Friday, 28 September 2012

Hadapi Dugaan Allah Dengan Penuh Ketenangan


Setiap makhluk Allah yang menapak di bumiNya ini mempunyai masalah. Sekalipun kucing yang punya anak-anak kecil juga ada masalah. Ingatlah, Sungguhnya Allah menguji hambaNya dengan menduga kita masalah. Sebesar mana pun masalah kita, Allah tahu kita mampu hadapi dugaan itu kerana Allah tidak kejam untuk menghukum hambaNya yang Dia ciptakan. Untuk apa Allah mencipta kita kalau Allah tiak sayangkan kita????

Allah melihat apa yang kita lakukan hari demi hari, setiap pergerakan kita, percakapan kita. Kadang-kadang kita lupa Allah ada di atas sana. Kita lakukan kemungkaran, tapi kita lupa yang Allah memerhatikan kita. Allah turunkan ujian supaya kita sedar akan kesilapan-kesilapan lalu yang kita pernah lakukan, samada pada manusia ataupun makhluk-makhluk yang lain. 



Jangan kita terlalu kecewa apabila kita selalu berdoa, tetapi doa kita tidak dimakbulkan. Tanya pada diri, pernahkah kita melambat-lambatkan solat sedangkan kita dengar azan yang dilaungkan sebentar tadi. Kemudian kita menggesa, menyalahkan pada Allah sebab doa kita dimakbulkan. Tetapi lupa pula yang kita juga melambatkan seruan Allah. Bagaimana Allah nak percepatkan makbul doa kita kalau kita pun melambatkan solat??? Allah itu maha Penyayang lagi maha Pengasih pada hambanya. Sekalipun kita lambat menunaikan solat, Allah tetap memakbulkan doa hambanya, cuma kadang-kadang Allah memberi amaran supaya kita sedar akan kewujudanNya, seruan solatNya. Allah mengajar dan mendidik kita supaya kita menjadi salah seorang bakal penghuni syurganya.

Ketika Allah rindu pada hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa malalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian....
dalam hadith qudsi Allah berfirman..


'Pergilah pada hambaKu,
 lalu limpahkanlah berbagai ujian padanya 
kerana Aku ingin mendengar rintihannya'
( HR Thabrani dari Abu Umamah )





Wednesday, 26 September 2012

Ainul Mardhiah Bidadari Syurga

by UNIC


Dirimu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan  berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada'
Itulah janji pencipta yang Esa

Engkaulah bidadari dalam syurga
bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri

Menjadi cermin tamsilan kendiri
Untuk melakar satu wancana
Buatmu bernama wanita

AINUL MARDHIAH....
Kau seharum kuntuman di taman syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati

Oh Tuhan...
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan  cinta setulus kasih
Di hati lelaki bernama kekasih



SIAPA AINUL MARDHIAH??


Suatu pagi (dalam bulan Ramadhan ) ketika nabi memberi taghib ( berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah ) kata nabi...


" Siapa-siapa yang keluar di jalan 
Allah tiba-tiba dia syahid, 
maka dia akan dianugerahkan 
seorang bidadari yang paling cantik 
di kalangan bidadari-bidadari syurga "


Mendengar berita itu, seorang sahabat baginda antara yang paling muda akan keluar berjihad, terlalu ingin mengetahui bagaimana cantiknya bidadari tersebut, tapi dia malu untuk bertanya kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat lain.

Namun, sebelum Zohor nabi akan tidur sebentar, makan, pemuda itu tadi turut tidur...

Dalam tidur tersebut, dia bermimpi dia berada di suatu tempat yang indah, dan bertemu dengan seorang yang berpakaian bersih lagi cantik dan mukanya berseri-seri. Lalu di tanya, di manakah dia? Lelaki itu menjawab 'Inilah Syurga...' Lalu lelaki muda itu memberitahu hasratnya untuk bertemu Ainul Mardhiah.

Ditunjuknya satu laluan, dan berjalanlah pemuda itu. Disuatu pohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tidak pernah dilihat kecantikan begitu. Tak pernah lihat di dunia wanita secantik itu. Dia memberi salam dan bertanya..

" Andakah Ainul Mardhiah?..."


 " Eh tidak.. saya hanya khadam kepada Ainul Mardhiah, 
dia ada di dalam singgahsana"... wanita itu menjawab.


Lalu lelaki tadi berjalan lagi.. kemudian dia berjumpa lagi dengan seorang wanita yang berganda-ganda kecantikannya dari perempuan tadi, sedang mengelap-ngelap permata-permata perhiasan di dalam mahligai.

ditanya kepada wanita itu " Andakah Ainul Mardhiah?? "


Wanita itu juga menyangkal...

" Ehh tidak, saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini, Ainul Mardhiah ada di atas mahligai sana.."


Lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai itu, terlalu cantik mahligai itu, sungguh mengagumkan..

Dia sampai di mahligai itu, kelihatan seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari wanita yang pertama ditemuinya, dan berganda-ganda lagi cantik daripada wanita kedua, tidak pernah dilihat kecantikan dan keindahan sebegitu rupa. 
Lalu wanita itu berkata.....

" Akulah AINUL MARDHIAH , aku diciptakan untuk kamu 
dan kamu diciptakan untuk aku..."


Apabila lelaki itu mendekatinya, dia berkata ...

" Nanti... kamu belum syahid lagi..."


Tersentak lelaki itu, dan terjaga beliau dari tidurnya, dan dia menceritakan mimpinya itu kepada salah seorang sahabatnya. Dan berpesan supaya jangan memberitahu kepada nabi, dan sekiranya dia syahid barulah perkara itu boleh diceritakan kepada nabi.

Pada petang itu, beliau telah keluar bersama jemaah-jemaah lain untuk berperang dan ditakdirkan pemuda itu telah syahid dalam perang tersebut.

Petang itu juga ketika semua jemah telah pulang ke masjid, di waktu untuk berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka, maka sahabat pemuda itu bangun dan merapati nabi lalu  menceritakan kisah mimpi pemuda itu. Dalam menceritakan kisah itu, nabi menjawab...benar...benar..benar... dalam sepanjang cerita tersebut. 

Akhirnya nabi berkata...


 " Memang benar cerita sahabat kamu tadi 
dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga...."





" Ya Allah, jika aku dikurniakan seorang suami, kurniakanlah aku seorang suami yang beriman dan bertakwa keatasMu ya Allah.. Agar aku bisa memanpan diri sebagai seorang wanita solehah. mana mungkin judul isteri solehah bisa ku gapai jika suamiku tiak mengharapkan aku menjadi sayap kanan dan kirinya untuk ke syurgaMu. Dan jika aku dipilih menjadi wanita solehah, izinkan aku menjadi ketua bidadari buat suamiku. Izinkan aku tetap menjadi bidadari suamiku di dunia dan di syurga Ya Allah.... Semoga doaku didengar olehMu Ya Rabb.. Amin...."

I NEED SOMEONE


Really mean it

apa yang kita semua lalui tidak sama dengan orang lain
ada kisah bahagia
ada kisah duka
tapi semua itu melibatkan dua hati yang saling menyayangi

sekuat mana ikatan yang kita bina
jika salah seorang punya hati untuk mencuba yang lain..
itu salah
 mungkin baginya biasa, 
tapi hakikat
yang ketiga menyimpan hati dalam diam
jangan kita katakan "x ade ape2 lah "
kalau kita yang mewujudkan perasaan itu dalam dirinya

perkara tu boleh berubah dalam sekelip mata..

hargai insan yang menyayangi anda
kita tidak merasa penderitaan orang lain..
sekurang-kurangnya kita hormat kesakitan orang lain pernah rasa
 :(





Tuesday, 18 September 2012

Cintanya Awan pada Hujan



" Hujan, tolong jangan pergi...." kata Awan


"Awan.... ada waktunya melepaskan itu lebih baik. aku tidak sanggup melihatmu menanggung beban di dadamu hanya kerana tak ingin aku pergi"...kata Hujan


" Tapi aku masih mampu...." kata Awan


Hujan tersenyum sambil berkata " Ya, mungkin kau masih mampu. tapi sampai bila kau mampu bertahan?...."


Awan terdiam....


"Aku harus patuh kepada perintah tuhan. dan kau pun harus akur pada takdirNya. Dia tahu betapa beratnya kau menanggung beban, kerana itu Dia perintahkan aku untuk turun ke bumi membasahi hamparan ciptanNya yang Maha Agung menyejukkan tanah-tanah gersang yang lebih memerlukan aku daripada kau perlukan aku..."


Di dada Awan semakin sedih, kesedihan itu membuatkan jiwa Awan terlalu mendung....





"Wahai Awan...sungguh, kadang-kadang melepaskan itu lebih bak walaupun saat itu terasa begitu berat sekali. Tapi Allah kan ada? Mengapa mahu bersedih?..." kata Hujan pada Awan... Hujan sebak menahan perasaan...


"Pergilah kau Hujan. Aku rela demi Tuhanku dan Tuhanmu hanya demi Tuhanku aku REDHA... terima kasih Hujan. mendengar kata-katamu, aku lebih menegnal siapa diriku."...kata Awan...



"Allahuuuuuu Rabiiiii selamat tinggal wahai Awan. doakan aku bermanfaat untuk mereka yang lain... Allahuakbar!!!!" Jerit Hujan bersam guruh berdentum kuat....



Airmata Awan jatuh tanpa henti-henti kerana tersedar kembali lalu insaf kerana selama ini cintanya pada Hujan melebihi cinta pada Ilahi.


hujan pun turun bersama air mata. Sakit. Saat melepaskan. Tapi Allah lebih tahu segalanya. peraan ini hanya sementara. mungkin Langit tidak akan mengerti akan kesaktan Awan dan Hujan. Langit hanya menyaksikan. Tapi belum tentu langit itu faham pengorbanan mereka...


tak lama selepas pemergian Hujan, Awan tersenyum lalu berbisik dalam hatinya....


Awan, Hujan menghadiahkanmu Pelangi. kamu lihat bukan?...
Subhanallah.....
:)






Thursday, 6 September 2012

Dengarlah rintihan ini wahai SUAMIKU...

Seorang isteri menangis2 nak mandikan jenazah suami dia.. bapak mertua dgn polis forensik x bagi.. sambil menangis isteri berkata ini janji kami suami isteri.. jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang, Andai kamu (isteri) mati dulu dari abang, abang akan mandikan jenazah kamu..

dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk tanye ape hal then ustaz tu kate x pe kalau isteri nak mandikan jenazah suami.. ustaz tadi bersama beberapa org lagi temankan si isteri mandikan jenazah suaminya.. dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa ;

"Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang..
Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kite di akhirat nanti.."
...

membasuh tangan jenazah suami sambil berkata :

"Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami,
masuk ke mulut kami.
moga Allah beri pahala untuk mu suami ku.."


membasuh tubuh jenazah suami smbil berkata :

"tubuh inilah yg memberi pelukan kasih syg pd ku dan ank2,
moga Allah beri pahala berganda
untukmu wahai suamiku"


membasuh kaki jenazah suami smbil berkata :

"dgn kaki ini abang kluar mencari rezki utk kami,
berjalan dan berdiri sepanjang hari semata2 untuk mencari sesuap nasi,
terima kasih abang...
moga Allah beri kau kenikmatan hidup di
 akhirat dan pahala yg berlipat kali gandanya"


selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata :

"trima ksih abang krana aku bahagia sepanjang mnjadi isterimu
dan
 terlalu bahagia dan trima kasih krna meninggalkan aku
bersama permata hatimu yg persis dirimu dan aku sbg seorang istri redha
 akan pemergianmu krna ksih syg Allah pada mu."


Ya Allah.. Betapa sucinya hati seorang isteri pada suaminya.. :)

semoga kita menjadi isteri yang soleh dan dicemburui bidadari syurga kelak..amin
untuk bakal suamiku...


akan ku jadi yang terbaik untukmu setelah engkau sah sebagai pemilikku~




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...