Dirimu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada'
Itulah janji pencipta yang Esa
Engkaulah bidadari dalam syurga
bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri
Menjadi cermin tamsilan kendiri
Untuk melakar satu wancana
Buatmu bernama wanita
AINUL MARDHIAH....
Kau seharum kuntuman di taman syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati
Oh Tuhan...
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih
Di hati lelaki bernama kekasih
SIAPA AINUL MARDHIAH??
Suatu pagi (dalam bulan Ramadhan ) ketika nabi memberi taghib ( berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah ) kata nabi...
" Siapa-siapa yang keluar di jalan
Allah tiba-tiba dia syahid,
maka dia akan dianugerahkan
seorang bidadari yang paling cantik
di kalangan bidadari-bidadari syurga "
Mendengar berita itu, seorang sahabat baginda antara yang paling muda akan keluar berjihad, terlalu ingin mengetahui bagaimana cantiknya bidadari tersebut, tapi dia malu untuk bertanya kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat lain.
Namun, sebelum Zohor nabi akan tidur sebentar, makan, pemuda itu tadi turut tidur...
Dalam tidur tersebut, dia bermimpi dia berada di suatu tempat yang indah, dan bertemu dengan seorang yang berpakaian bersih lagi cantik dan mukanya berseri-seri. Lalu di tanya, di manakah dia? Lelaki itu menjawab 'Inilah Syurga...' Lalu lelaki muda itu memberitahu hasratnya untuk bertemu Ainul Mardhiah.
Ditunjuknya satu laluan, dan berjalanlah pemuda itu. Disuatu pohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tidak pernah dilihat kecantikan begitu. Tak pernah lihat di dunia wanita secantik itu. Dia memberi salam dan bertanya..
" Andakah Ainul Mardhiah?..."
" Eh tidak.. saya hanya khadam kepada Ainul Mardhiah,
dia ada di dalam singgahsana"... wanita itu menjawab.
Lalu lelaki tadi berjalan lagi.. kemudian dia berjumpa lagi dengan seorang wanita yang berganda-ganda kecantikannya dari perempuan tadi, sedang mengelap-ngelap permata-permata perhiasan di dalam mahligai.
ditanya kepada wanita itu " Andakah Ainul Mardhiah?? "
Wanita itu juga menyangkal...
" Ehh tidak, saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini, Ainul Mardhiah ada di atas mahligai sana.."
Lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai itu, terlalu cantik mahligai itu, sungguh mengagumkan..
Dia sampai di mahligai itu, kelihatan seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari wanita yang pertama ditemuinya, dan berganda-ganda lagi cantik daripada wanita kedua, tidak pernah dilihat kecantikan dan keindahan sebegitu rupa.
Lalu wanita itu berkata.....
" Akulah AINUL MARDHIAH , aku diciptakan untuk kamu
dan kamu diciptakan untuk aku..."
Apabila lelaki itu mendekatinya, dia berkata ...
" Nanti... kamu belum syahid lagi..."
Tersentak lelaki itu, dan terjaga beliau dari tidurnya, dan dia menceritakan mimpinya itu kepada salah seorang sahabatnya. Dan berpesan supaya jangan memberitahu kepada nabi, dan sekiranya dia syahid barulah perkara itu boleh diceritakan kepada nabi.
Pada petang itu, beliau telah keluar bersama jemaah-jemaah lain untuk berperang dan ditakdirkan pemuda itu telah syahid dalam perang tersebut.
Petang itu juga ketika semua jemah telah pulang ke masjid, di waktu untuk berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka, maka sahabat pemuda itu bangun dan merapati nabi lalu menceritakan kisah mimpi pemuda itu. Dalam menceritakan kisah itu, nabi menjawab...benar...benar..benar... dalam sepanjang cerita tersebut.
Akhirnya nabi berkata...
" Memang benar cerita sahabat kamu tadi
dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga...."
" Ya Allah, jika aku dikurniakan seorang suami, kurniakanlah aku seorang suami yang beriman dan bertakwa keatasMu ya Allah.. Agar aku bisa memanpan diri sebagai seorang wanita solehah. mana mungkin judul isteri solehah bisa ku gapai jika suamiku tiak mengharapkan aku menjadi sayap kanan dan kirinya untuk ke syurgaMu. Dan jika aku dipilih menjadi wanita solehah, izinkan aku menjadi ketua bidadari buat suamiku. Izinkan aku tetap menjadi bidadari suamiku di dunia dan di syurga Ya Allah.... Semoga doaku didengar olehMu Ya Rabb.. Amin...."
No comments:
Post a Comment