Tuesday, 18 September 2012

Cintanya Awan pada Hujan



" Hujan, tolong jangan pergi...." kata Awan


"Awan.... ada waktunya melepaskan itu lebih baik. aku tidak sanggup melihatmu menanggung beban di dadamu hanya kerana tak ingin aku pergi"...kata Hujan


" Tapi aku masih mampu...." kata Awan


Hujan tersenyum sambil berkata " Ya, mungkin kau masih mampu. tapi sampai bila kau mampu bertahan?...."


Awan terdiam....


"Aku harus patuh kepada perintah tuhan. dan kau pun harus akur pada takdirNya. Dia tahu betapa beratnya kau menanggung beban, kerana itu Dia perintahkan aku untuk turun ke bumi membasahi hamparan ciptanNya yang Maha Agung menyejukkan tanah-tanah gersang yang lebih memerlukan aku daripada kau perlukan aku..."


Di dada Awan semakin sedih, kesedihan itu membuatkan jiwa Awan terlalu mendung....





"Wahai Awan...sungguh, kadang-kadang melepaskan itu lebih bak walaupun saat itu terasa begitu berat sekali. Tapi Allah kan ada? Mengapa mahu bersedih?..." kata Hujan pada Awan... Hujan sebak menahan perasaan...


"Pergilah kau Hujan. Aku rela demi Tuhanku dan Tuhanmu hanya demi Tuhanku aku REDHA... terima kasih Hujan. mendengar kata-katamu, aku lebih menegnal siapa diriku."...kata Awan...



"Allahuuuuuu Rabiiiii selamat tinggal wahai Awan. doakan aku bermanfaat untuk mereka yang lain... Allahuakbar!!!!" Jerit Hujan bersam guruh berdentum kuat....



Airmata Awan jatuh tanpa henti-henti kerana tersedar kembali lalu insaf kerana selama ini cintanya pada Hujan melebihi cinta pada Ilahi.


hujan pun turun bersama air mata. Sakit. Saat melepaskan. Tapi Allah lebih tahu segalanya. peraan ini hanya sementara. mungkin Langit tidak akan mengerti akan kesaktan Awan dan Hujan. Langit hanya menyaksikan. Tapi belum tentu langit itu faham pengorbanan mereka...


tak lama selepas pemergian Hujan, Awan tersenyum lalu berbisik dalam hatinya....


Awan, Hujan menghadiahkanmu Pelangi. kamu lihat bukan?...
Subhanallah.....
:)






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...