Sunday, 16 December 2012

Sejenak berfikir..

Dalam hati berkata...
To : Mr Ariff.. pastikan klik butang play di sidebar sebelum baca~
      
Sunyi sepi malam ni. Sambil online FB and Twitter, kadang-kadang tergodek jugak wall orang lain. Ntah kenapa malam nih asyik bukak wall orang baru kahwin, bertunang.. Mungkin sebab hari ni ramai orang kahwin, senior aku saja 2 orang yang kawin hari ni. Apa2 pun tahniah,

Peliharalah rumahtanggamu wahai sahabat :)

Jari galak menuju ke paparan koleksi gambar beberapa orang sahabat yang tersenarai diatas.. Klik pada Album.. Ala2 stalker la malam nih. Gambar demi gambar aku godek. Baca-baca komen bagai. Hurmm. Alhamdulillah, patutlah bertahan sampai kahwin, bahagia mereka nih.. 

Sejenak...

Aku lihat, mereka upload gambar-gambar hadiah, makan-makan and celebrate something. Mahal. Cantik. Terliur. Tak kurang makan tempat-tempat mahal, hadiah brand yang lagi la menjilat jari.


Tapi,

Secara jujurnya, aku tak pernah bagi semua tu. Nak belanja makan pun, perut sendiri pun kadang je terisi. nak bagi hadiah lagi laaa.. Barang laki ade ke yang murah? Memandangkan beliau sangat menitik beratkan kualiti berbanding kuantiti. Lagi tak dapat dinafikan awal-awal lagi, aku memang tak mampu. Kadang-kadang terasa juga nak bagi something, tapi benda murah-murah je. Aku hias sendiri nak bagi cantik, nampak glammm sikit. Tu je aku mampu.
Dia suka! :) 

Aku tahu,

1. Kadang-kadang lelaki ni nak pasangan yang ada harta, sekurangnya ada kereta, kalau jumpa kawan-kawan tak de la lekeh sangat, at least awek aku ade kereta. Tapi aku tak de kereta, lesen kereta ada la.

2. Kadang-kadang lelaki ni nak pasangan yang cantik, pandai berhias, sedap mata memandang. Orang lain tengok pun boleh meroyan. Bawak pi majlis pun naik la sikit nama dia. Tapi aku tak pandai mekap. Bergaya pun tak sangat, sebab takda baju letup-letup, handbeg cantik, kasut tinggi.

3. Kadang-kadang lelaki ni nak orang bagi sesuatu sebagai penghargaan. Kalau barang mesti la brand. Tak kan cap Xiao Bao Chan je. Nak pakai pun malu kalau orang tanya. Tapi aku tak dapat bagi semua tu. sad!

4. Kadang-kadang lelaki nak juga pasangan yang aktif bersama kawan-kawan bestie dia. Boleh bawak pi makan majlis-majlis glam and famee.. Yela, meriah gitu kan. Pasangan yang aktif , and pandai bersosial. Tapi i'm totally tak macam tu. Ade kawan pun biasa-biasa je. Sekadar kawan yang boleh berkongsi masalah and menjadi peneman disaat suka dan duka. but....
I Love Them so much.

Aku berharap,

Dia bukan jenis lelaki yang KADANG_KADANG kat atas tu. Sebab aku hanya mampu beri apa yang termampu. Aku sendiri pun masih belum sempat berkhidmat kepada mak and abah aku. Tu pun nanti da habes belajar nak kahwin, mereka yang buat kenduri.
Love both of you, u are such my angels. 

Tapi aku terfikir, kenapa dia sentiasa memerlukan aku?  Sedangkan aku hanyalah perempuan kebanyakan. Tak ada apa yang boleh dibanggakan. Duit tak ada, harta tak ada. Aku hanya mampu menjaga cinta yang sekian lama ni. Sometimes aku rasa terkurang ajo, tertinggi suara, terkasar bahasa. Dia marah!.. Aku rasa bersalah sangat, sepatutnya aku tak buat semua tu, sebab itu je penguat cinta yang aku mampu bagi. Tapi kenapa aku berkasar? Aku pun tak tahu. Mungkin aku lupa. Harap dia bersabar dengan segala kelakuan aku :( 

Mungkin,

1) Dia nak menjaga aku dari pandangan orang lain, supaya aku tak dipandang oleh orang lain. Takut suatu masa akan menimbulkan fitnah.
2) Dia tak nak aku lupa tanggungjawab aku terhadap ibu bapa aku bila aku berduit nanti.
3) Dia tak nak suatu hari aku lupakan tanggungjawab aku sebagai seorang isteri bila kami    mendirikan masjid suatu hari nanti. 
4) Dek kerana terbawa-bawa masa muda yang suka bersosial membuatkan aku terlupa yang aku sudah ada tanggungjawab sebagai isterinya. 
5) Dia nak aku sentiasa dengannya, menjadi pendamping nya sampai bila-bila. Sebagai sumber kekuatan untuk menghadapi alam berumahtangga nanti. 
6) Dia mahukan aku menjadi yang terbaik untuknya, dulu, kini dan selamanya.




Insya'Allah 
Aku akan menjadi anak dan isteri yang soleh. 
Itu janji aku pada Allah~ 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...