Saturday, 23 March 2013

Nasihat untuk Suami and Isteri wannabe

ouchhh...small la pulak.. 


Tazkirah Jumaat yang di update pada hari Sabtu.
A little bit to share..even am not a wife yet.. hihi


1) Jangan puji orang luar, jiran tetangga atau saudara mara secara berlebihan.

2) Usah meninggikan suara memanggil pasangan. Tegur dan nasihatlah dengan nada rendah agar tak mengguris hati pasangan.

3) Usah lontarkan kritikan pedas yang mengguris perasaan pasangan. Sentiasa membuka hati untuk menerima pandangan.

4) Jangan berbohong dengan pasangan. Tiada tempat dalam syurga untuk si pembohong kerana rumah pertama dalam syurga adalah bagi mereka yang bercakap benar. 

5) Usah meninggalkan isteri tanpa alasan dan sebab musabab munasabah. Elak juga menjauhkan diri daripada isteri walaupun isteri sedang haid.

6) Bersedia untuk mengakui kesilapan yang dilakukan. Usah sesekali merasakan diri tidak bersalah setiap masa (ego).

Tindakkk!

Friday, 15 March 2013

Cinta dan Harapan

Alhamdullillah.. diberi ruang untuk bernyawa di bumi Allah dan masih berpeluang menikmati keindahan alam.. Setiap nyawa tak pernah minta untuk dibayar, cuma Allah mahu kita BERSUJUD padaNya.. Memohon doa dan berserah kepadaNya dengan apa yang terjadi.. Kita manusia akhir zaman ni kadang-kadang lalai dengan peringatan Allah. Tapi sangat bersyukur apabila kita dikejutkan dengan kesedaran supaya kembali sedar yang kita ni hanya menumpang di bumi ini.. Alhamdulillah...



And Alhamdulillah again to Allah. Hari ni terasa kaki nak melangkah ke POSITIVE SHELTER a.k.a POSHE yang terletak di Cheras. Kebetulan je nak pegi sebab makcik Alia ni ajak p.. so join je la kan.. Ingatkan rumah remaja-remaja mengandung, tapi sangkaan sama sekali jauh tersasar.. 

Sedikit kecewa bila sampai kat POSHE :( sunyi sepi je.. Macam tak dak orang.. huhu.. Aiya, lupa pulak bebudak tu ke sekolah, after solat Jumaat baru diorang balik rumah. Mostly anak-anak istimewa tu adalah lelaki. Tak pe lah, nak buat gena kan? So, duduk la sambil sembang-sembang dengan pengasas rumah tu, nama mesra beliau Mak Wan.. Orangnya masih sihat dan cantik :) baik, lembut, sopan.. banyak berkorban untuk anak-anak tak berdosa tu..  Semoga Allah merahmati usaha mulia beliau...

Rupanya, dalam tengah seronok bersembang dengan Mak Wan, nampak sesuatu macam kandang, diperbuat daripada kayu, dia punya penghadang ada la tinggi sikit daripada lutut den.. Lama terpanar kat kawasan tu, tiba-tiba Alia cakap, ' tu la tempat untuk Siti?'..eh, sape Siti?? katanya lelaki je kat rumah tu.. Kalih-kalih belakang, Siti dah ada kat belakang den, siap nak salam lagi.. sayu hati...Siti ni tergolong anak-anak istimewa juga, and dia mengidap penyakit saraf daripada bayi lagi, and also HIV.. 

Ya Allah, kuatkanlah hati anak ini untuk teruskan hidup... amin~
ini saja yang terdetik dalam hati tatkala kali pertama terpandang wajah Siti.

Seronok tengok bila dia gelak-gelak and lompat-lompat. Actually, she could't walk and make any movement by her leg.. Siti jalan mengensot guna lutut... Time nak balik dia tak nak salam, katanya Mak Wan, tu tanda dia tak nak bagi balik ler tu.. sebak pulak hati.. 

Kita yang lengkap pancaindera and sihat tembam molek ni pun banyak songeh, itu tak kena, ini tak kena, sedangkan mereka yang masih kanak-kanak lagi dah menderita penyakit-penyakit diambang maut. Biasa la tu, selagi tak terhantuk, selagi tu tak tergadah ( betul ke pepatah ni..huhu).. Sebab tu peringatan tu selalu ada untuk kita, supaya kita sentiasa ingat akan kebesaranNya. Alhamdulillah.. ni untuk peringatan bersama.. Ni la yang dikatakan, ingat-ingatlah kalau ada masalah tu, orang lain lagi besar dugaan Allah bagi, bersyukur apa adanya :)

So,
Sesapa ada kelapangan, boleh lah luangkan masa di rumah seperti ni, sebab anak-anak kat tempat perlindungan macam ni memang sentiasa tunggu melawat datang, mereka sangat ramah and memerlukan kasih sayang.


sedikit maklumat untuk dikongsi tentang rumah perlindungan ini.. 





Friday, 8 March 2013

Tragedi BB1M

Salam sejahtera ;)

Demam BB1M kembali. Tapi banyak kisah suka and duka.. Ofkos nak crita yg duka-duka.. semenjak dapat BB1M 26 Feb lepas, seronok tak terhingga, lompat2.. hajat nak beli buku tu ler, buku ni ler, tak sangka nak guna BB1M tu pun mencabar, maybe kat sesetengah tempat je kut. Rasa macam nak pelangkung orang, banyak sangat songeh mongehhh!


Tragedi 1 :
Sesampai kat kaunter, letak buku atas kaunter.. dengan konpidennye bagi la selai BB1M, sebab after total up regenye RM52.57. Orang kaunter tu pun belek-belek BB1M tadi, then dia mintak baucer yang lain-lain... Ingatkan nak buat apa, Katanya cop kat belakang baucer tu tak boleh bertindih atas tulisan 'peraturan' tu. Perghhh, tapi tak pa, gua masih suam-suam kuku lagi. Nasib baik ada satu daripada 5 tu, yang cop tak tertindih. Alhamdulillah.. kalau idak, angkut balik buku-buku tu p simpan kat rak..huh!


Tragedi 2 :
Memandangkan gua baru tulis nama and IC number untuk 1 baucer yang direject tu, so, gua kena la tulis kat baucer yang kedai tu nak. Maka, pen pun berjoget2 lah atas baucer tuh. Baru gua tulis 'SITI', boleh dia cakap .. ' aaaa tulisan you tu kasi cantik eh, nanti susah nak baca'.. helllooo.. gua buat tulisan paling cantik abad ini oke! tak de la stupid sangat gua nak tulis hodoh2.. ni marah da start nak masuk level baru, panas air masak baru nak mendidih.. oke2! cool mannnnn~


Tragedi 3 :
Tiba la masa nak sambung tulis nama bapak, tapi, time ni la tak muat nak tulis pulak dah.. Dia pun mencelah, 'you  lain kali tulis kecik2 sikit haaa'.. huh! rasa macam nak jolok pen masuk idung diaaaa! banyak cakap la you.. gua da malas nak layan dia tuh. buat bodoh je. lantak kau la nak mengomel apa2 pun.. bila dia tgk gua da panas, pandai pulak dia buat-buat gelak bagai. elehhhh~

Apa-apa pun kena sabar, nasib baik tak keluar perkatan-perkataan maut dari mulut gua..huh!
maaf la orang kaunter tu yeeeeee~
mood : marah!



Saturday, 2 March 2013

D.I.Y Bunga Tisu Monje


Salam , Jom D.I.Y lagi.. 
makin lama makin gian pulak buat benda-benda ni..hewhew..
Kali ni nak buat bunga tisu pulak, hari tu dah D.I.Y  bunga Dip .. lagipun bunga tisu ni, duk saja-saja pun da boleh siap 5,6 ketul.. Cuma kena more effort on nak cari tisu berwarna, kat JUSCO and IKEA pun boleh dapat.. Dah lama suri gugel cara buat bunga ni, tapi bila buat tak jadi pun, sebab maybe suri tak paham kut tutorial tuh.. It's Ok.. Lets try yang ni pulak.. 
sumber dari Yutiub~

Bahan-bahan :

1) gunting
2) tisu
3) dawai / benang 

dah boleh cari barang-barang kat atas ni skrang jugak :) hihi

Agak-agaknya tak payah kut explain, macam dah boleh buat sendiri je.. 
tak pe la, suri explain la yang mana agak2 kelam kelibut sikit nak tangkap step tuh..



Tisu ni suri guna 2 helai je, then bahagi 2, bagi jadi 4 kesemuanya. atur tindih-tindih, and lipat macam gambar kat atas, lipat sampai hujung tisu ye..



ikat tisu yang dilipat tadi dengan dawai.. Nak bagi nampak cun lagi, potong kat hujung tu bagi jadi semisphere, 


bukak lipatan tadi bagi kembang.. 
tujuan : tak mudah terkoyak bila nak kelepet nanti.


time to kelepet tisu.. 
urai satu persatu tisu.. pisahkan tisu nipis-nipis tu, bagi lebat sikit kelopak dia.


taraaaa.. 
teruskan merobek tisu-tisu tu sampai habis.. kalau agak sukar nak kelebet, suri suggest guna dawai or pencolek gigi.. 


yeahhh.. teruskan usaha... 
dah nampak comel sikit dah tu.. 
ngaaa~


Siap pun... 
semudah A,B,C je.. 
special untuk suspek yang suruh suri ' ce try, ce try '
;)

jom tengok idea untuk DIY hantaran pulak, klik sini

Friday, 1 March 2013

Eksesais PALAPES 2013

Assalamualaikum
hai there~ 

o0owhh yaa. Sungguh pun sudah lama keluar daripada jadi manusia hutan, kini masa untuk bercerita perit duka maung kenangan di Sungai Ulu, Raub.. Pape pun, kalau ada sapa-sapa dari kawasan tersebut, suri ucapkan tahniah.. Cantik bangat kampung anda.. I Lof It tau... ahakkzzz.. 

Setiba je kat kampung tu tak sangka pulak rasa macam artis, anak-anak orang asli berbabai2 sambil naik motor, ade jugak hah yang ulang ntah 14, 15 kali semata-mata nak tengak kakak2 and abang2 askar nih.. perghhhh~ rupanya, baru ku tahu bagaimana mereka menghargai pahlawan negara.. 
awesome!


Gegurl~


Kengkawan pempuanku. Semua ni nampak je lembut melembai, tapi gagah.. eden ni pun terkandung jugak, ehem2..walaupun tak banyak, ade la jugak sikit2 GAGAH tu.. hahaha


ni la kerja eden kat Q, masak makanan, habiskan makanan, potpet3 sikit... hihihi... disebabkan tak nak ulang alik masuk hutan dek kerana tragedi PACAT si geleman tuh, so kena la stay kat Q je.. tak pe la, eden sanggup.. 


ni lagi satu kerja perit yang orang lain tak nak buat, nasib baik ade yang pengecut dengan pacat nih, ade jugak la yang nak membasuh, sampai luka-luka kena kaca.. ahakkzz.. kira gagah la tuh, walaupun tangan luka, gigih jugak nak membasuh.. asalkan tak kena masuk hutan.. wuuwuwuwuuuu~


Sape yang tak sanggup tinggal dalam khemah setinggan ni, memang tak boleh la join benda-benda cam ni. Tapi trust me, tak panas pun, malam-malam kena amek towel jugak baru hilang sejuk yang merasuk sum-sum tulang. huh! so , towel jangan sesekali basah oke!!


Tengok la hutan-hutan kat belakang tuh. menguji fizikal and mental.. But, Alhamdulillah, everything going well.. :) cuma gatal-gatal tu ade la sikit.. tapi ubat gatal adeeeeeee.. jangan wisau.. 
nahhh! ni dia ubat gatal


hehhee.. sanggup??! tak pe lah Mamat noh.. sabaq sat.. konfem lepas ni tak datang mintak ubat lagi..hahaahha



Gaiyaaa~


Bagi taklimat dalam air.. meriah tak kata.. seronok benor makcik2 and pakcik2 nih. hehee.. tak pe lah, kalau strict sangat nanti wujud pulak yang histeria... Sesekali menyegarkan minda dan otak..


ahaaaa...
 kesian dia.. Kalau dah bagi mandi tuh, ade je la yang nak beradu, dalam tanah pun sanggup.. badan dah bugar katakan.. 
Jangan senjata kena curi sudah la.. :)


Pegawai-pegawai yang menjayakan eksesais ni.. 
Muka masing-masing tegang je. Tido pun tak cukup. Pukul 4 pagi da bangun jadi musuh..huhu


Yang ni , memang seperkara yang tak dapek nak lupekan. huh.. Tak tau macam mana tersembelih tangan sendiri, kan da kena jahit tuh.. For the the first time, i saw people sewing human skin.. Subhanallah, Maha suci Allah.. tapi, katanya tak sakit pun, siap boleh gurau-gurau lagi, yela sebab da bius, kalau tak biua mau histeria budak laki a.k.a YO sorang ni.. hahaa 



Dalam kekabutan eksesais nih, ade jugak kedai bergerak acik nih. Alhamdulillah, tu la orang cakap, rezeki ni nak cari kat mana-mana pun boleh dapat selagi kita berpijak di bumiNya. Lumayan jugak pulangan acik nih. Menjual siap angkut anak beranak lagi.. Almaklumla. yang pembelinya semua ikan pirana, tolak kayu dengan batu je tak makan. 

sekian sahaja cerita saya ;) 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...