi-tepi kotak kaca ni, terus meletupzz..and suri pun odw nk mencari kotak kaca ni.. so nanti after publish entry pasal kotak kaca ni, boleh la pm if nak sewa..dialu-alukan sangat.... available untuk area Kelantan n KL, Johor punya area nanti nak tny cik abam sy dulu.. hihi

selamat berbuka to all B2B..

so, kotak kaca hantaran I olls dah siappppp...
meh tengok sini :
kotak kaca hantaran


Friday, 19 July 2013

Ikhlaskah Hati Yang DiBeri?


Bicara soal hati,
Ya, aku lemah..
Kerana aku bukan Siti Khadijah,
Yang darjatnya terlalu tinggi disisi baginda Rasulullah,
Tidak juga Aisyah,
Seorang isteri yang takwa kepada agama Allah,
Sama sekali bukan Fatimah,
Seorang isteri yang tabah memperjuangkan agama Allah,

Aku hanya wanita akhir zaman,
Yang sedaya upaya mengikhlaskan hati untuk seorang suami,
Bermimpi untuk menjadi isteri solehah,
Kepada seorang suami yang sudi keatas diriku,

Memang aku masih tidak kenali dia yang dulu,
Jauh sekali isi hatinya,
Tapi,
Aku cuba untuk menyingkap apa yang berbaki dihatinya,
Supaya aku tahu,
Siapa aku dihatinya,
Dalam melayari bahtera cinta,
Yang suci bagiku,
Boleh jadi tidak untuk dia.

Mungkin hati ini terlalu rapuh,
Sehingga segala hal menjadi rumit bagiku,
Tiada niat untuk menjadi Queen Control,
Mengarah suami tak tentu masa,
Mengawal segala tindak tanduk,
Tapi aku ada hak untuk berkata tidak,
Kerana aku juga manusia yang bisa menilai.

Perjalanan hidup masih panjang,
Namun, sepanjang manakah kepercayaan ini?,
Cukuplah sekali ternoda,
Tak mungkin untuk kali kedua,
Kerana tiada lagi yang berbaki dihati,
Cuma kali ini adalah yang terbaik dari sebelumnya,
Semoga kali ini jugalah ia dijaga dengan baik.

Aku hanya mampu beri apa yang aku mampu,
Jika terselit kekurangan, Percayalah,
Itu bukan niatku menyakitimu,

Aku tidak pinta untuk kau jadi Rasulullah,
Mahupun Yusoff, 
Yang aku mahu, 
Kau jadikan aku ratu dunia akhiratmu,
Bimbing tanganku ke Syurga abadi.
Kerana aku sentiasa akan bersamamu.


Nukilan Hati, 
Anis,


Thursday, 18 July 2013

Baju Akad Nikah

Oke, back to wedding planning,
baju akad nikah dah on da way nak siap, cuma nak beading je lagi..
kali ni baju nikah a bit different daripada baju tunang, sebab baju nikah ni tak da puff kat bahu, yang cembung-cembung tu.. tak minat pulak, nampak macam atlet renang.. ecehhh...

kain untuk buat baju akad ni beli di Gulatis at Kelantan, sesampai je, terus tak engat nak beli warna apa, sebab banyak sangat kain yang gorjes, nasib baik masih kuat cinta ni terhadap warna ' yellowish' ni..hihi..

so, tak terpalinglah nak beli kain warna lain kan..

so, upahnye, tak mahal, suri juz buat baju kurung moden biasa yang kosong je..
RM 35.00 
Lacey and beads suri beli and jahit sendiri,,
gigih oke! 


~beads-work~



Adilkah Mereka?

Assalamualaikum.. 
Petang-petang hari ni bukan nak bergosip.. dan bukan jugak nak online semata-mata nak cerita keburukan orang ye.. mungkin terselit sedikit kritikan hangat..
huhu.. 

The topic is about poligami,
mesti semua tahu ni mesti pasal pelakon Asyraf Muslim..
YES! u are right!..

It can be a sunnah, tapi sejauh mana konsep yang nak dibawa oleh beliau kita tahu..
desas-desus cakap pasal tak dapat zuriat, because they already married for 3 years.
hmmm, zezaman moden ni rasanya banyak method boleh pakai untuk dapat anak kan??.. 

then, pegi pulak nikah kat Thailand,,huhu..no komen?
mungkin beliau ada nawaitu tersendiri, tapi..... 
tetap tak setuju!!

Sebenarnya, mampu ke seorang suami nak jadi adil ???

ni jawapan daripada kalam Allah s.w.t
besar sikit bagi nampak betul-betul..


Terjemahan :

Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awan-awan); dan jika kamu memperbaiki (keadaan yang pincang itu), dan memelihara diri (daripada perbuatan yang zalim), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

kalau tak nampak lagi tak tau nak cakap haper


Tak salah nak berpoligami, mungkin benar itu sunnah, tapi nak dikaji balik sejarah hidup baginda Rasulullah s.a.w, seumur hidup baginda dengan isteri pertama baginda, Siti Khadijah 
tak pernah dimadukan.. 
never! betapa kasih dan sayangnya baginda terhadap Siti Khadijah.. 

Yang ada niat nak berpoligami tu, selingkap dulu sejarah junjungan kita ni, jangan main pandai je nak tulis kat borang nikah tu 'mengikut sunnah Rasulullah s.a.w'..

I'm not against polygamy, 
kalau betul caranya , Insya'Allah si isteri tak akan keecwa..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...