Wednesday, 31 October 2012

E-Day : Goodies Bag

Goodies Bag is coming!!!
yeahhh...
ahaaaa....

Kudap2..ngapppp3~
comel kan kami adik beradik.

comel x beg ni? lepas ni boleh guna letak syiling pulekss...
bagi yang dapat tu, boleh lee menabung ye..heee




ehemmm3.. cenderahati untuk tetamu yang datang 

modal kecik, tapi berbaloi-baloooiii~


keringkan gam kat bunga tu..
bese la, kreatif sgt sampai tambah bunga sendiri..
weeehuuu~

awekkk2 goodies diimport dari kg. Pek ..hahaha


E-day : Mini Pelamin DIY

Assalamualaikum..
seperti yang dijanjikan,
kat bawah ni la Mini Pelamin DIY
yang berjaya disiapkan
hihi
nak tegelak, 
nak siap sampai cam ni macam2 dugaan
Alhamdulillah
segalanya dapat disiapkan..
kejap je nak buat, 
tapi yang nk menacap tu ramai sgt
itu x kena, ini x kena..
maaf,
kualiti gambar x berapa cantik..
almaklumla guna camera cap Ayam je..
yang si photographer tak bagi lg soft copy 
selamat menjamu mata :) 
seterusnya boleh ke link di bawah
DISINI


taraaaa... nila mini pelamin DIY, tp lg 1 laampu xsampai lagi..hehe

aduiii..budak ni naik rasmi dulu, senyuman mat Romeo.

kak temah, kak milah, kak som semua sibuk
buat sirih junjung :)

auwwww..maluuuuuuu cek~

actually, ada 1 lg sportlight bertentangan dgn pelamin, sbb tu cerah.

ni overall, after pasang sportlight, lampu tepi IKEA. 

mak handam yg sangat aktif,
pak handam cilik kat bawah tu pun sebuk jugak :D

mak saya yang sangat komited,
katanya orang muda x pandai buat..
hahahaa

yang baaju merah tu dari tadi tgk jeeeee :p

taraaa siap... :)


E-Day : Tagging


yang ni tagging yang nk letak kat beg goodies tu :)



yang ni pulak dibuat after E-Day..hihi

Wednesday, 24 October 2012

E-Day : Balik Kampung..


Salam Sayang Semua.. :))) 
Pagi2 ni nak senyum mcm kerang busuk dulu la..

Sekarang, pukul 10.17 pagi. tu je nak cakap..hihi~
Hari ni bangun awal, sebab sakit perut pulekss..
selain itu, sebab nak balik Kelantan dengan cik Abang,

Semalam we all twins pergi Gombak,
 ambil choc yang nak buat hantaran tu.
 Alhamdulillah, da siap...  :D


sangat GOJES... jeritzzz~
Alhamdulillah

Tapi ARIFF tu tak cukup F la pulak, hihi
sebab strawberry choc tak cukup
it's ok mama Zoffea
ni pun da cukup bersyukur
thankss a LOTS

Tapi sesampai je kat bilik
huruf da tunggang langgang habis
sebab bawak choc ni pi Sogo
sh0pping2...hahaha

Yang nak cerita sebenarnya
hari ni nak kelik kapung ambo
SERONOK! yippieee~
pray for us ya
dengan harapan semoga majlis pertunangan kami berjalan lancar
and hubungan ini berkekalan sepanjang hayat..
Amin Ya Rabb~
:)))

Monday, 22 October 2012

Fakta Anak Ke-2

ANAK MANJA IBU
- sebab apa-apa pun mesti dia akan diutamakan ibu..( yeayy)


ANAK DEGIL

- Anak kedua-2 dikatakan lebih degil, keras kepala, dan tidak mendengar kata. Semua dia je yang betul. Dalam reramai adik-beradik dia je yang KETEGAQ piyauu baq hang! Kemahuan dia kuat. Kalau buat sesuatu sungguh-sungguh. Kalau tak nak, tak nak lah, jangan paksa2 oke! Boleh la nak dipujuk, tapi tak berapa makan. Maaf :) hihi..


TAK PANDAI MEMUJUK

- Maaf seklai lagi, anak no.2 ni dia tak pandai nak pujuk memujuk pakwe @ makwe ni. (ciannn..)


BERCINTA

- Dia kalau bercinta depannnn sekali.
- Sangat setia, sanggup berkorban.. auwww :*


HITAM PUTIH

- Apa yang dikatakan semua dia pegang. Kalau hitam, hitam lah. Kalau putis , maka putissss lah..
- Degil, tak boleh toleransi.


HATI

- Nampak je keras, tapi hati LEMBUT. Satu lagi pe'el dia tak boleh ditegur.


BERDIKARI

- Very independent. memmag betul. Tapi kalau terlebih independent pun payah jugak
- Mudah bergaul.
- Very take care :) yummy~


ARAHAN

- Anak kedua-2 ni payah nak terima arahan. Dia lebih suka buat hal sendiri, pendek kata tak boleh buat kerja dengan orang lah.


PEMAAF & CARING

- Sangat pemaaf, Tapi awas! Jangan bagi diorang marah, kalau marah paham2 aje lah~


PAKAIAN

- Semua nak kemas je .





Sunday, 21 October 2012

Kerana Aku WANITA~


Ketika Allah menciptakan seorang wanita, 
ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. 
Bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun,
 harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan. 
Allah memberikannya kekuatan dari dalam
untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan 
yang seringkali datang dari anak-anaknya,
memberi kekerasan untuk membuatnya tetap tegar 
ketika orag lain menyerah dan mengasuh keluarganya 
dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh. 
Allah memberinya kepekaan untuk mencintai 
anak-anaknya dalam setiap keadaan, 
bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya. 
Allah memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya 
dalam kegagalannya dan melengkapi dengan 
tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya. 
Allah memberinya kebijaksanaan untuk 
mengetahui bahawa seorang suami yang baik 
tidak akan pernah menyakiti isterinya, 
tetapi kadangkala menguji kekuatannya hatinya 
untuk tetap berada disisi suaminya tanpa ragu. 
Allah akhirnya memberinya air mata untuk dititiskan. 
Ini adalah khusus miliknya yang 
digunakan bilamana ia perlukan. 
Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian 
yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, 
atau bagaimana ia menyisisr rambutnya. 
Kecantikan seorang wanita haruslah dilihat dari matanya, 

kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada.



help me to Jannah~


Wednesday, 17 October 2012

Practice To Be Great Housewife :)

Assalamualaikum wbt..

Semakin nak dekat raya korban semakin berkobar2 pulak den.. ahakzz... sangat surprise!.. Macam tak sabar-sabar dah nih.. hehe.. Almaklumla, perjalanan menjadi seorang ISTERI tak jauh lagi. Pejam celik, pejam celik, less than 1 year to become WIFE...INSYA'ALLAH.. semoga impian menjadi kenyataan. 

Terlintas nak kongsi satu cerita. About someone. Seronok tengok kehidupan dia. Setahu Suri dia tak bernasib baik sangat masa belajar dulu. Lepas habis belajar form 5 terus kahwin, lebih kurang umur 17 tahun, and her husband only 1 year up to her. And now, she has 2 daughters. Comel. Montel :) ..Tapi apa yang sedih, rupa-rupanya dia dah bercerai, and now, dah berkahwin dengan pasangan ke-2. Semua ni berlaku within 4 years. It's too short kan?

Alhamdulillah, walaupun hidup diuji macam tu, seronok tengok kehidupan dia and anak2 perempuan. Bahagia. Kelihatan si suami tu sangat menerima dia and anak2 seadanya. Hope, Mereka bahagia hingga ke syurga. 

Apa yang nak dikongsi kat sini. Kebahagiaan tu bukan datang dari latar belakang kita, tak semestinya miskin tak boleh bahagia, boleh! Selagi ada sefahaman tu. Kalau belajar tinggi mana pun, cuma ingat, suami tetap suami, isteri tetap isteri. Jangan sebab isteri belajar lebih tinggi, si isteri boleh jadi Queen Control. Claim lebih2. Dalam rumah tangga , rasanya tak ada erti pelajaran tu, cuma dapat membantu suami dalam menjana pendapatan je. I am right?

Dalam dunia yang serba moden nih, memang isteri kena pandai berdikari, tak boleh nak harapkan suami saja. Tambah-tambah benda-benda simple macam driving, beli barang, bertukang benda2 yang kecik. At least, bila suami tak ada di rumah, si isteri dapat la bantu sikit-sikit buat semua tu. Senang hati suami. 

Suri pun harap dapat jadi isteri yang berdikari soon. Boleh masak, drive. Almaklumlah, nak kahwin dengan Army Officer, kerjanya banyak, kesana, kemari. huh! Entah2 nak besalin nanti pun sorang-sorang je. so0o0o sad :( .Rumah keduanya adalah hutan. Tapi dia sangat la tak suka rumah yang messy2 nih, never! Kadang-kadang caranya tak macam askor, but I love the way he teach me, kadang2 kasar, touching makkk! Nak buat macam mana, diam je, malas nak layan. hihi. Tapi kalau tak ada dia, sunyi pulak. Mungkin itulah yang dikatakan saling melengkapi agaknye.  Tak pe kot, orang tua-tua pesan :

NAK KAHWIN DENGAN ASKAR, 
KENE KAHWIN DENGAN KERJANYA SEKALI, 
BARU BAHAGIA TU TAHAN SELAMANYA
weee~



oke! baca ini :) then u'll know~


Saturday, 13 October 2012

Menjadi Yang Terbaik

Assalamualaikum...

Setiap manusia yang bernafas di muka bumi Allah ini pasti inginkan yang terbaik apabila mereka juga mampu memberi yang terbaik. Layakkah untuk memdapat sesuatu yang buruk selepas kita memberi yang terbaik? Secara hakiki, kita tidak akan terima sesuatu yang tidak setimpal, kerana kita tahu, kita telah memberi yang terbaik, tambah-tambah untuk insan yang kita sayang.

Apa-apa perkara pun kita boleh atasi. Mungkin kita rasa sesuatu yang kita lakukan itu tidak apa pun yang dimaksudkan, tetapi adakah kita fikir orang sekeliling kita? kerana, perjalanan kita di dunia ini bersama-sama orang sekeliling, bukan kita sendirian. 

Ye, memang banyak hati yang kita kena jaga, tapi itu lah hakikat sebuah kehidupan. Setiap yang berada di sekekliling kita terlibat dalam aktiviti dan tugas seharian kita. Jangan fikir, kita rasa tidak ada apa yang berlaku jika kita buat sesuatu, tapi lihat penerimaan orang sekeliling kita pula. 

Yang sebenar nak tulis ialah, ' Don't ask more, If u can't give more'... :) .. Banyak yang tersirat daripada ayat ini. Masalah ini selalu dialami oleh pasangan, same goes to me. Dalam hubungan tak pernah lari dari masalah macam ni. Senang kata, apa-apa yang kita buat tu, make sure berfikir dulu, ' Adakah aku suka kalau dia buat kat aku macam tu?' Setel masalah. Kalau kita tak suka, then jangan kita buat pada pasangn kita. Small matter, Big solution. Sebab apa? Sebab tak berfikir sebelum buat sesuatu. 

Sesetengah orang bukan tak berfikir, tapi dia ambil ringan semua ni. Dia rasa apa dia buat tu betul, 'ala, mesej je pun nak jeles' ...  Itu kita. orang lain? Yang hati dia Allah letakkan 1001 kelembutan, 2002 kesetiaan. Boleh ke dia terima? Think it.  Kadang-kadang sebab sesuatu tu tak pernah terjadi, sebab tu kita rasa benda tu kecil. Jangan ambil mudah sesuatu perkara bila anda sedar diri anda bukan hidup sendirian. Selagi kita ada pendamping hargailah dia. Jangan menyesal, tambah-tambah bila kita rasa dia yang terbaik. Terbaik bermaksud, sangat perfect untuk kita. So, why can't you give the best for them? kalau mereka yang terbaik. Kenapa kita nak ambil ringan sesuatu perkara kalau kita sayang pada dia. 

Jadilah seorang insan yang betul-betul menghargai orang yang menyayangi kita. Memang hari ni kita selamat, tapi kita tak tahu dengan apa yang Allah akan bagi pada kita kelak. I'm believing on karma, and it will come to us one day. You get what you give :) Tetapi untuk yang tersayang, biarlah sesuatu kesalahan dia pernah lakukan pada kita itu tak akan menimpa dia, sebab kita sendiri tahu bagaimana perit untuk kita lalui penderitaan itu. Let Allah give the best for us, for our relationship.

Dan jangan sesekali kita biarkan kesayangan kita merasai kecurangan, JANGAN. Itu penderitaan seumur hidup. Why? Sebab kesan curang itu terlalu dalam, terlalu parah. Macam parut, sekali tercalar sampai bila-bila terkesan pada kulit. Cuba menjadi yang terbaik.

           I'm not PERFECT, 
          but try to be PERFECT,
          for the one I love, 
          to become his ZAUJAH soon :)


Sehingga ke SYURGA~


Sunday, 7 October 2012

My Besties Ever After



makcik2 nak p kenduri kat Wangsa Walk sambil beli emas....
wuwieeee~

masing-masing muka ekzaited nak masuk instagram~


yeayyy..jalan-jalan timee..yihaaaa~

SPECIAL QUOTE for my BEAUTIFUL besties :


When we first talked to each other
I knew we would always be friends
Our friendship has kept on growing
And I'll be here for you to the end

You listen when I have a problem
And help dry the tears from my face
You take away my sorrow
And put happiness in its place

We can't forget the fun we've had
Laughing 'til our faces turn blue
Talking of things only we fing funny
People think we're insane-If they only knew!

I guess this is my way of saying thanks
For catching me when I fall
Thanks once again for being such a good friend
And being here with me through it all.


-Rachel Ellis

Thursday, 4 October 2012

I Love You My Captain



Abang, cantikkan bukit itu?

Jauh Siti termenung, melihat bukit-bukit berdiri megah dipandangan matanya, dia berdiri berhampiran jendela bilik pengantinnya, masih sarat dengan pakaian yang dipenuhi manik-manik anggun. Cantik. Penuh seri diwajahnya.





“ Aku terima nikahnya Siti Noranis Aqilah Binti Azemin, dengan mas kahwinnya 10 000 tunai”.. Sedetik lebih selepas kata-kata akad dari Ariff itu berakhir, airmatanya berguguran bagai tak dapat ditahan lagi, umpama awan yang sarat menanggung hujannya, setelah lama mendung yang menyelubungi awan. Ia masih terfikir-fikr bernarkah peristiwa itu terjadi??

“Alhamdulillah, akhirnya aku sah sebagai isterinya”..bisik kecil dalam hatinya sambil raut wajahnya tersenyum sendiri…



“Apa yang sayang fikirkan nih? Jauh menungnya, apa yang sayang pandang lama-lama tu? Jeles abang tau..”  Perlahan-lahan suara Ariff menyentuh cuping telinga Siti, sambil tangan Ariff meraut pinggang Siti yang ramping itu, Ariff juga masih lengkap berpakaian seperti semasa akad tadi, Cuma kali ni tidak bersonggkok.

“Ala abang ni, saya tengok bukit tu je”… Siti menjeling manja pada Ariff sambil mencengkam tangan Ariff diperutnya.
“ Cantik kan yang, hijau tu sangat menyejukkan mata, ada pulak awan dipuncak tu. Penuh makhluk Allah tinggal di sana.” Tersenyum. Dia cuba sembunyikan apa yang berfikir di mindanya.
Ariff terdiam ambil memandang bukit-bukit itu. Tetapi mereka masih didalam dakapan.

Dalam diam ,Siti mula teringat-ingat kenangan lalu, terlalu lama kisah cinta mereka, sehingga menghancurkan hatinya beberapa kali. Tapi, Siti tak pernah putus mencintai Ariff walaupun beberapa orang jejaka hadir dalam hidupnya untuk menjadi yang terbaik buatnya. Siti tidak menolak semua itu, tapi entah takdir tuhan agaknya, semuanya tak menjadi.




Walaupun kisahnya bersama Ariff terlalu banyak dugaan, tapi Siti percaya itu semua ujian bagi hubungan mereka. Setiap orang diuji. Biarpun dilanda rebut badai, sejauh mana mereka berpisah, tak pernah kata ‘putus’ itu terluah daripada mulut salah seorang. Mungkin itu yang membuatkan hati mereka terikat. Kadang-kadang hati Siti  rapuh untuk terus mencintai Ariff. Namun tidak lama kemudian hatinya akan tercari-cari Ariff.


Hubungan yang mereka cipta enam tahun lepas beberapa kali menemui kegagalan. Tapi cukuplah paling lama 6 bulan, pasti mereka akan bersama kembali. Namun , perpisahan terakhir sangat melukai hati Siti, membuatkan Siti jatuh tersungkur menyujud bumi Allah. Tiada lagi harapannya untuk bersama Ariff. Sedih. Luka. Pedih. Segalanya sia-sia bagi Anis. Ariff menghilang entah kemana. Tiada kata akhir dari  Ariff, Siti ditinggalkan. Siti terpinga-pinga tanpa Ariff, sehingga punah hatinya, remuk seperti dicincang-cincang. Apa yang Ariff benci sehingga meninggalnya dengan penuh tragis dan air mata. Adakah wanita lain bertakhta dihatinya? Itu yang selalu bermain difikiran Siti. Namun Siti gagahi hidup ini dengan sisa-sisa kekuatan yang Allah beri. Siti percaya, Allah tidak akan membebani hambaNya, jika hambaNya tidak mampu menannggung. Hatiya kembali gagah memperbaiki hidupnya tika itu.



Suatu hari telefonnya berdering, jauh kedengaran dari dalam telefonnya satu suara berbisik.
“ I love you, sayang ”….

Belum sempat Siti bertanya siapa, terus pangggilan itu putus… aduhh.. “Siapa la nak mengorat aku, nak mengorat buat la betul-betul..haish’.. Bisik hatinya. Malam menjelma, selesai sahaja solat maghrib, tiba-tiba air matanya mengalir, hatinya kembali teringat Ariff setelah sekian lama  Ariff menghilangkan diri, dia mula fikirkan suara tadi, masih terngiang-ngiang seperti Ariff. Tapi kali ini hatinya tegar.. ahhh..mampus kau lah!

Seminggu kemudian, telefonya berdering..” Hello, Assalamualaikum”…Jauh suara Ariff menyentuh gegendang telinganya. Tanpa berkata-kata, Siti putuskan panggilan. Hatinya berdegup laju, air matanya kembali berlinangan.. Ya Allah, Engkau kuatkanlah hati ini, adakah suara tadi si dia yang aku cintai selama ini? Apakah hikmahnya untuk kali ini? Aku takut untuk menerima semua ini. Adakah dia datang untuk menyakiti aku lagi?

Bip,bip.. 1 message received..



“Maafkan abang sayang, abang terleka dari janji-janji yang kita bina selama ini, abang lalai dengan pengorbanan yang sayang lakukan, abang tak hargai susah senang kita bersama dulu..” berlinangan air mata Siti. Adakah dia untukku? Ya Allah, inikah ujian dalam Engkau menentukan jodoh kami….

“Sayang”…Panggilan itu membuatkan lamunan Siti tersentak. Rupanya-rupanya, air matanya sudah membasahi pipi gebunya.

“Kenapa abang?”..

“Sayang nangis ye?”.. Sambil Ariff mengesat air matanya.. Siti tersenyum, ” Tak de la yang, tiba –tiba teringat kisah lama kita”…

“Dah la sayang, hari ni kan hari yang kita sama-sama tunggu, hari cinta kita betul-betul terbukti kerana Allah, tak mau nangis lagi bucuk”.. Tangan Ariff makin erat memeluk pinggang Siti dari belakang…Siti terus memandang bukit itu..

“Sayang cuba tengok bukit-bukit tu. Kita Nampak cantik, indah. Kita rasa kita nak naik capai awan kat atas  puncak tu. Tapi dalam kita nak mendaki keatas puncak tu, banyak onak, halangan kita nak mendaki, tak cukup dengan itu, haiwan-haiwan buas pun ada hidup disana. Abang percaya semasa kita mendaki pasti ada air mata yang mengalir. Macam tu la kehidupan kita selepas berkahwin nanti. Untuk mencapai kebahagiaan tu, pasti ada duka. Ribut akan datang bila-bila masa je. Macam kita nak kahwin ni, banyak cabaran kita masa bercinta. Tapi abang nak sayang tabah dengan apa yang terjadi, abang juga begitu, supaya kita dapat bantu hidup masing. Kita kena percaya, Allah tentukan kita bersama untuk saling melengkapi”…kata-kata Ariff membuatkan Siti semakin tidak dapat menahan air matanya lagi, jauh lebih hebat dari pagi tadi, semasa akad nikah mereka.

“Abang jangan tinggalkan saya lagi, saya tak nak kehilangan abang lagi…” Siti beralih memeluk Ariff…

“Ye sayang, abang minta maaf, abang akan cuba jadi yang terbaik untuk sayang dan anak-anak kita nanti, abang tak nak kecewakan sayang lagi, abang tahu sayang dah banyak berkorban demi cinta kita, Cuma abang yang lalai’…Ariff menahan sebak…



“Semoga hari ini menjadi bukti cinta abang pada sayang selama ni”… Ariff cuba meleraikan pelukan dan menghulurkan sekeping sampul surat kepada isterinya itu.

“Apa ni bang?”..Sedikit kerut di wajah Siti…Ariff tersenyum sambil mengkucup dahi isterinya.
“Entah la, cuba sayang buka’

Siti semakin bingung. Hari pertama dah dapat surprise. Siti terus mengamati potongan kertas dalam sampul surat itu.

“Ya Allah abang!”.. Siti melompat sambil memeluk leher ariff. Dua tiket bulan madu yang telah diatur Ariff. Tiket ke Rome, Italy.



“Macam mana abang tahu saya teringin ke Rome?”.. Kebingungan Siti semakin terlerai selepas berita gembira itu.

“ Dulu-dulu sayang penah beritahu abang tentang impian sayang, abang simpan message tu dari dulu lagi, sekarang pun ada lagi dalam handphone abang”… kata Ariff..

Sejurus itu, air mata Siti kembali menitis, tapi kali ini terlalu gembira. Memang dia penah beritahu Ariff tentang impiannya itu seminggu selepas perkenalan mereka semasa Siti ditingkatan 4, dan kini umurnya sudah mececah 25 tahun.

“Ya Allah, sebenarnya dia sangat menyayangi aku, walaupun kami terpisah oleh pelbagai dugaan”.. bisik hati kecil Siti.


Tuesday, 2 October 2012

Tuhan Jagakan Dia

BEAUTIFUL SONG FROM LOVING MAN

Oooke, first of all, this song much meaningful for me, sebab di tujukan khas oleh my future husband selama-lamanya untuk suri, , ala2 evergreen la, nanti kalau dah dapat cucu cicit pun boleh dengar lagi, so0o0 suwittt... ;D 



Hanya dirimu yang ku cinta
Takkan membuat aku jatuh cinta lagi
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku

Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetaap setia kepadamu

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku, kan tetap milikku

Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku


* Ni je la ye, sebab lirik seterusnya same je macam yang atas nih... 
Actually, the history of this song adalah dalam 2 hari lepas , kitorang ade pertengkaran sikit berkenaan dengan tarikh bertunang, almaklumlah, rombongan pihak laki dari Johor, so susah la sikit nak atur antara 2 famili ni, tapi masing-masing nak mengalah, so tak lame sangat la nak berperang. Hmmm pasangan mana yang tak bertengkar, susah nak jadi sehati sejiwa nih.. Dalam apa2 hal pun, salah sorang mesti kene ade yang mengalah, tambah2 kita yang ladies ni la, lelaki ni memang ego tinggi macam pokok nyior ( pokok nyoq bak hang!!) susah nak jatuhkan ego depe2 nih.. Tak pe, memang Allah ciptakan wanita ni untuk bersabar, kalau same2 baran kang alamatnya jemah tak de la erti berumahtangga.. Ehemmm3, bercakap macam da kawen pulak yang menaip nih..weeee~
Anyway, thanks dear untuk lagu nih,,,,
saya tahu, kadang-kadang saya ni kurang sabar, tapi saya akan cuba untuk bersabar, sebab abang da banyak berkorban untuk hubungan kita, dari segi duit, moral n everything... 
Hope i'll be the best suri for u :)


amin~


Monday, 1 October 2012

Semoga Beby Adam Cepat Sembuh

Assalamualaikum wbt..

Entri kali ni khas buat baby AHMAD ADAM SYUKRI, yang lahir pada 4/3/2012, dan telah mengalami Brain Damaged Sever HIE ( Hypoxic Ischemic Encephalopathy ) atau lebih dikenali sebagai penyakit kerosakan pada saraf otak.

First time tengok gambar-gambar Adam YA ALLAHHHH... sesungguhnya Allah itu Maha Besar, berjurai-jurai, berambu-rambu air mata tidak dapat menahan kesayuan melihatkan keadaan baby Adam yang sangat dasyat, semoga Allah cepat sembuhkan baby Adam.. Kekuatan yang Allah bagi pada baby sangat dasyat, juga kepada mama Adam yang tabah menghadapi dugaan yang Allah turunkan pada beliau, ibu mana yang tidak meraung dalam hati apabila anak yang dikandungnya selama 9 bulan 10 hari menghadapi penyakit yang serius, malah semakin hari penyakit itu menampakkan kesengsaraan yang ditanggung baby Adam.. agaknya, jika baby Adam boleh bercakap, apa la yang akan dia beritahu pada mamanya? Subhanallah, Allah Maha Besar.....


wajah baby Adam semasa di awal kelahiran..sangat comel...

Baby bersama mamanya yang tabah...
senyuman seorang ibu yang tabah :)

baby Adam dah sakit :(

 comel sangat Adam ni tau.. nanti besar jadi anak yang soleh tau... :)

Adaaammmmm!! :D

baby da start nampak kesan penyakitnya :(


wajah yang menahan 1001 kesakitan
tanpa berkata-kata..
 Ya Allah selamatkan lah bayi comel ini..........


wajah suci ahli syurga...
kulit baby sakit, ada ketulan air,
 mama Adam kena sapu olive oil hari-hari,
 tapi esoknye akan naik lagi..
kesian Adam~


mata baby Adam mengalami masalah,
ada selaput pada anak matanya :(

hadiah-hadiah yang sampai kerumah baby Adam,
semoga Allah auntie2 n uncle2 yang hadiahkan untuk Adam :D

wajah yang menyedarkan betapa Allah itu maha Besar,
bayi sebesar ini mampu menahan kesakitan ...Allahhuakhbar!...

keadaan Adam terkini, 24 September 2012

Adam kuat !!! Adam mandi  tak pakai oksigen pun..
Alhamdulillah... :)


surat khabar tentang baby Adam 

Insya'Allah Adam akan sihat..amin :)


" Ya Allah, sesungguhnya bayi ini terlalu kecil untuk menanggung semua ini, 
Engkau berikanlah kesihatan padanya, 
kuatkanlah hatinya yang masih suci itu, 
tabahkanlah hati mamanya seperti mana 
Engkau memberi kekuatan kepada srikandi-srikandiMu yang lepas.
 Ya Allah, bayi ini sangat kuat, 
kekuatannya melebihi kami-kami yang masih sihat ini, 
Engkau tentukanlah yang terbaik buatnya.. 
Sesungguhnya, Adam adalah hambaMu yang sangat HEBAT :) "




Jom kita sama-sama doakan baby Adam,
Jumpa Adam di FB,

http://www.facebook.com/AhmadAdamSyukri
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...