Friday 28 December 2012

Jalan-jalan Gunung Ledang


Salam...kabareee?.hikss..


Ookay, cuti yang sangat panjang before final exam sem 7 dihabiskan dengan cuti-cuti Malaysia ke Johor..konon-konon.. Daripada pi shopping entah mana hala lebih baik pergi tempat-tempat nyaman macam ni, poket pun tak kopak kan..hihi.. seronok..seronok..SERONOK!! :)
w0wweeewiwwuu~
Perjalanan agak-agak 25 minit dari Pagoh membawa kami ber-4 ke air terjun Gunung Ledang, Sagil. MashaAllah.. memang ciptaan Allah itu sangat indah, menyejukkan mata. Pemandangan yang hijau memukau pandangan mataku..cecece~




Before masuk ke kawasan air terjun ni, tak sangka pulak kena bayar.. Sebelum ni pi air terjun mana-mana jarang kene bayar, KECUALI untuk parking. Bayaran kat sini bukan parking kut, sebab ada caj ikut peringkat umur,

kanak-kanak RM 1.00
dewasa RM2.00
(makap lew tew..hewhew)

tapi untuk kereta pun kena, maybe yang ni memang untuk parking
RM 2.00 / car
(makap lagiee..haishhh)
kitorang bayar RM 4.00, tapi tak paham pulak macam mana apek tu kira.. Lantaklah, tak sabar nak  berkuak kupu-kupu dalam air nih..hahhaha..


Jalan nak ke air terjun.. Jauh makkk! nyesal tak bawak masuk keta kat dalam, sebab ade je yang parking sampai dalam..Kat kawasan resort.. Tak pe lah, exercise sikit. Maka kami pun marathon ramai-ramai..hiyakkk~


Ada la 2,3 ketul kedai. Boleh la nak beli pelampung ke, surfing board ke..hihi..
Kat sini juga ada kemudahan toilet, jangan risau.. RM 0.30 je per entry.


Masuk-masuk je terus nampak air nan indah nih. CANTIK, JERNIH, SEGAR, BUGAR baq hang! Kaki dah gedik-gedik nak terjun, huh...Memandangkan kat bahagian awal-awal masuk ni ramai orang, kami naik lagi.. Kat bawah-bawah ni ramai untuk orang yang bawa warga emas, beby-beby.. Bagi depa je lah, Kasihani mereka, susah nak panjat atas-atas lagi nun..

 HERE WE GO0O0O! 
Semput seketika...Jauh rupanya. Baru nak kesian-kesian tadi..haha..Yang kat depan tu untuk orang yang bersemangat je. Sepanjang berjalan ni, rasa sejuk je... Yela, hutan Taman Negara negeri Johor gamaknya..


CANTIK TAK??! 
Air yang jernih, dapat tengok ikan dalam air.. yippiiiee.. Dah lame tak ke tempat-tempat cam nie.. haishhhh~ Asyik dikelilingi hutan batu je selama ni.. 
Alhamdulillah..


Tetiba.....
Terjumpa anak Puteri Gunung Ledang tersadai di atas batu sorang-sorang.. hahahhaa kalau terjumpa cam ni nanti kasik jentik je telinga dia.. ngeeee~


Lagi gambar air yang cantik. Tapi sejuk teramat air nih, mungkin sebab we all pergi tu belum tengah hari lagi. Sejuk-sejuk pun berendam tak mau-mau. Lagi sejuk lagi lama berendam, janji jangan bagi badan kering, nanti lagi sejuk nak masuk air balik.. petua mak jemahhh.. mewaaaka kau!


Galak nah hampa! peace.. Budak kecik dua orang tu beriya dapat ikut pi mandi air terjun....

Ni la gaya kuak kupu-kupu yang dibanggakan tadi.. hiks
Jangan tiru aksi ini !!
>.<


Yang sorang ni pulak, abang video cam kita. Suka sungguh dapat pi tempat cam nih. Bahagia! Habis semua gambar binatang exotic nak dirakam. hahaha 


Antara bahan yang sempat dirakam, froggy... haaaa.. Lagi satu nak cerita mai, kalau datang sini jangan terkejut kalau asik nampak katak je. Memang banyaaaaaaaaaaakkk sangat katak. Dari pelbagai peringkat umur. Ni salah satu contoh. Ada yang bersaiz XS sehingga XXL okay!..


Cuba cari di mana suspek?
Kadang-kadang tak nampak katak tu, sebab sama kaler dengan batu. Tapi dun worry bebeh, dia baik-baik je, tak kacau orang pun.. Jangan nakal-nakal ye cik Tak~
credit to Mr. Ariff a.k.a Datuk Panglima for the picture~


Dah selesai berkuak dalam air, maka pulanglah kami. Sempat lagi membelok ke Taman Hutan Lagenda Johor. Mulanya tak rancang, tapi disebabkan pintu gerbang ke simpang ni amat menarik sekali, dengan sekali lipatan kami membelok kereta.. Fuh mak ai! Jalannya straight jeeeeeeeeee.. Tak de belok-belok.. Sampai la ke taman tu.... kat bawah nih haa~



Dah sampai pun.. Pukul gambar satuuuuuuuu..hihi~


Pintu masuk resort... Ekceli, di sini la tempat nak panjat Gunung Ledang, ni kaki bukit je, ada resort untuk sape-sape nak bermalam. Almaklum la, takut turun malam tak sempat pulang ( rujuk gambar di bawah ) sebab gunung ni tinggi jugak la, and mencuram yang amat dasyat.. lapor cik abang saya, weeeee~





 Kat laman resort tu ada Taman Orkid... Orkid juga dikenali sebagai Cymbidium.. Lepas bukak kedai bunga untuk Festival Keusahawanan hari tu, dah pandai dah nama-nama bunga dalam bahasa sains ni.. AWESOME BEBEH!!


Antara spesies orkid yang ada kat sini... 



sekian saja saya melaporkan..
pesanan penaja :
Selamat Beriadah di Air Terjun Taman Negara Johor, Gunung Ledang, Sagil...




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...