Assalamualaikum...
Setiap manusia yang bernafas di muka bumi Allah ini pasti inginkan yang terbaik apabila mereka juga mampu memberi yang terbaik. Layakkah untuk memdapat sesuatu yang buruk selepas kita memberi yang terbaik? Secara hakiki, kita tidak akan terima sesuatu yang tidak setimpal, kerana kita tahu, kita telah memberi yang terbaik, tambah-tambah untuk insan yang kita sayang.
Apa-apa perkara pun kita boleh atasi. Mungkin kita rasa sesuatu yang kita lakukan itu tidak apa pun yang dimaksudkan, tetapi adakah kita fikir orang sekeliling kita? kerana, perjalanan kita di dunia ini bersama-sama orang sekeliling, bukan kita sendirian.
Ye, memang banyak hati yang kita kena jaga, tapi itu lah hakikat sebuah kehidupan. Setiap yang berada di sekekliling kita terlibat dalam aktiviti dan tugas seharian kita. Jangan fikir, kita rasa tidak ada apa yang berlaku jika kita buat sesuatu, tapi lihat penerimaan orang sekeliling kita pula.
Yang sebenar nak tulis ialah, ' Don't ask more, If u can't give more'... :) .. Banyak yang tersirat daripada ayat ini. Masalah ini selalu dialami oleh pasangan, same goes to me. Dalam hubungan tak pernah lari dari masalah macam ni. Senang kata, apa-apa yang kita buat tu, make sure berfikir dulu, ' Adakah aku suka kalau dia buat kat aku macam tu?' Setel masalah. Kalau kita tak suka, then jangan kita buat pada pasangn kita. Small matter, Big solution. Sebab apa? Sebab tak berfikir sebelum buat sesuatu.
Sesetengah orang bukan tak berfikir, tapi dia ambil ringan semua ni. Dia rasa apa dia buat tu betul, 'ala, mesej je pun nak jeles' ... Itu kita. orang lain? Yang hati dia Allah letakkan 1001 kelembutan, 2002 kesetiaan. Boleh ke dia terima? Think it. Kadang-kadang sebab sesuatu tu tak pernah terjadi, sebab tu kita rasa benda tu kecil. Jangan ambil mudah sesuatu perkara bila anda sedar diri anda bukan hidup sendirian. Selagi kita ada pendamping hargailah dia. Jangan menyesal, tambah-tambah bila kita rasa dia yang terbaik. Terbaik bermaksud, sangat perfect untuk kita. So, why can't you give the best for them? kalau mereka yang terbaik. Kenapa kita nak ambil ringan sesuatu perkara kalau kita sayang pada dia.
Jadilah seorang insan yang betul-betul menghargai orang yang menyayangi kita. Memang hari ni kita selamat, tapi kita tak tahu dengan apa yang Allah akan bagi pada kita kelak. I'm believing on karma, and it will come to us one day. You get what you give :) Tetapi untuk yang tersayang, biarlah sesuatu kesalahan dia pernah lakukan pada kita itu tak akan menimpa dia, sebab kita sendiri tahu bagaimana perit untuk kita lalui penderitaan itu. Let Allah give the best for us, for our relationship.
Dan jangan sesekali kita biarkan kesayangan kita merasai kecurangan, JANGAN. Itu penderitaan seumur hidup. Why? Sebab kesan curang itu terlalu dalam, terlalu parah. Macam parut, sekali tercalar sampai bila-bila terkesan pada kulit. Cuba menjadi yang terbaik.
I'm not PERFECT,
but try to be PERFECT,
for the one I love,
to become his ZAUJAH soon :)
Sehingga ke SYURGA~ |
No comments:
Post a Comment