Bicara soal hati,
Ya, aku lemah..
Kerana aku bukan Siti Khadijah,
Yang darjatnya terlalu tinggi disisi baginda Rasulullah,
Tidak juga Aisyah,
Seorang isteri yang takwa kepada agama Allah,
Sama sekali bukan Fatimah,
Seorang isteri yang tabah memperjuangkan agama Allah,
Aku hanya wanita akhir zaman,
Yang sedaya upaya mengikhlaskan hati untuk seorang suami,
Bermimpi untuk menjadi isteri solehah,
Kepada seorang suami yang sudi keatas diriku,
Memang aku masih tidak kenali dia yang dulu,
Jauh sekali isi hatinya,
Tapi,
Aku cuba untuk menyingkap apa yang berbaki dihatinya,
Supaya aku tahu,
Siapa aku dihatinya,
Dalam melayari bahtera cinta,
Yang suci bagiku,
Boleh jadi tidak untuk dia.
Mungkin hati ini terlalu rapuh,
Sehingga segala hal menjadi rumit bagiku,
Tiada niat untuk menjadi Queen Control,
Mengarah suami tak tentu masa,
Mengawal segala tindak tanduk,
Tapi aku ada hak untuk berkata tidak,
Kerana aku juga manusia yang bisa menilai.
Perjalanan hidup masih panjang,
Namun, sepanjang manakah kepercayaan ini?,
Cukuplah sekali ternoda,
Tak mungkin untuk kali kedua,
Kerana tiada lagi yang berbaki dihati,
Cuma kali ini adalah yang terbaik dari sebelumnya,
Semoga kali ini jugalah ia dijaga dengan baik.
Aku hanya mampu beri apa yang aku mampu,
Jika terselit kekurangan, Percayalah,
Itu bukan niatku menyakitimu,
Aku tidak pinta untuk kau jadi Rasulullah,
Mahupun Yusoff,
Yang aku mahu,
Kau jadikan aku ratu dunia akhiratmu,
Bimbing tanganku ke Syurga abadi.
Kerana aku sentiasa akan bersamamu.
Nukilan Hati,
Anis,
No comments:
Post a Comment