Thursday, 13 December 2012

Jemputlah aku...

Sayang..
Aku sedang mempersiapkan diri
Membentuk hati supaya kelak menjadi yang terindah buatmu
Belajar dari Siti Hajar yang dengan sabar dan
Tanpa mengeluh menghadapi segala dugaan yang Allah berikan
Belajar dai Siti KHadijah yang setia dan
Tanpa lelah menemani Rasulullah dalam perjuangannya

Belajar dari kasih yang setia menunggu Arjuna
Belajar dari Raihana yang tidak lelah mencintai dan
Memberi ketulusan pada suaminya
Dan belajar pada isteri-isteri teladan yang lain
Yang suatu masa akan aku tanamkan pada diriku

Sayang..
Akan aku simpan kesucian cintaku untukmu
Untuk engkau yang nanti akan memberi cinta
Dan ketulusan serta perlindungan padaku
Untuk engkau yang telah Allah gariskan menjadi sebahagian dariku
Kerana aku potongan tulang rusukmu yang engkau cari selama ini

Sayang..
Aku selalu berdoa sehingga nanti aku menjadi isteri solehah yangs setia
Dan dengan tulus mengabdikan hidupku untukmu
keranaNya..

Sayang
Jemputlah aku jika waktunya tiba
Dan aku akan setia menunggumu
Kerana aku mencintaimu sayang~


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...