Sunday, 30 December 2012

PictureOfTheDay : Isteri Amanah Allah

cc to Mr Ariff~


Semoga dia tidak lupa pada tanggungjawabnya kelak. Amin~


DON'T !!










BUT ALWAYS LIKE THIS~








TILL THE END OF TIME~






Saturday, 29 December 2012

ღ Save The Date ღ



Sejahtera ke atas kamu~
Selamat malam~

Hari ni agak sunyi. sepi. but not full of sorrow at all. Bermulanya cinta jarak jauh tapi bahagia. Hope so.. So, dalam minda sekarang ni nak fokus untuk belajar, belajar and terus belajar, maintainkan pointer yang tak seberapa power tu, tapi Alhamdulillah atas kurniaan yang Maha Esa. Amin. Sikit lagi nak habis zaman sekolah ni. Move forward Cik Masam Manis, don't turn back.

SELAIN ITU,

Juga tak lupa, fokus kepada cenggg..cengg KAHWIN.. hiks.. Sikit-sikit je beb, sebab nak habis kan final exam dulu..  Kebetulan hanya 3 paper je exam kali ni. hip..hip hurayy!.. Lompat tinggi-tinggi~ Then balik cuti baru nak pikir balik. Discuss wif my parents. Yela, duit mak abah yang melayang lebih kan $$$.. cowy mak abah..

After keluar 3 hari lepas, both of us bincang untuk tetapkan tarikh.. yeah.. SAVE THE DATE ღ. hihi. My hero tough cakap nak buat 31 Ogos 2013, terus haku angguk kepala laju-laju tanda setuju.. gatai noh hang ni..hahahaha~ Yela, tunang dulu giliran i, sekarang giliran you pulak dear..
Mungkin akan ada perubahan, memandangkan bakal pengantin perempuan masih belajar, si dia pun busy sebagai seorang PAHLAWAN NEGARA. Insya'Allah, walaupun mungkin perubahan terjadi, tapi tetap akan langsungkan tahun ni



Friday, 28 December 2012

Jalan-jalan Gunung Ledang


Salam...kabareee?.hikss..


Ookay, cuti yang sangat panjang before final exam sem 7 dihabiskan dengan cuti-cuti Malaysia ke Johor..konon-konon.. Daripada pi shopping entah mana hala lebih baik pergi tempat-tempat nyaman macam ni, poket pun tak kopak kan..hihi.. seronok..seronok..SERONOK!! :)
w0wweeewiwwuu~
Perjalanan agak-agak 25 minit dari Pagoh membawa kami ber-4 ke air terjun Gunung Ledang, Sagil. MashaAllah.. memang ciptaan Allah itu sangat indah, menyejukkan mata. Pemandangan yang hijau memukau pandangan mataku..cecece~




Before masuk ke kawasan air terjun ni, tak sangka pulak kena bayar.. Sebelum ni pi air terjun mana-mana jarang kene bayar, KECUALI untuk parking. Bayaran kat sini bukan parking kut, sebab ada caj ikut peringkat umur,

kanak-kanak RM 1.00
dewasa RM2.00
(makap lew tew..hewhew)

tapi untuk kereta pun kena, maybe yang ni memang untuk parking
RM 2.00 / car
(makap lagiee..haishhh)
kitorang bayar RM 4.00, tapi tak paham pulak macam mana apek tu kira.. Lantaklah, tak sabar nak  berkuak kupu-kupu dalam air nih..hahhaha..


Jalan nak ke air terjun.. Jauh makkk! nyesal tak bawak masuk keta kat dalam, sebab ade je yang parking sampai dalam..Kat kawasan resort.. Tak pe lah, exercise sikit. Maka kami pun marathon ramai-ramai..hiyakkk~


Ada la 2,3 ketul kedai. Boleh la nak beli pelampung ke, surfing board ke..hihi..
Kat sini juga ada kemudahan toilet, jangan risau.. RM 0.30 je per entry.


Masuk-masuk je terus nampak air nan indah nih. CANTIK, JERNIH, SEGAR, BUGAR baq hang! Kaki dah gedik-gedik nak terjun, huh...Memandangkan kat bahagian awal-awal masuk ni ramai orang, kami naik lagi.. Kat bawah-bawah ni ramai untuk orang yang bawa warga emas, beby-beby.. Bagi depa je lah, Kasihani mereka, susah nak panjat atas-atas lagi nun..

 HERE WE GO0O0O! 
Semput seketika...Jauh rupanya. Baru nak kesian-kesian tadi..haha..Yang kat depan tu untuk orang yang bersemangat je. Sepanjang berjalan ni, rasa sejuk je... Yela, hutan Taman Negara negeri Johor gamaknya..


CANTIK TAK??! 
Air yang jernih, dapat tengok ikan dalam air.. yippiiiee.. Dah lame tak ke tempat-tempat cam nie.. haishhhh~ Asyik dikelilingi hutan batu je selama ni.. 
Alhamdulillah..


Tetiba.....
Terjumpa anak Puteri Gunung Ledang tersadai di atas batu sorang-sorang.. hahahhaa kalau terjumpa cam ni nanti kasik jentik je telinga dia.. ngeeee~


Lagi gambar air yang cantik. Tapi sejuk teramat air nih, mungkin sebab we all pergi tu belum tengah hari lagi. Sejuk-sejuk pun berendam tak mau-mau. Lagi sejuk lagi lama berendam, janji jangan bagi badan kering, nanti lagi sejuk nak masuk air balik.. petua mak jemahhh.. mewaaaka kau!


Galak nah hampa! peace.. Budak kecik dua orang tu beriya dapat ikut pi mandi air terjun....

Ni la gaya kuak kupu-kupu yang dibanggakan tadi.. hiks
Jangan tiru aksi ini !!
>.<


Yang sorang ni pulak, abang video cam kita. Suka sungguh dapat pi tempat cam nih. Bahagia! Habis semua gambar binatang exotic nak dirakam. hahaha 


Antara bahan yang sempat dirakam, froggy... haaaa.. Lagi satu nak cerita mai, kalau datang sini jangan terkejut kalau asik nampak katak je. Memang banyaaaaaaaaaaakkk sangat katak. Dari pelbagai peringkat umur. Ni salah satu contoh. Ada yang bersaiz XS sehingga XXL okay!..


Cuba cari di mana suspek?
Kadang-kadang tak nampak katak tu, sebab sama kaler dengan batu. Tapi dun worry bebeh, dia baik-baik je, tak kacau orang pun.. Jangan nakal-nakal ye cik Tak~
credit to Mr. Ariff a.k.a Datuk Panglima for the picture~


Dah selesai berkuak dalam air, maka pulanglah kami. Sempat lagi membelok ke Taman Hutan Lagenda Johor. Mulanya tak rancang, tapi disebabkan pintu gerbang ke simpang ni amat menarik sekali, dengan sekali lipatan kami membelok kereta.. Fuh mak ai! Jalannya straight jeeeeeeeeee.. Tak de belok-belok.. Sampai la ke taman tu.... kat bawah nih haa~



Dah sampai pun.. Pukul gambar satuuuuuuuu..hihi~


Pintu masuk resort... Ekceli, di sini la tempat nak panjat Gunung Ledang, ni kaki bukit je, ada resort untuk sape-sape nak bermalam. Almaklum la, takut turun malam tak sempat pulang ( rujuk gambar di bawah ) sebab gunung ni tinggi jugak la, and mencuram yang amat dasyat.. lapor cik abang saya, weeeee~





 Kat laman resort tu ada Taman Orkid... Orkid juga dikenali sebagai Cymbidium.. Lepas bukak kedai bunga untuk Festival Keusahawanan hari tu, dah pandai dah nama-nama bunga dalam bahasa sains ni.. AWESOME BEBEH!!


Antara spesies orkid yang ada kat sini... 



sekian saja saya melaporkan..
pesanan penaja :
Selamat Beriadah di Air Terjun Taman Negara Johor, Gunung Ledang, Sagil...




Tuesday, 25 December 2012

Hati Yang Kau Sakiti

Jangan pernah katakan bahawa
Cintamu hanyalah untukku
Karena kini kau telah membaginya

Maafkan jika memang kini
Harus ku tinggalkan dirimu
Karena hatiku slalu kau lukai
Tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpamu
Ku hanya bisa mengatakan apa yang ku rasa


Ku menangis 
Membayangkan
Betapa kejamnya dirimu atas diriku
Kau duakan cinta ini
Kau pergi bersamanya

Ku menangis 
Melepaskan
Kepergian dirimu dari sisi hidupku
Harus slalu kau tahu
Akulah hati yang telah kau sakiti

Maafkan jika memang kini harus ku tinggalkan dirimu
Karena hatiku slalu kau lukai
Tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpamu
Ku hanya bisa mengatakan apa yang ku rasa

Ku menangis
Harus slalu kau tahu
Akulah hati yang telah
Kau sakiti



Friday, 21 December 2012

Festival Keusahawanan

Assalamualaikum..
Al-kisah budak engineering belajar keusahawanan. Kecoh. Bebel. Tapi Alhamdulillah, segalanya tamat dengan jayanya. Actually, ini adalah subjek yang kami ambil untuk sem ni. 2 JAM KREDIT! Yeahhh. 2 jam kredit yang mengkillerkan. hahaha.. Tapi memandangkan kami ni PERFORM dan pulun sangat nak grab A for this subject, kami berusaha la sikit. Bukan sikit tapi banyak oke! ahakzzzz~

Nak difikirkan balik, tak banyak lecturer yang nak students dia buat semua ni. Tapi seorang lecturer ni betul-betul semangat nak ajar students tahu step2 nak membabitkan diri dalam bidang keusahawanan @ entreprenuership. So, we all spent money almost RM500, total. For 2 credithours only :) 

Memandangkan our group members majority adalah 'cik2 bunga', sebab 'en.kumbang' adala 3 orang,bBoleh lew nak tolong angkat2 barang kan, keluarkan modal sikit..hikhik.. Kami decide nak buka kedai bunga segar.. Lagipun lain dari yang lain, ada group buat scuba, butik muslimah, pengusaha cendawan, roselle, joran, batik, upah haji, petis, kopok lekoq :) Nway, thanks to our lecturer yang banyak mengajar kami menyediakan business plan (buat sambil menangis..wuwuwuu), layout kedai, theory knowledge, and your  big support on this event.
We love you~


sikit lagi muka anak2 orang ni nak betukar jadik belacan.. hahaha..
membeli barang2 and bunga2 di Petaling Street.

our group members


bunga-bunga dan 'bunga-bunga'

yang nak glemer tu ramai je..


bunga disebalik bunga.hihihi..
kata beliau, semoga menjadi usahawan berjaya,,
cik bunga manis...auww~

big mem yang paling kalut.
bunga ni kami hadiahkan untuk lercturer kami.
RM55 sekali dengan stand
p/s : Agak-agak ada yang nak buat business plan untuk florist boleh la email saya. Sharing is caring~

Sunday, 16 December 2012

Sejenak berfikir..

Dalam hati berkata...
To : Mr Ariff.. pastikan klik butang play di sidebar sebelum baca~
      
Sunyi sepi malam ni. Sambil online FB and Twitter, kadang-kadang tergodek jugak wall orang lain. Ntah kenapa malam nih asyik bukak wall orang baru kahwin, bertunang.. Mungkin sebab hari ni ramai orang kahwin, senior aku saja 2 orang yang kawin hari ni. Apa2 pun tahniah,

Peliharalah rumahtanggamu wahai sahabat :)

Jari galak menuju ke paparan koleksi gambar beberapa orang sahabat yang tersenarai diatas.. Klik pada Album.. Ala2 stalker la malam nih. Gambar demi gambar aku godek. Baca-baca komen bagai. Hurmm. Alhamdulillah, patutlah bertahan sampai kahwin, bahagia mereka nih.. 

Sejenak...

Aku lihat, mereka upload gambar-gambar hadiah, makan-makan and celebrate something. Mahal. Cantik. Terliur. Tak kurang makan tempat-tempat mahal, hadiah brand yang lagi la menjilat jari.


Tapi,

Secara jujurnya, aku tak pernah bagi semua tu. Nak belanja makan pun, perut sendiri pun kadang je terisi. nak bagi hadiah lagi laaa.. Barang laki ade ke yang murah? Memandangkan beliau sangat menitik beratkan kualiti berbanding kuantiti. Lagi tak dapat dinafikan awal-awal lagi, aku memang tak mampu. Kadang-kadang terasa juga nak bagi something, tapi benda murah-murah je. Aku hias sendiri nak bagi cantik, nampak glammm sikit. Tu je aku mampu.
Dia suka! :) 

Aku tahu,

1. Kadang-kadang lelaki ni nak pasangan yang ada harta, sekurangnya ada kereta, kalau jumpa kawan-kawan tak de la lekeh sangat, at least awek aku ade kereta. Tapi aku tak de kereta, lesen kereta ada la.

2. Kadang-kadang lelaki ni nak pasangan yang cantik, pandai berhias, sedap mata memandang. Orang lain tengok pun boleh meroyan. Bawak pi majlis pun naik la sikit nama dia. Tapi aku tak pandai mekap. Bergaya pun tak sangat, sebab takda baju letup-letup, handbeg cantik, kasut tinggi.

3. Kadang-kadang lelaki ni nak orang bagi sesuatu sebagai penghargaan. Kalau barang mesti la brand. Tak kan cap Xiao Bao Chan je. Nak pakai pun malu kalau orang tanya. Tapi aku tak dapat bagi semua tu. sad!

4. Kadang-kadang lelaki nak juga pasangan yang aktif bersama kawan-kawan bestie dia. Boleh bawak pi makan majlis-majlis glam and famee.. Yela, meriah gitu kan. Pasangan yang aktif , and pandai bersosial. Tapi i'm totally tak macam tu. Ade kawan pun biasa-biasa je. Sekadar kawan yang boleh berkongsi masalah and menjadi peneman disaat suka dan duka. but....
I Love Them so much.

Aku berharap,

Dia bukan jenis lelaki yang KADANG_KADANG kat atas tu. Sebab aku hanya mampu beri apa yang termampu. Aku sendiri pun masih belum sempat berkhidmat kepada mak and abah aku. Tu pun nanti da habes belajar nak kahwin, mereka yang buat kenduri.
Love both of you, u are such my angels. 

Tapi aku terfikir, kenapa dia sentiasa memerlukan aku?  Sedangkan aku hanyalah perempuan kebanyakan. Tak ada apa yang boleh dibanggakan. Duit tak ada, harta tak ada. Aku hanya mampu menjaga cinta yang sekian lama ni. Sometimes aku rasa terkurang ajo, tertinggi suara, terkasar bahasa. Dia marah!.. Aku rasa bersalah sangat, sepatutnya aku tak buat semua tu, sebab itu je penguat cinta yang aku mampu bagi. Tapi kenapa aku berkasar? Aku pun tak tahu. Mungkin aku lupa. Harap dia bersabar dengan segala kelakuan aku :( 

Mungkin,

1) Dia nak menjaga aku dari pandangan orang lain, supaya aku tak dipandang oleh orang lain. Takut suatu masa akan menimbulkan fitnah.
2) Dia tak nak aku lupa tanggungjawab aku terhadap ibu bapa aku bila aku berduit nanti.
3) Dia tak nak suatu hari aku lupakan tanggungjawab aku sebagai seorang isteri bila kami    mendirikan masjid suatu hari nanti. 
4) Dek kerana terbawa-bawa masa muda yang suka bersosial membuatkan aku terlupa yang aku sudah ada tanggungjawab sebagai isterinya. 
5) Dia nak aku sentiasa dengannya, menjadi pendamping nya sampai bila-bila. Sebagai sumber kekuatan untuk menghadapi alam berumahtangga nanti. 
6) Dia mahukan aku menjadi yang terbaik untuknya, dulu, kini dan selamanya.




Insya'Allah 
Aku akan menjadi anak dan isteri yang soleh. 
Itu janji aku pada Allah~ 


Saturday, 15 December 2012

I Got Toman Gugurl~


Sempena hari tak ada air sedunia ni, memang kebas montot nak duduk lama-lama kat bilik. Pegi mancing pun bagus.. hihi.. Agak-agak kenal tak ikan apa? Pasti kenal, sebab da tulis kat tajuk..hihi..   Setelah masuk minit ke 90 baru lerrr dapat ikan nih, lambung umpan tak sampai 2 minit terus dingappp oleh si toman betina nih.. hip2 hurayyy.. berbaloi-baloiii pegi mancing hari nih~


Sifu memancing saya.. 
Telefon akhbar Metro nak lapor dapat ikan toman ni.. hihihi gurau je, jangan marah arjunaku.. glurppp~ disebabkan memancing adalah hobi utama berbanding tiduq, beliau sanggup tak tiduq , asalkan dapat memancing.. Hobi baru saya pun memancing la.. dapat pergi memancing sama-sama, kalau orang tu nak bawak lewww...


hurmm.. first impression tengok gambar ni mesti macam lubuk puaka. Tapi Alhamdulillah, setelah sekian lama bermancing disini, ni tempat paling best walaupun terdapat 2,3 helai sampah.. tak pe, kita kutip buang je sampah-sampah tu.. Angin yang agak sepoi-sepoi bahasa, membuatkan suasana nyaman, walaupun matahari merembang atas kepala.. :) 


Pemenang pertandingan joran hari nih.. Cik Manis ... Sebenarnya, baru faham kenapa tak ramai perempuan pergi mancing.. hahaha.. den pun tak tahan mula-mula, baru lambung umpan dah fade up sebab tak ada ikan makan.. satu jam setengah baru dapat.. adehhhh.. Perempuan ni memang tak suka benda yang tak pasti.. Apa kata anda diluar sana?.. :p Takpe2, sabar2... Alhamdulillah.. berjaya!! hanya berbekalkan anak ikan keli and anak selampam je.. lompat2~


Haaaa.... Try klik tengok apa jadi dalam video tuh.. makesure tak jakun ye kawan-kawan... for the first time tengok jantung yang dah terasing masih berdenyut-denyut.. Masya'Allah... Sesungguhnya yang bernyawa itu pasti mati.. 

~adiosmanis~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...