“ Aku terima
nikahnya Siti Noranis Aqilah Binti Azemin, dengan mas kahwinnya 10 000 tunai”..
Sedetik lebih selepas kata-kata akad dari Ariff itu berakhir, airmatanya
berguguran bagai tak dapat ditahan lagi, umpama awan yang sarat menanggung
hujannya, setelah lama mendung yang menyelubungi awan. Ia masih terfikir-fikr
bernarkah peristiwa itu terjadi??
“Alhamdulillah,
akhirnya aku sah sebagai isterinya”..bisik kecil dalam hatinya sambil raut
wajahnya tersenyum sendiri…
“Apa yang sayang fikirkan nih? Jauh menungnya, apa yang sayang pandang lama-lama tu? Jeles abang tau..” Perlahan-lahan suara Ariff menyentuh cuping telinga Siti, sambil tangan Ariff meraut pinggang Siti yang ramping itu, Ariff juga masih lengkap berpakaian seperti semasa akad tadi, Cuma kali ni tidak bersonggkok.
“Ala abang
ni, saya tengok bukit tu je”… Siti menjeling manja pada Ariff sambil mencengkam
tangan Ariff diperutnya.
“ Cantik
kan yang, hijau tu sangat menyejukkan mata, ada pulak awan dipuncak tu. Penuh makhluk
Allah tinggal di sana.” Tersenyum. Dia cuba sembunyikan apa yang berfikir di
mindanya.
Ariff
terdiam ambil memandang bukit-bukit itu. Tetapi mereka masih didalam dakapan.
Dalam diam
,Siti mula teringat-ingat kenangan lalu, terlalu lama kisah cinta mereka, sehingga
menghancurkan hatinya beberapa kali. Tapi, Siti tak pernah putus mencintai Ariff
walaupun beberapa orang jejaka hadir dalam hidupnya untuk menjadi yang terbaik
buatnya. Siti tidak menolak semua itu, tapi entah takdir tuhan agaknya,
semuanya tak menjadi.
Walaupun kisahnya
bersama Ariff terlalu banyak dugaan, tapi Siti percaya itu semua ujian bagi
hubungan mereka. Setiap orang diuji. Biarpun dilanda rebut badai, sejauh mana
mereka berpisah, tak pernah kata ‘putus’ itu terluah daripada mulut salah
seorang. Mungkin itu yang membuatkan hati mereka terikat. Kadang-kadang hati
Siti rapuh untuk terus mencintai Ariff.
Namun tidak lama kemudian hatinya akan tercari-cari Ariff.
Hubungan
yang mereka cipta enam tahun lepas beberapa kali menemui kegagalan. Tapi cukuplah
paling lama 6 bulan, pasti mereka akan bersama kembali. Namun , perpisahan
terakhir sangat melukai hati Siti, membuatkan Siti jatuh tersungkur menyujud
bumi Allah. Tiada lagi harapannya untuk bersama Ariff. Sedih. Luka. Pedih.
Segalanya sia-sia bagi Anis. Ariff menghilang entah kemana. Tiada kata akhir
dari Ariff, Siti ditinggalkan. Siti terpinga-pinga
tanpa Ariff, sehingga punah hatinya, remuk seperti dicincang-cincang. Apa yang
Ariff benci sehingga meninggalnya dengan penuh tragis dan air mata. Adakah
wanita lain bertakhta dihatinya? Itu yang selalu bermain difikiran Siti. Namun
Siti gagahi hidup ini dengan sisa-sisa kekuatan yang Allah beri. Siti percaya,
Allah tidak akan membebani hambaNya, jika hambaNya tidak mampu menannggung. Hatiya
kembali gagah memperbaiki hidupnya tika itu.
Suatu hari
telefonnya berdering, jauh kedengaran dari dalam telefonnya satu suara
berbisik.
“ I love
you, sayang ”….
Belum sempat
Siti bertanya siapa, terus pangggilan itu putus… aduhh.. “Siapa la nak mengorat
aku, nak mengorat buat la betul-betul..haish’.. Bisik hatinya. Malam menjelma,
selesai sahaja solat maghrib, tiba-tiba air matanya mengalir, hatinya kembali
teringat Ariff setelah sekian lama Ariff
menghilangkan diri, dia mula fikirkan suara tadi, masih terngiang-ngiang
seperti Ariff. Tapi kali ini hatinya tegar.. ahhh..mampus kau lah!
Seminggu
kemudian, telefonya berdering..” Hello, Assalamualaikum”…Jauh suara Ariff
menyentuh gegendang telinganya. Tanpa berkata-kata, Siti putuskan panggilan.
Hatinya berdegup laju, air matanya kembali berlinangan.. Ya Allah, Engkau kuatkanlah
hati ini, adakah suara tadi si dia yang aku cintai selama ini? Apakah hikmahnya
untuk kali ini? Aku takut untuk menerima semua ini. Adakah dia datang untuk
menyakiti aku lagi?
“Maafkan
abang sayang, abang terleka dari janji-janji yang kita bina selama ini, abang
lalai dengan pengorbanan yang sayang lakukan, abang tak hargai susah senang kita
bersama dulu..” berlinangan air mata Siti. Adakah dia untukku? Ya Allah, inikah
ujian dalam Engkau menentukan jodoh kami….
“Sayang”…Panggilan
itu membuatkan lamunan Siti tersentak. Rupanya-rupanya, air matanya sudah
membasahi pipi gebunya.
“Kenapa
abang?”..
“Sayang
nangis ye?”.. Sambil Ariff mengesat air matanya.. Siti tersenyum, ” Tak de la
yang, tiba –tiba teringat kisah lama kita”…
“Dah la sayang,
hari ni kan hari yang kita sama-sama tunggu, hari cinta kita betul-betul
terbukti kerana Allah, tak mau nangis lagi bucuk”.. Tangan Ariff makin erat
memeluk pinggang Siti dari belakang…Siti terus memandang bukit itu..
“Sayang
cuba tengok bukit-bukit tu. Kita Nampak cantik, indah. Kita rasa kita nak naik
capai awan kat atas puncak tu. Tapi
dalam kita nak mendaki keatas puncak tu, banyak onak, halangan kita nak
mendaki, tak cukup dengan itu, haiwan-haiwan buas pun ada hidup disana. Abang
percaya semasa kita mendaki pasti ada air mata yang mengalir. Macam tu la kehidupan
kita selepas berkahwin nanti. Untuk mencapai kebahagiaan tu, pasti ada duka. Ribut
akan datang bila-bila masa je. Macam kita nak kahwin ni, banyak cabaran kita
masa bercinta. Tapi abang nak sayang tabah dengan apa yang terjadi, abang juga
begitu, supaya kita dapat bantu hidup masing. Kita kena percaya, Allah tentukan
kita bersama untuk saling melengkapi”…kata-kata Ariff membuatkan Siti semakin
tidak dapat menahan air matanya lagi, jauh lebih hebat dari pagi tadi, semasa
akad nikah mereka.
“Abang
jangan tinggalkan saya lagi, saya tak nak kehilangan abang lagi…” Siti beralih
memeluk Ariff…
“Ye sayang,
abang minta maaf, abang akan cuba jadi yang terbaik untuk sayang dan anak-anak
kita nanti, abang tak nak kecewakan sayang lagi, abang tahu sayang dah banyak
berkorban demi cinta kita, Cuma abang yang lalai’…Ariff menahan sebak…
“Semoga
hari ini menjadi bukti cinta abang pada sayang selama ni”… Ariff cuba
meleraikan pelukan dan menghulurkan sekeping sampul surat kepada isterinya itu.
“Apa ni
bang?”..Sedikit kerut di wajah Siti…Ariff tersenyum sambil mengkucup dahi
isterinya.
“Entah la,
cuba sayang buka’
Siti semakin
bingung. Hari pertama dah dapat surprise. Siti terus mengamati potongan kertas
dalam sampul surat itu.
“Ya Allah
abang!”.. Siti melompat sambil memeluk leher ariff. Dua tiket bulan madu yang
telah diatur Ariff. Tiket ke Rome, Italy.
“Macam mana
abang tahu saya teringin ke Rome?”.. Kebingungan Siti semakin terlerai selepas
berita gembira itu.
“ Dulu-dulu
sayang penah beritahu abang tentang impian sayang, abang simpan message tu dari
dulu lagi, sekarang pun ada lagi dalam handphone abang”… kata Ariff..
Sejurus
itu, air mata Siti kembali menitis, tapi kali ini terlalu gembira. Memang dia
penah beritahu Ariff tentang impiannya itu seminggu selepas perkenalan mereka
semasa Siti ditingkatan 4, dan kini umurnya sudah mececah 25 tahun.
“Ya Allah,
sebenarnya dia sangat menyayangi aku, walaupun kami terpisah oleh pelbagai
dugaan”.. bisik hati kecil Siti.
No comments:
Post a Comment