Friday, 14 December 2012

Tips Menghadapi Presentation


Assalamualaikum and Salam Sejahtera...
Sempena tengah sibuk-sibuk asyik kena buat presentation tiap-tiap minggu ni, nak bagi tips untuk menghadapi saat-saat yang sangat menghantui diri. Selagi tak sampai masa nak present selagi tu hidup tak tenang kan. 1001 benda terlintas kat kepala. Kat bawah ni nak list kan cara buat slide dan tatatertib untuk menghilangkan gemuruh ketika nak present..Sape rasa nak try dialu-alukan. Yang nak baca saja pun jemput-jemput la baca. Yang rasa tak best tu buat-buat tak nampak jela ye.. hehe.. 

Mula-mula...

CARA BUAT SLIDE




  1. Tulisan dalam slide tu kalau boleh minimumkan. Sebab yang selebihnya tu explain je sendiri pakai mulut. baru nampak GAYA!! hihi.
  2. Pilihan warna background slide make sure bertentangan dengan tulisan, supaya tak juling mata audience. Sebagai contoh macam kat atas tu..hihi.. lebih kurengg la tu.. :p
  3. Tulisan tu kalau boleh paling-paling halus pun guna font 20 untuk isi.. 18 pun oke jugak. Kena tengok distance audience dengan slide jugak.
  4. Make sure audience dapat bezakan isi , topic besar and sub topic. Gunakan font atau warna tulisan untuk menimbulkan perbezaan.
  5. DILARANG GUNAKAN BAHASA HENPON sama sekali!!
  6. Tu je la serba sedikit maklumat yang boleh dikongsi.. tips yang disuggestkan oleh lecturer saya :)


Kemudian,

TIPS NAK HILANGKAN GEMURUH




  1. Bangun awal pagi untuk recall balik apa yang nak cakap time presentation.
  2. Jangan lupa, buat solat hajat supaya allah permudahkan urusan kita. Sekali kita ingat Allah, 1000x Allah ingat pada kita :)
  3. Jangan terlalu fikirkan akan ketakutan, fikirkan kita BOLEH!! ya, kita BOLEH!
  4. Sebelum buat presentation tu baca surah AL-ISYIRAAH (Sejukan dada Nabi). Kelebihan surah ni adalah, nak bagi penilai senang hati melihat kita. Surah ni juga bagus untuk nak masuk interview. Insya'Allah~
Ya Allah, sesungguhnya kami jadikan (meletakkan )
 Engkau di leher- leher musuh kami dan 
kami berlindung kepada Mu dari kejahatan mereka.
  1. Cool masa bercakap. Jangan gelabah ayam macam kat atas tu oke!
  2. Suara bagi jelas and kuat. Fakta mengatakan, bila suara kita kuat, ia mampu meningkatkan keyakinan pada diri kita sendiri. Tak percaya? Cubalah sendiri ;)
  3. Sedaya mungkin mempertahankan hujah-hujah and komen hangat dari penilai. Belum tentu penilai faham isi yang kita sampaikan. So, pertahankan jika anda rasa anda betul.
  4. Sebelum keluar dari bilik presentation. JANGAN LUPA untuk berkata 'THANK YOU'.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...